TIDAK perlu isi borang cuma tunjuk Mykad jika anda ingin menggantikan Mykad lama dengan Mykad baru. Ya, betul. Tiada pen, tiada kertas dan borang, tidak perlu salinan Mykad asal/lama tetapi cuma bawa diri anda dan Mykad. Kalau Mykad hilang itu Seri Kandi tak tahulah ya, kenalah tanya dengan orang yang ada pengalaman. Bagi orang lelaki adalah digalakkan untuk anda berpakaian berwarna gelap (jika tiada anda boleh menyarung vest yang disediakan) dan bagi wanita muslim yang bertudung pakailah tudung yang berwarna terang tetapi jangan hitam. Seri Kandi cadangkan anda pakai tudung warna merah supaya
Ambil nombor giliran anda dan tunggu nombor dipanggil, duduklah di kaunter untuk mengesahkan cop/cap??? ibu jari kanan dan kiri anda. Lepas tu sahkan alamat jika masih sama atau ada pertukaran. Ambil gambar dan selepas siap semua proses, Mykad lama anda akan dipulangkan dalam keadaan asal (tidak ditebuk, digunting atau sebagainya) bersama satu salinan resit yang perlu dibawa ketika menuntut Mykad baru yang telah siap. Errr.. Kak Zuwaidah bagitahu Seri Kandi ketika menggantikan mykad tidaklah pula mykad lamanya ditebuk macam Seri Kandi. Kenapa ya??? Hehehehe.. Meh Seri Kandi cerita.. jeng! jeng! jeng!
Selepas selesai urusan memperbaharui Mykad, maka Seri Kandi pun bergerak ke bangunan lain untuk memperbaharui Pasport Malaysia Seri Kandi yang akan tamat tempoh pada Jun 2013. Sama seperti proses memperbaharui Mykad, tiada lagi borang yang perlu diisi cuma tunjukkan pasport dan nyatakan tujuan anda. Borang cuma perlu diisi sekiranya anda hendak menggantikan/ memasukkan gambar baru atau nombor Mykad. Sekejap sahaja nombor Seri Kandi dipanggil. Seri Kandi kemudian menyerahkan pasport lama dan Mykad Seri Kandi. Kemudian bila Seri Kandi letak ibu jari di mesin pengimbas, kakitangan kaunter Imigresen yang manis dan tidak lokek senyuman itu terdiam dan mengeluh sedikit.
"Urmmm, tadi puan baru 'renew' Mykad ke?"
"Ya," Seri Kandi dah cuak masa ni.
"Maaf puan, tak boleh nak 'renew' sebab data dah berubah," Astaghfirullah, terperanjat Seri Kandi. dahlah Mykad Seri Kandi cuma akan siap dalam tempoh tiga bulan lagi. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ada sedikit tidak kenormalan berlaku menyebabkan Mykad Seri Kandi cuma akan siap dalam tempoh tiga bulan berbanding tempoh biasa, sebulan. Kenapa? Nanti Seri Kandi cerita di lain entry.
Seri Kandi dah gelabah masa ni. Ialah, Seri Kandi dan ER adalah merancang untuk ke sesuatu tempat sedikit hari lagi. Habislah plan Seri Kandi :'(
"Habis tu, saya tak boleh 'renew' ke?"
Kakitangan kaunter tu senyum manis, "Boleh, tapi puan kena gunakan dokumen pengenalan sementara."
"Macammana tu?"
"Puan pergi semula ke kaunter yang puan proses Mykad tadi, puan minta dokumen pengenalan sementara. Nanti dia akan bagi satu dokumen warna hijau, puan datang balik ke kaunter ini," Kakitangan kaunter tersebut menyerahkan kembali pasport lama, kad pengenalan dan nombor kaunter kepada Seri Kandi. Ingat ya, jika kita berurusan dengan kaunter kerajaan ini, segala nombor kaunter tu jangan dibuang sehinggalah urusan kita tamat.
Apalagi, dengan
Di sana, Seri Kandi diminta untuk pergi ke kaunter di mana Seri Kandi berurusan tadi dan Seri Kandi nyatakan tujuan Seri Kandi untuk mendapatkan dokumen pengenalan sementara kerana Seri Kandi hendak memperbaharui pasport. Seri Kandi tunjukkan Mykad dan salinan resit urusan Seri Kandi tadi dan disemak dan kakitangan JPN tersebut terus memproses dokumen pengenalan sementara Seri Kandi tanpa perlu menunggu atau mengambil nombor lain. Kemudian, Mykad Seri Kandi terus ditebuk di 'cip' dan satu tebukan lagi dan ia tidak sah lagi digunakan dan Seri Kandi sekarang menggunakan dokumen pengenalan sementara untuk sebarang urusan rasmi. Macam ER, walaupun beliau juga dalam proses memperbaharui Mykad tetapi ER masih lagi menggunakan Mykad lamanya
Tamat.
Kakak tak ada pengalaman ini. Tempohari kakak renew passport senang aje sebab masih guna ic lama. Tak tahulah bila nak tukar.
ReplyDeleteKena tukar ke ic?
ReplyDeleteKena tebuk tu macam kejam je. Haha
ReplyDeletekira ok la tue dia tebuk jer...saya punya ic lama dia ambik terus bila kita tukar baru....huhuhu
ReplyDeletetak pernah lagi mykad ditebuk.. sbb belum berganti pun lagi.. hehe.. kalau ic lama dulu digunting tepinya aje..
ReplyDeletemaklumat dan pgetahuan baru ni...:)
ReplyDeleteadui.. letihnya kak.. humm...
ReplyDeleteOwhh...kisahnya... Thank u kak, sharing experience.
ReplyDeletesy pun nak tuka ic ni kak....da lama rasanya....
ReplyDeletegitu pulak kisahnya ye..kita tak tukar IC lagi..alamat pun dah tukar..huhu..
ReplyDeletesaya pun pakai tudung kaler merah! tudung yang ada kat jpn tu sebenarnya. ehehehe..
ReplyDeleteBegitu ceritenyer...one good ecperience. Tapi di imigresen KL ni nak renew passport perlu photo baru dan isi borang. Lain pulak kaedahnya. Awat dia org tak standardised satu malaya ni kan senang.
ReplyDeleteBegitu ceriternyer. One good experience. Tapi di Imigresen KL kalau nak renew passport perlu ambik photo baru dan isi borang. Passport lama akan digunting (sayangnya) dan dikembalikan. Kalau zaman 80an dulu, nak renew still pakai yg lama sekiranya masih byk mukadurat kosong cuma lekat sticker saja bagi tempoh tahun yg kita renew. Hmmmmmmm
ReplyDeleteAyu barukan y lama. Kes macam y awal2 kak yus syer.
ReplyDeleteLps tu smpai kes renew pasport ayu terus baca sebiji2..
Seriusss xtauu.
Hehhe
thanks laling bkongsi