REMPAH gulai kawah yang dah dua kali naik kapal terbang itu Seri Kandi belek-belek. Terharu sungguh Seri Kandi bila satu petang ketika Seri Kandi turun ke pejabat untuk 'punch out' ada bungkusan yang tertampal label biru dengan gambal kapal terbang ada dalam 'pigeon hole' Seri Kandi. Pagi itu baru sahaja pengirimnya menghantar pesanan ringkas bertanyakan sama ada Seri Kandi sudah menerima bungkusan itu atau tidak. Khabarnya dah seminggu Kak PB menerbangkan rempah gulai kawah tu ke Tanah Jauhar. Bermakna rempah gulai kawah tu dah naik belon dua kalilah sebab Kak PB membelinya di Kelantan, betul tak Kak PB? Dan rempah tu turut ikut Kak PB berjalan dari utara ke selatan. Konon hari tu masa Kak PB berada di JB dapatlah kami berjumpa rupanya belum ada jodoh lagi, mungkin lain kali Seri Kandi pula akan terbang ke Negeri di Bawah Bayu untuk menjejak pondok buruk (PB) Kak PB, iyakah buruk??? Entah-entah istana tak, Kak PB??? ;-)))))
Seri Kandi dengan ER pun teruslah berangan-angan nak beli daging yang berlemak-lemak (orang Johor kata daging tetel) untuk dimasak menggunakan rempah gulai kawah ni. Yaya pulak asyik bercakap jer yang bondanya dah lama tak masak kari daging. Dah tu, bonda dengan babah tak sempat-sempat pulak nak ke pasar cari daginglah Yaya ): Yaya kata, apa susah, kambing yang babah beli dalam peti ais tu bonda masaklah. Laaa.. kambing dalam peti ais tu 'mutton shoulder' untuk babah buat 'steak'. "Boleh jerlah bonda, Yaya ni dah lama tak makan daging," pujuk Yaya. Sedap jugakkan kalau guna daging kambing buat gulai kawah... urmmmm...
Lepas tu Seri Kandi pun pergilah ke blog Kak PB tu dengan hajat nak geledah dapur Kak PB. Tup-tup tersangkut dengan entry Ketam Percik Kak PB semalam dan satu lagi entry kontroversi Kak PB kelmarin.. kuang.. kuang.. kuang! Teruslah terlupa hajat nak cari resepi gulai kawah tu, ekekeke.. sabar ajelah. Petang-petang sikit Seri Kandi meng'google' dan terjumpalah satu resepi dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ni. Resepi asli gulai kawah dari Kelantan. Kebetulan Seri Kandi sekeluarga lebih sukakan rasa gulai kawah dari negeri Serambi Mekah ni. Kiranya memang kena benarlah dengan tekak Seri Kandi nikan. Seri Kandi tak sangka yang dapur wanita cantik dari Kelantan yang bernama Azie ni banyak sungguh khazanahnya. Lama betul Seri Kandi menyelongkar, hehe. Jangan marah ya, Kak Azie.. Seri Kandi dah kemas balik dapur Kak Azie. Kawah tembaga Kak Azie yang tinggi tupun Seri Kandi dah tolong lap-lapkan, hehehehe. Kepada Kak Azie, terima kasih banyak kerana berkongsi resepi dan langkah demi langkah memasak gulai kawah ni. Kalau tak jumpa blog Kak Azie ada kemungkinan Seri Kandi belasah jer macam masak kari.. hihi. Walaupun Kak Azie tidak tuliskan sukatannya, Alhamdulillah dengan pengalaman memasak yang setahun jagung ni semalam Seri Kandi dapat markah penuh lagi. ER tabik spring toing-toing bila menyuap gulai kawah ke mulut. Yaya kata, sedappppppppp bonda (
Gulai Kawah Daging Kambing
Sumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan :
500 gm daging kambing (Seri Kandi guna 'mutton shoulder' yang siap pack kat Jusco)
3 cawan air
4 ulas bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2" lengkuas dihiris
1" halia dihiris
1 btg serai (diketuk dan disimpul) - Seri Kandi tambah
1/2 sb serbuk ketumbar **
3 sb rempah gulai kawah** (bancuh bahan bertanda** dengan air secukupnya)
1/2 cawan santan pekat
gula melaka - Seri Kandi lupa letak :(
1/2 sb gula pasir
1/2 sb garam
1 sb serbuk secukup rasa
1 keping asam gelugor (resepi Kak Azie air asam jawa)
2 sb kerisik
mumban nyior (yang ini Seri Kandi tak ada)
2 ulas bawang merah dimayang halus (asingkan dari bawang merah yang 4 ulas tadi)
1/2 senduk minyak masak untuk menumis
*Seri Kandi tambah segenggam cili padi
Cara-cara :
1. Rebus daging kambing dengan 3 cawan air sehingga empuk dan air berkurangan.
2. Dalam kawah kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan dimayang dan dihiris bersama serai, kulit kayu manis dan bunga lawang dengan api sederhana kecil sehingga garing.
