PUDING SAGO YANG OHSEMMM!

Seri Kandi Tanah Jauhar
14
ASSALAMUALAIKUM...


PEMANIS mulut yang tidak pernah tak laku di rumah Seri Kandi. Kalau nampak saja biji sago ni di kedai, Yaya mesti suruh Seri Kandi beli lepas tu sibuklah tanya bila bondanya ni nak buatkan puding sago. Biasanya Seri Kandi akan masukkan terus dalam gelas-gelas yang berasingan dan Yayalah yang paling laju menyantap puding sago ni. Mulut tu pulak tak berhentilah memuji kesedapan puding sago ni. Ialah, makanlah Yaya.... ;-))))) Macam biasa Seri Kandi memang suka gunakan resepi dari Lydia ini setiap kali membuat puding sago. Seri Kandi sukakan struktur gula melaka yang kenyal-kenyal dikunyah bersama sago sekali. Banyak lagi resepi yang best di blog Lydia tapi memang Seri Kandi tak dapat nak jejak lagi link blog Lydia. Apapun terima kasih sekali lagi Lydia kerana berkongsi resepi puding sago yang luar biasa sedap ni.

Puding Sago
Resepi : Lydia
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan:
Bahan A ~
100 gm sago
500 ml air
~ Didihkan air dan masukkan sago, masak sehingga sago menjadi jernih. Tutupkan api, biarkan 1 hingga 2 minit dan bilas dengan air sejuk. Toskan sago dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Bahan B ~
1 sb gelatin (saya guna jenama halagel)
100 ml air panas
~ Larutkan gelatin dalam air panas, ketepikan.

Bahan C ~
180 gm gula melaka
200 ml air
1 helai daun pandan
secubit garam
~ Didihkan semua bahan C dalam periuk kecil hingga gula larut. Masukkan bancuhan gelatin (B).
Kacau sehingga semuanya larut, biarkan suam dan tapiskan. Tuang ke dalam bekas berisi sago dan sejukkan di dalam peti ais hingga gula melaka membeku. Strukturnya akan mejadi seperti jelly.
~ Hidangkan bersama susu cair atau santan, hiaskan jika suka.

jangan takut, makan banyak pun tak debab punya! ;p

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terasa-rasa sejuk dan lemak manis masuk ke tekak. :)

    ReplyDelete
  2. memang ohsem saya nengok puding akak ni..tak cukup semangkuk ni gayanya..

    ReplyDelete
  3. yup memang terbaik.. lemak manis sedap

    ReplyDelete
  4. mana nak cari gelatin halagel? tak pernah jumpa kat tesco pun~~

    ReplyDelete
  5. Cantiklah Seri buat. Kakak terpikat juga nie. Kalau makan masa panas-panas lagi terangkat nie.

    ReplyDelete
  6. perghhhhh mmng ohsemmmmlah tngk pudi ng sagu Yus ni...kaler ijau lagilah menawan...ni kalau Hamka nampak pun 2 mangkuk dia makan..nyaman je lalu kat tekak..kan..

    ReplyDelete
  7. Sari klu nk jmpa kt bus stop bwk skali puding sago tu..seyes akk kecur gile nie..

    ReplyDelete
  8. tq share ye. done clik2 juga

    ReplyDelete
  9. Seronok betul singgah kat Alam Sari ni, cari idea memasak...memang nampak ohsome!

    ReplyDelete
  10. sedapnye tgk.. huu.. lapaq plak L... nk g beli makan dulu!.. huu

    ReplyDelete
  11. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete
  12. Best ni SK (sudah tukar ka). Mood masak ke laut laa...

    ReplyDelete
  13. kelas gitu...nampak sedap sangat...serikandi memang rajin masak...kkida ni kurang sikit lately...:)

    ReplyDelete
  14. tiba2 terasa dahaga lak...sedapnya...nk kena cuba jugak la...;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!