GULAI UDANG SEBELANGO...

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM...

Batu kikir jambatan bosi...
Gulai udang sebelango..... ;p

gulai udang dalam belanga nih!
DALAM seminggu dua ni gagah gigih betul Seri Kandi masak. Sebenarnya ER yang macam tak berapa nak beli makanan di luar sebab dia kata Seri Kandi masak lagi sedap. Dua tiga minggu kebelakangan ini adalah minggu yang memenatkan bagi Seri Kandi. Mungkin pasal budak-budak pun dah naik sekolah (pehhh.. bunyi macam ada anak lima jerkan.. hehe). Anak murid Seri Kandi pun dah bertambah, kelas pun bertambah. Bila mengajar pun Seri Kandi rasa macam termengah-mengah jer.. alahai.. :( tapi demi tugas Seri Kandi gagahkan juga. Baru-baru ni bos kecik Seri Kandi pulak telah menambahkan tugas Seri Kandi. Dalam tolak menolak tu akhirnya terpaksa juga Seri Kandi terima kepercayaan yang diberikan oleh bos. Rasa macam senget sebelah pulak bahu Seri Kandi ni, hehehehe.

Ingattak Seri Kandi pernah beritahu yang Seri Kandi nak cuba aplikasikan udang dalam gulai kawah? Bila Seri Kandi cadangkan pada ER riak muka ER macam teruja sangat tau. Siap cadangkan supaya Seri Kandi gorengkan ayam, ikan kering dan sambal belacan. Amboiiii, bukan main lemak lagi dia ya... isk.. isk.. isk....

Udang Gulai Kawah

Bahan-bahan :
500 gm udang besar dibersihkan (buang kulit tengah dan potong muncung tajam)
4 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
halia sebesar ibu jari dihiris
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sb rempah gulai kawah**
1 sk serbuk ketumbar** (bancuh dengan air secukupnya)
1 cawan air
1 keping asam gelugor
1 sk garam
1 sk gula
1 sk serbuk cukup rasa
1/2 cawan santan
1 sb kerisik
7 tangkai cili padi
minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dimayang dan dihiris sehingga garing bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Apabila garing masukkan bancuhan rempah gulai kawah dan serbuk ketumbak. Goreng lama-lama sehingga harum dan menerbitkan minyak.
3. Masukkan udang, gaul sekejap dan tambahkan secawan air. Masukkan juga asam, gula, garam dan serbuk cukup rasa. Biar mendidih.
4. Masukkan santan, kacau sebentar dan masukkan kerisik. Bila udang masak masukkan cili padi dan bawang goreng.
5. Balik-balikkan sekejap (kacau perlahan) dan bolehlah ditutup apinya.

*Seri Kandi tak buatkan sambal belacan tetapi sambal cuka, lagi kena kot rasanya di tekak Seri Kandi dengan gulai kawah ni. Caranya, cili hidup dan cili padi (lebihkan) ditumbuk bersama gula dan sedikit garam. Kemudian tambahkan cuka dan jus limau nipis secukupnya.




Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya udang tu...meh pos kat bp sikit

    ReplyDelete
  2. sodap eh kak...sebelango tu kan...meh la anta semangkuk sini ha...hehe....

    ReplyDelete
  3. Amboiii kak tayang udang lagi eh..jelesnya..saja tau nk bgi kita ngeces,heheh...dapnyer nmpk kuah pekat gitu,nyum2...Tingin betui nk rsa air tngan akak tuh..

    ReplyDelete
  4. Nak jugak, nak jugak....minggu depan akan ke tanah jauhar...ada sapa2 sudi nak tunjuk jalan? Hihihihi

    ReplyDelete
  5. Review udang masak gulai kawah, kak? Ayam goreng tu diteruskan juga ker?

    ReplyDelete
  6. Memang mengancam udang masak gulai kawah ni...

    ReplyDelete
  7. amboi sampai sebelango tu ye Sari
    puas makan ni kan he he nape la akak tak makan udang , kalu idak sahlah tak cukup sebelango ni heeee

    ReplyDelete
  8. Gulai kawah sana sini!! Memang sesuai dgn sambal cuka mcm org Kelantan. Rasa nak masak je hari ni tapi kesorangan pulak, anak takde, laki takde...huhu.

    ReplyDelete
  9. Idea yg mnarik nie..nnt akk nk buat jgk..tgk kuah tue bkn main pkat lg..ppgi dh krukkk2.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!