CUCI KERETA SAMBIL MAKAN NASI AYAM PENYET SAMBAL SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CUCI KERETA SAMBIL MAKAN NASI AYAM PENYET SAMBAL SEDAP

Assalamualaikum…


BERBULAN rasanya tak cuci kereta. Ialah, kereta jalan dalam bandar, nampak macam tak kotor sangat. Hakikatnya, berlapuk dek hujan tambah lagi bila hujan turun renyai-renyai. Sudahnya bercapuk-capuk jadinya kereta. Bertabah ajelah pakai ke hulu ke hilir pergi balik kerja malah sampai ke KL, Ipoh semua, hahaha. Pulak tu, tempat Sk parkir tu agak berpasir lagilah berdebu luar dalam, hurmmm. Malas betul nak menunggu cuci kereta, jadi relalah pakai kereta berlapuk berbulan-bulan.

Memandangkan miligue kereta pun dah hampir untuk diservis, hari ni sempat jugak Sk hantar kereta ke Pusat Servis Perodua. Ada 930 kilometer lagi sebenarnya tapi sebab kami nak ambil Iman lagi beberapa hari, kena jugaklah servis lebih awal. Masa ambil kereta, tahi burung bukan main hijau lagi mengalir di tingkap kereta, yekkkk.. kena jugaklah cuci uiiiii, dah macam berkulat kereta Sk ni ha, hahaha.


Akhirnya ke sinilah destinasi, dah beberapa kali cuci kereta di sini memang puas hati. Dan sebenarnya Sk memang mengidam nak makan Nasi Ayam Penyet kat sini. Tambahan datang seorang, memang tak ada halangan la nak makan, kalau dengan Pak Inche, mahunya dia nak makan-makan macam ni. Mesti nak cari makanan berlauk, kalau Sk asal kenyang sudah.. tapi syaratnya tempat tu mestilah bersih dan halal.


Dua kali Sk minta tambah sambal. Kakak warung ni pulak, makin suka bila SK puji sambal dia sedap. Mereka ni sebenarnya adik beradik, yang seorang cuci kereta, seorang lagi sediakan makanan. Sepatutnya ada suami dia yang cuci tapi suami masa tu ke masjid untuk solat, jadi isterinya tolong cucikan dulu. Masa tengah bilas kereta tu suaminya balik, cepat-cepat dia ambil paip dari tangan isteri dia.


Dah nak selesai cuci kereta, gerimis pun mengundang. Alhamdulillah, sedih ke lepas cuci kereta hujan? Eh, tak apa.. Sk okey aje kalau lepas cuci kereta hujan. Sebab rasanya memang kereta tu patut dicuci pun, dah kritikal sangat kotornya, hahaha.


Memanco-manco sehhhh!

Lokasi :

Car Wash Wadihana, selepas jambatan Wadihana

7 comments:

  1. ayam dia sedap tak kak? nasi ayam penyet sekarang payah nak jumpa ayam sedap, sambal sedap ni.

    ReplyDelete
  2. Sedap x ayam dia..SA kalau ayam penyet suka part whole leg ni...puas makan...

    ReplyDelete
  3. sama la, sejenis malas jugak nak cuci kereta..hahahah

    ReplyDelete
  4. Wah ini namanya sambil mnyelam minum air...ada aktiviti nk dibuat sambil2 tunggu jereta siap tu.

    ReplyDelete
  5. Kereta kita kena bersih, tapi kalau kereta anak-anak, ermmm macam kete nasi lemak hahahaha...baru cucikan semalam, sekali hujan pun turun....ahahahaha
    Macam sedap pulak nasi ayam penyet tu...

    ReplyDelete
  6. You have posted a incredibly detail document. I examine your entire article and I really like it, I actually understand your point of view. Exploring the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.

    ReplyDelete
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih