MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, May 2, 2010

Cantonese Kuey Teow

ASSALAMUALAIKUM.. Sekejap je rasa dapat berehat hujung minggu. Sebenarnya langsung tak berehat pun. Ada je benda yang nak dibuat. Ni pun kain yang hendak dilipat bertimbun-timbun tapi nak meng'enti' dulu menu makan malam saya malam tadi.

Mula tu ingat lepas siap mengemas dapur semalam bolehlah terus masukkan resepi tapi cerekarama malam tadi macam bestlah pulak. Tengok tak.. 'Dosa Serupa'? Kalau tengok sinopsis tu macam klise je dengan cerita-cerita Melayu yang lain, tapi bila tengok dari mula sampai habis memang ada kelainan. Cuma yang tak puas hati tengok tudung sengkuap yang Fauziah Nawi pakai, rasanya kalau ikut latar zaman, tudung sengkuap tu belum ada lagi.. betul tak?

Eh.. dah melalutlah pulak.. hehe. Biasalah, Puan Sari kan.. Sebenarnya resepi ni dah jadi tradisi bertahun-tahun kahwin. Saya belajar sendiri tau, dan tak pernah menyalin mana-mana resepi. Asalnya saya makan ni di kedai orang Cina (ramai Melayu makan di sini)di medan selera Landmark Mall. Sebab suka sangat dengan kuey teow ni, saya belek dan rasa betul-betul apa agaknya yang dia masukkan dan mulalah buat eksperimen di rumah.

Dan memang tak sangka, mula-mula buat terus jadi macam tak percaya dan en hubby memang selalu suruh saya masakkan kuey teow ni. Resepinya sangat mudah dan rasanya pun sedap, sesuai bagi mereka yang sukakan masakan ala Cina, layannnnnnnnzzz...



Cantonese Kuey Tiow (4 orang makan)
Bahan-bahan:
Bahan A:
500gm kuey teow
1 sk minyak masak
1 sk kicap pekat

Bahan B:
1 sb minyak masak
3 ~ 4 ulas bawang putih
12 ekor udang sederhana besar (buang separuh kulit dan kepala)
1 1/2 keping fish cake (dihiris)
3 cawan air
4 batang sawi (kalau suka sayur boleh tambah)
1 sb kicap cair
1 sk perencah ikan bilis
1 sk serbuk lada sulah
2 sk tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cwn air
2 biji putih telur

Cara menyediakan bahan A:
1. Panaskan minyak, gorengkan kuey teow bersama kicap pekat.
2. Kacau rata hingga masak, masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.

Cara menyediakan kuah/bahan B:
1. Panaskan minyak masak. Bawang putih diketuk dan dicincang, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang, kacau. Apabila udang bertukar warna, masukkan fish cake dan air. Masukkan juga batang sawi.
3. Masukkan kicap cair, perencah ikan bilis dan serbuk lada sulah. Biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan daun sawi. Kacau sekejap dan masukkan air tepung jagung. Kacau cepat-cepat hingga ia pekat.
5. Apabila kuah mula pekat masukkan putih telur, kacau cepat membentuk bulatan Tutupkan api dan tuangkan kuah ke atas kuey teow.
. Hidangkan bersama cili jeruk.


Selamat Mencuba.

Nota: Kalau hendakkan kuah yang putih, udang hendaklah direbus berasingan. Tidak perlu masukkan kicap cair tetapi gantikan dengan sedikit garam.


haaaaaaaaaa! ini menu kek saya minggu ini, nantikan kemunculannya ya.

4 comments:

  1. thanks dear... mmg tgh google resepi nih.. nak try w/end ni.. harap2 menjadi...

    ReplyDelete
  2. memang sedap...memang lazat.....tank ka yu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?