ASSALAMUALAIKUM...
Errrkkk! Apa yang mengaum????
|
sekor cukup??? |
KALAU ikutkan tekak Seri Kandi, udang sebesar dua tapak tangan Seri Kandi semalam ingin sekali Seri Kandi buat masak lemak cili padi ataupun buat gulai kawah. Udang masak gulai kawah??? Seri Kandi biar betul? Hehehehe.. okeylah tu udang masak gulai kawah, nanti Seri Kandi nak cuba buat ;-)))) Tapi... errr.. ada tapinya.. Pahlawan Seri Kandi tu berhajat sangat nak makan udang sambal tumis, baginya itulah masakan yang tersedap dalam donia. Jangan tak tahu, ER ni kalau boleh segala-galanya nak dimasak sambal tumis dari udang, sotong, ayam, daging, kerbau... semua nak masak sambal tumis. Sebab itulah Seri Kandi jarang benar masukkan resepi apa yang Seri Kandi masak sebab balik-balik sambal tumislah yang Seri Kandi masak, urmmm.
Tapi tak apa, demi menjaga
perut hati suami dan Seri Kandi pula jenis yang tak kisah makan apa saja, Seri Kandi masakkanlah juga sambal tumis. Kali ini Seri Kandi nak ubah angin sedikit, Seri Kandi ingin mencuba sesuatu yang luar biasa bagi Seri Kandi iaitu sambal tumis yang tidak menggunakan bawang putih. Sebenarnya inilah pertama kali Seri Kandi jumpa resepi sambal tumis yang tidak menggunakan bawang putih iaitu di dapur
Citarasa Rinduan. Pada mulanya Seri Kandi ingat yang bos CR, Ayu yang sungguh ayu tu terlupa nak tulis bawang putih dalam senarai bahan. Rupa-rupanya menurut Ayu, resepi sambal tumisnya memang tidak menggunakan bawang putih. Seri Kandi tak sangka, sedaplah sambal tumis yang tak gunakan bawang putih ni, selama ini Seri Kandi ingat bawang putih wajib guna dalam masakan rupanya resepi ini telah membuktikan tanpa bawang putih, sambal tumis tetap sedap. Kepada Ayu, terima kasih kerana tidak lokek berkongsi rahsia enaknya sambal di Citarasa Rinduan tu ya.
|
mengaum-ngaum udang di kuali |
Sambal Tumis Udang
olahan dari resepi sambal :
Citarasa Rinduan
Bahan-bahan :
600 gm udang harimau (potong muncung yang tajam dan buang kulit tengah sahaja)
100gram lada kering yang telah digunting,direbus.***
3 Biji bawang besar.***
1/2 sudu garam
3 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi (habis stok.. Seri Kandi ganti dengan sekeping asam gelugor)
1 sudu udang kering*** (Seri Kandi ganti dengan 1/2 sudu belacan)
1 batang serai diketuk dan disimpul (Seri Kandi tambah)
1" halia dihiris kasar (Seri Kandi tambah)
minyak masak untuk menumis
Cara memasak sambal:
Kisar halus bahan bertanda ***
Panaskan kuali, tumis bahan kisar, halia dan serai. (Seri Kandi guna tiga senduk jer bahan kisar)
Apabila bahan lari dari minyak (cukup masak), masukkan udang, gula, garam dan asam jawa. Balik-balikkan udang perlahan.
Masak sehingga udang masak dan sambal hampir kering dengan api kecil.
Matikan api.
xpernah lak shida wat sambal udang tak letak bawang putih..dn letak serai n udang kering...
ReplyDeletemesti sedap kan kalau ikut cara ayu..lepas nie boleh mencuba la..
akak skrg musim udang ke.sana sini orang sembang bab udang dan kebanyakan nya sambal udang
Cm masterchef dia hias udang ngan nasi tu...
ReplyDeletetahniahhhhh..
ReplyDeletelike2..
thanks kerana mcuba..
resepi turun menurun tu.
hehehe....
bab tambah halia.. mmg betul tu sis u bahan mentah y berbau mcm udang,sotong...
wah aummm aumm
ReplyDeletekita pandang je lah sambil telan airliur he he sb tak makan udang tppp he he kena jugak masak kat cik abe yg memang feberet udang tu
Ohh resipi dari tukang masak hebat nih. Pasni kena carik tukang kopek kulit udang plak. hehehhe
ReplyDeleteaum, aum...tapi betullah seri..udang kalau masak sambal..cukup ngetop gitew..masak2 lain..kita buh dlm waiting list..haha
ReplyDeletebesar deh udang dia...
Wow nampak sangat sedap....
ReplyDeleteMemang sungguh menyelerakan.. Tak pernah cuba lagi resepi Ayu.. Takpe.. pasti akan kucuba satu hari nanti.. Kalau akak nak tahu, Nur pun hantu sambal tumis.. hehe
ReplyDeletesedapnya...tmimpi2 nk makan sambal tumis jugak la...;)
ReplyDeletesalam kenal dari tirana aduka.jemput dtg jika ada kelapangan.
ReplyDeleteKakak pun buat sambal tumis mesti nak ada bawang putih. Baru tahu hari ini juga... kena cuba jugalah. Jangan masa masak lupa dah...
ReplyDeletetinginnya nk merasa mak masak.. huu. smbal udang.. wuuuuu. sedapnye.
ReplyDeletebesaq nyer udang tu.. !
ReplyDeleteseram tgk kegarangan udang rimau ni, merah menyalanya...
ReplyDeletetp tetap telan air liur takot menitis, kehkehh
Salam semua :) memang sangat sedap sambal tumis tanpa bawang putih..cubalah! Pasti puas hati. Cuma versi saya bahannya ialah lada kering dan bawang holland sahaja. :)
ReplyDeleteSalam semua :) memang sangat sedap sambal tumis tanpa bawang putih..cubalah! Pasti puas hati. Cuma versi saya bahannya ialah lada kering dan bawang holland sahaja. :)
ReplyDelete