MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, January 13, 2011

KARI DAGING TAK BERSANTAN


ASSALAMUALAIKUM wbt

INI menu semasa bercuti Hari Hol yang lepas. Pada mulanya saya tak berniat untuk memasak walaupun untuk sarapan sebab biasanya kalau hari-hari cuti yang jatuhnya pada hari bekerja kami akan membeli makanan di luar kerana saya hendak berehat sepanjang hari. Tapi memandangkan anak saya membawa balik kerja sekolah yang agak banyak dan waktu berjalan terpaksa ditangguhkan maka saya berfikir lebih baiklah jika saya memasak tambahan pula ada dua ketul daging sebesar penumbuk lelaki gagah ada dalam peti ais yang dah kejung dan seakan kayu. Maklumlah, daging Hari Raya Korban tahun lepas... hak.. hak.. hak... alaaa.. tahun lepas baru berapa minggukan. Lepas memasak tu pun rasa malasnyalah pulak nak mengambil gambar. Jadi tak adalah gambar kari daging posing cantik-cantik dalam mangkuk berkilat ya. Tiba-tiba terfikir pula nak kongsikan resepi kari daging tak bersantan ni. Gambar ni diambil di pejabat kebetulan ada lebih yang saya jadikan bekalan makan tengahari semalam. Bayang kentang dengan tomatonya pun dah tak nampakkan, tak apalah, yang penting ikhlas nak berkongsi resepi. Idea meletakkan rempah kurma dari dapur Sinar Kehidupanku Kak Yatie kerana sebelum ini saya tak pernah lagi menambah rempah kurma dalam kari daging dan hasilnya lumayan juga ya. Jom intai resepi..

Bahan-bahan:
400 gm daging batang pinang (dibersihkan dan dipotong kecil)

Bahan tumbuk/ halus:
1 biji bawang besar/ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia

Bahan lain:
1 1/2 senduk minyak masak
3 sb rempah kari daging*
1 sk rempah kari ikan*
1 sk rempah kurma*
1 sk serbuk cili*
1 sk serbuk kunyit* (gaulkan semua bahan bertanda * dengan air hingga sebati)
1 batang serai diketuk
2 tangkai daun kari
rempah tumis (cengkih, biji sawi dsb termasuk kulit kayu manis)
3 mangkuk air
2 keping asam gelugor
2 biji kentang dipotong 4
2 biji tomato dibelah 4
1 sb garam
sedikit serbuk perasa (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis rempah tumis dan kulit kayu manis dan serai. Masukkan bahan yang ditumbuk halus, tumis lagi dengan api perlahan dan masukkan daun kari, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan bertanda *. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air supaya tidak hangus.
3. Masukkan daging, asam gelugor dan kentang, gaul sekejap, masukkan garam dan tambahkan air (masukkan semua air). Besarkan api.
4. Biarkan mendidih, tukar api sederhana, masak sehingga kuah pekat dan daging empuk.
5. Tambahkan serbuk perasa, gaul sebentar dan masukkan tomato. Biar sekejap dan bolehlah dimatikan api dan dihidangkan dengan nasi putih.

Kari ini kurang kolesterol kerana tidak menggunakan santan tetapi kuahnya agak pekat seperti di restoran daun pisang atau mamak kerana menggunakan rempah yang banyak. Petua untuk mendapatkan rasa daging yang enak ialah basuh dahulu daging bersih-bersih sebelum dipotong kecil dan selepas itu jangan dibasuh lagi. (Hanya sesuai bagi daging tempatan sahaja).
Bancuh rempah-rempah dari air yang disukat 3 mangkuk tadi.

5 comments:

  1. kekadang aku gantikan santan tu dengan yogurt atau susu uht aje..

    ReplyDelete
  2. bagus kari ni tak letak santan..nmpk pun sedapp la...pekat...

    ReplyDelete
  3. Salam Sari..
    Haaaaa..Naz suka kari mcm ni sbb low fat kan..

    ReplyDelete
  4. Salam Sari..
    Haaaaa..Naz suka kari mcm ni sbb low fat kan..

    ReplyDelete
  5. CtNaemah, aku pun kdg2 gantikan santan ngan susu jugak, cuma versi yg ni sengaja tak boh santan, asben aku tu kolesterol tinggi lor..

    Mas, ada sorg kwn akak sgt minat dengan kari akak sbab dia kata pekat cam kari mamak.. heheh

    Naz, ya.. mmg rendah lemak, sesuai utk org yg berdiet

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum... Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam  dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa.  Hurmm....