AYAM PANDAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...

Urmmmm.. harumnya bau daun pandan bila Seri Kandi bakar Ayam Pandan ni dalam pemanggang atas dapur. Sebenarnya Seri Kandi ni tak adalah tanam pokok daun pandan kat depan mahupun belakang rumah dulu pernah tanam dalam pasu lepas tu mati tapi kalau nampak daun pandan kat kedai tu terus jer beli. Biasa sepokok pun cuma 20 sen jer jadi Seri Kandi pun beli jerlah untuk simpanan kot-kotlah nak terguna daun pandan. Biasanya Seri Kandi suka rendam pangkalnya dalam botol kaca dan letak di tepi sinki. Nampaklah berseri sikit dapur Seri Kandi ;-))))

Ayam Pandan ni tetiba sahaja melintas di kepala Seri Kandi bila tengok ayam dan daun pandan diletak sebelah menyebelah tetapi Seri Kandi memang tak pernah lagi mencuba memasak ayam pandan ni. Lalu Seri Kandi pun terus menggoogle dan terjumpalah resepi Ayam Pandan dari Kak Ros JintanManis ni. Tengok bahan-bahan pun semua ada, maka lajulah dan tercapailah hajat Seri Kandi. Seri Kandi perap tak lama, dalam setengah jam saja tapi memang sedap. Kalau dapat perap lagi lama mesti lagi sedap, kan. Kalau ikutkan resepi asal sebenarnya ayam ini digoreng tapi sebab Seri Kandi ni tak berapa pandai dan cekap membalut sampai asyik terbarai, maka Seri Kandi ambil keputusan untuk memanggang sahaja ayam ni untuk mengelakkan daunnya bersepai dalam kuali, hehehehehe. Kepada Kak Ros dan Che Iza yang empunya resepi ini, terima kasih ya, Seri Kandi kongsikan semula di sini untuk rujukan teman-teman masak yang lain.

AYAM PANDAN
Resepi : Che Iza
Sumber : Ros JintanManis

1/2 ekor ayam (1kg)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.

2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dengan ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.

3. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam dalam poket tu.

4. Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas (Seri Kandi bedung jer.. hehe)

5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.

6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.

7.Siap bungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana. (Seri Kandi bakar dalam pemanggang atas dapur)

Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masa menyediakan sebelum makan kakak dapat bayangkan satu dapur dapat menghidu aroma pandan dan ayam tu punyalah sedap...

    ReplyDelete
  2. Wah!!! Mmg nmpk sgt sedaaap ayam pansan nie... Pasti wangi jer kan ayam nie... Sedap2!!!

    ReplyDelete
  3. Opss!ayam pansan plak.. Huhuu.. Pandan.. Hehe

    ReplyDelete
  4. ayam bedung ngan daun pandan! terbaik!..hehehe...
    sure harum semerbak bau rumah nih.

    ReplyDelete
  5. wah.. nampak sedap & terbayang bau pandan tu

    ReplyDelete
  6. sari..
    akk mmg x pernah cuba buat..beli pun x lagi..mmesti sedap rasanya nie..nnt akk rajin akk nk cuba jgk ..terbau2 wangi daun pandan tue sampai kt umh akk tau...h ehhe

    ReplyDelete
  7. tgk aje dh tau ksedapannya tu..biase oder aje klau mkn dliuar..leh la try wt sdri nti..mesti harum smerbak baunya tu..

    ReplyDelete
  8. mesti tambah sedap kan nak lg bau wangi pandan yg semerbak tu
    berselera ni nk makan nasi

    ReplyDelete
  9. Kalu dah kreatif dan pandai masak, kan? hehehe orang soh balut, awak bedung. Orang soh goreng, awak panggang. Janji boleh makan dan sedap. Ye tak?

    ReplyDelete
  10. salam kak.yus... gud idea! drpd goreng berminyak baik panggang mcm gini... healthy la gitu kan kan... leh la tiruu

    ReplyDelete
  11. pasti harum

    citer pasal panggang.. ayu tgh nk beli bt hadiah birthday MIL.
    heheh..pecah rahsia..

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya... tentu harum semerbak bau pandan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!