3. Kecilkan api, masukkan rempah gulai kawah dan serbuk ketumbar yang telah dibancuh air. Goreng lama-lama dan sentiasa dikacau supaya tidak hangus. Gorenglah sehingga pecah minyak.
*Sebaiknya daging kambing masih terus dididih.
4. Masukkan rempah yang telah ditumis terus ke periuk yang ada daging kambing tadi. Masukkan juga santan dan bawang merah 2 ulas yang dimayang berasingan tadi. Gaul rata dan sebati. Masukkan garam, gula, serbuk cukup rasa dan asam gelugor. Cukupkan rasa masin manis tapi jangan terlalu manis
5. Masukkan kerisik dan cili padi kalau suka pedas. Sebatikan rasa dan pastikan daging kambing empuk barulah ditutup apinya.
*Masa makan boleh gigit sikit-sikit cili padi tu, keluar airmata baru best!! hehehe.
Catatan untuk Kak PB : Kak PB, terima kasih banyak-banyak di atas ingatan & susah payah Kak PB dan salam juga untuk Cikgu Fahmi, Seri Kandi rasa Cikgu Fahmi juga salah satu watak utama juga dalam menyampaikan hajat ini, betul tak?
apalah yang dimenungkan orang utan tu ya??? |
mutiara Sabah.. ada dua set satu Seri Kandi tengah pakai, malu lak Seri Kandi nak bergambar hari ni.. hehe |
p/s entry ini terjadi adalah rentetan dari entry DUA LAUK RM18 DI SINI
Daging kambing..memang feberet saya, tapi tak pernah masak sendiri..
ReplyDeleteSalam kak sari.. fuhh.. jauh betul terbang rempah tu ye.. tun xleh makan daging kambing, kalu mkn sure 2hari kepala pusing2. hihi
ReplyDeleteOh... Kakcik suka makan gulai kawah. :)
ReplyDeleteSedapnya. ..meleleh air liur saya dibuatnya... salam perkenalan : suteraungu87.blogspot.com
ReplyDeleteEheh... kalau dah nak hantar Cik Embun punya jgn lupa pack sekali utk kakak tau. Kakak pun nak juga merasa...
ReplyDeleteMutiara sabah cantik kan. Lagi kita pakai lagi berkilat kan... tergodalah juga kakak ni:)
ReplyDeleteDear, serious. Meleleh air liur melihatkan gulai kambing ni. aduhaai rindu lak nak balik kampung. Makan gulai kawah masa orang bekwoh
ReplyDeletesalam singgah.follow sini :)
ReplyDeletesari,
ReplyDeleteakk klu buat sure suami suka bebenor nie..dia paling suka mkn kambing..nnt akk cilok resepi nie jgk yer..tunggu rajin nnt akk nk menerai jgk..keccuuurrr:)
nmpk sedap tu.. cuma KA x minat daging kambing ni
ReplyDeletekalau suami saya tgk kambing ni mmg dia tergoda lah...
ReplyDeletesaya tak mkn kambing...
cantik mutiara sabah kan...
Aduhai..ngences kami dibuatnya... Sedapnya tengok gulai kawah tu... Dapat pujian dari Yaya tentu sedap sangat tu... Lepas ni Kak Sari dah boleh buka kedai makan..
ReplyDeleteCantik kerongsang tu.. Kak PB memang ada mesej nak jumpa Nur juga.. Tapi takde jodoh sebab Nur takde di JB masa cuti hari tu...
mumbam nyiur hehe...maybe ada yg faham/tau benda apa tu..umbut kelapa..
ReplyDeletemmmmm kak!!..sedap errr daging tetel..bab2 rempah gulai ni mmg payah nak dapat kat kedai kan..kalau ada kat pasaran kan senang kita nk masak anytime kan kak..dapnyeee, dapnyerrr..
ReplyDeleteMasih teringat2 rasa shell yg sedap tu. Mak kate kt sini xde.. Tp klo dpt gnti dgn yg ini boleh jg kan...
ReplyDeletePanjang lebo entry gulai kawah melarat ke mutiara dan fm tu. Malu kita tau!! Sayangnya tenet mencekik darah betul, nak tengok gmbr pun seksa tunggu.
ReplyDeleteCikgu fahmi mmg watak penting dlm drama gulai kawah terbang sana sini...hehe. Mula tu dah kecewa nak beli sb bnyk beno halangannya. Tapi cikgu fahmi hari2 ingatkan. Kena jumpa dan kenal dia ni.
Kalau guna tetel mesti lagi umpphhhh kan kak..
ReplyDeletewah.sedap2.semak resepi jap..sat lg nak masak
ReplyDelete