CARA MUDAH BUAT KENTANG PUTAR GUNA EMPING KENTANG KNORR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

TENTU ramai yang suka makan Kentang Putar atau Mashed Potato kat Kefci tu, kan. Sk pun suka juga, tapi yang tak sangka Pak Inche pun suka sangat makan mashed potato tu sebab biasanya baby-baby jer suka. Ni baby tua pun suka, ahaks! Dan setiap kali kami plan untuk masak menu western, Pak Inche mesti pesan buat mashed potato. Seingat Sk ada sekali aje Sk buat sendiri mashed potato DI SINI dan ada sekali tu pulak, Sk mengelat singgah kefci untuk beli mashed potato, hahahaha. Yang lainnya memang tak adalah kentang putar kegemaran Pak Inche tu, haha. Malas betul nak mengupas, merebus dan melecek kentang apalagi nak menyediakan sosnya. Dah tua-tua ni baru tau, rupanya, ada cara yang paling mudah menyediakan kentang putar ni. Ya, Sk faham, menggunakan bahan asli tu lebih selamat tapi benda dah ada senang, buat apa nak susah-susah, kan. Lagipun bukan hari-haripun kita makan kentang putar, huhu.


Sk jumpa kentang putar ni masa nak mencari Demi Glace. Cari benda lain, jumpa benda lain. Yang pelik, benda dicari tak dibeli, benda tak dicari pulak dibeli, hahaha. Satu peket ni beratnya 500 gm atau setengah kilo. Puas jugaklah Sk mencari pek kecil memang tak ada atau tak ada, tak tahulah. Malas pulak nak bertanya dengan pekerja pasaraya tu.


Cara penyediaan pun ada dinyatakan di bahagian belakang bungkusan. Mula-mula macam tak faham, kenapa dah kita susah-susah didihkan air, lepas tu nak kena tuang air sejuk pulak. Motip? Hahahah. Sukatan yang diberi pulak untuk bancuhan sebungkus emping kentang ni. Dah macam orang nak meniaga, hehehe.

Selain dari membuat kentang putar, ia juga boleh digunakan untuk membuat donut, cordon bleu (bagi menggantikan serbuk roti) atau kalau nak buat bergedil pun boleh dengan cara mengurangkan sukatan airnya.



Ini sukatan yang Sk gunakan untuk membuat Kentang Putar. Si Iman boleh pulak letak brokoli tepinya sampai tak nampak kentang yang Sk putar tu, hahaha. Susah payah oi memutarnya.. kahhh.
Sukatan yang Sk buat ni pun boleh makan 5 hingga 6 orang jadi, kalau nak buat sikit, pandai-pandailah adjust ya.

Kentang Putar

166 gm Emping Kentang Knorr
333 ml susu
750 ml air

Cara-cara :

1. Didihkan air dalam kuali besar, setelah mendidih tutup api.
2. Tuangkan susu, kacau rata.
3. Masukkan emping jagung Knorr, kacau cepat-cepat hingga rata dan sebati.

Siappp!!

Kalau nak buat sosnya, bolehlah cuba cara INI
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Okay nanti nak cubanya bersama Sunah hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh woiii hahahhaha tiberrrrrrrrrr petik nama kita

      Delete
  2. wahhh senang ajeee ek! kalo buat dari scratch, mau berkecah ketiak menggentel kentang..hahahah

    ReplyDelete
  3. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!