PERTAMA kali melihat ombre cake hati Seri Kandi telah terpaut. Kejadian tona warna tu memang menjadi kegemaran Seri Kandi yang berjiwa halus. Seri Kandi memang sukakan warna-warna yang tone begitu. Sebab itu berkali-kali hati Seri Kandi jatuh cinta setiap kali melihat kejadian ombre cake yang sebegitu rupa. Ombre Cake ini Seri Kandi kenal sejak pertengahan tahun lepas. Masa tu Seri Kandi sedang mencari-cari resepi butter cookies yang sedap sehinggalah Seri Kandi sesat di satu blog milik seorang Minah Saleh. Tapi masa tu Seri Kandi hanya mampu terpukau dan tak terfikir akan membuatnya sebab mood untuk membuat kek sepanjang tahun lepas benar-benar meredum. Tak tahulah kenapa kali ini Seri Kandi terrrrrajin pulak nak membuat kek sendiri. Cer tengok balik gambar-gambar hari jadi Yaya di bawah, baru Seri Kandi perasan cuma sekali saja Seri Kandi buat kek sendiri, hihi.
Sebenarnya pada mulanya Seri Kandi ingatkan nak buat Rainbow Cake sempena hari jadi Yaya ni. Lepas tu Seri Kandi fikir-fikir macam dah tak berapa relevan pulak dan ketinggalan zaman sebab semua orang dah belasah rainbow cake ni kenyang-kenyang Seri Kandi baru nak terhegeh-hegeh membuat. Jadi Seri Kandi nak buat sesuatu yang lebih 'up to date' lah konon-kononnya.. hehe. Tapi yang sebenarnyalahkan... (syhhhh! ini rahsia jangan gitau sesiapa eh) Seri Kandi malas nak buat dan mewarna sampai enam lapis.. huhuhu. Seri Kandi pilih warna ungu kerana Yaya amat meminati warna ini. Jadi, masa tengah cari-cari resepi Rainbow Cake tulah, korek punya korek, pilih punya pilih akhirnya Seri Kandi termakan hasutan Kak Madiha. Mana taknya, suami Kak Madiha yang kurang makan kek tu pun puji melambung, apakah maknanya???? Kepada Kak Madiha, terima kasih ya kerana telah merrr-rekomen kek ini yang Kak Madiha korek dari blog Kak Zu Semanis Gula. Resepi asalnya pula dari Shuhairi Shuhaini.. haaa.. panjang sungguh sejarah kek nikan. Ada beberapa nama lagi yang Kak Madiha sebut, terima kasih kepada semuanya yang tak lokek berkongsi resepi. Rasa macam tak puas buat, seronok sangat agaknya sebab dah terlalu lama tak membuat kek hilang jugak gian Seri Kandi ni... hehehe.
Disebabkan Seri Kandi menggunakan loyang 9" jadi Seri Kandi olah semula resepi asal kek ini dengan menambahkan sukatan sebanyak 60%. Seri Kandi juga telah mengubah semua sukatan dalam gram kecuali penggunaan sudu kecil sebab Seri Kandi pening nak sukat guna cawan bila ditambah 60% tu maklumlah Seri Kandi
Ombre Cake Alam Sari (saiz 9", berat hampir 3kg)
Resepi Asal : Rainbow Cake Shuhairi Shuhaini
Sumber : Kak Madiha
Bahan-bahan :
600 gm Tepung Gandum**
6 1/2 sk serbuk penaik** (diayak bersama)
400 gm mentega
500 gm gula kastor
8 biji putih telur
3 sk esen vanilla
600 ml susu segar atau susu penuh krim
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar 170 - 180 darjah selsius, sapu mentega di sekeliling (separuh ketinggian loyang sahaja) dan bawah loyang dan alaskan dasarnya dengan baking paper.
2. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih.
3. Masukkan putih telur, putar lagi hingga gebu. Masukkan esen vanilla, putar rata.
4. Perlahankan putaran, masukkan susu berselang-seli dengan tepung dan serbuk penaik yang diayak bersama. Putar hingga sebati dengan kelajuan perlahan.
5. Bahagikan empat bahagian, pilih satu warna tema.
6. Bahagian satu, masukkan 1 1/2 sk pewarna, bahagian kedua 1 sk pewarna, bahagian ketiga, 1/2 sk pewarna dan bahagian keempat, suku sahaja pewarna.
7. Bakar setiap bahagian selama 25 minit. Cucuk tengah kek untuk menguji sudah masak atau belum.
8. Jangan lapis kek kerana ia mudah melekat.
Untuk lapisan krim, Seri Kandi guna resepi berikut :
500 gm krim keju
250 gm mentega
1/2 cawan gula icing
2 sk jus limau nipis
Caranya -
1. Putarkan krim keju dan mentega hingga gebu bersama gula icing. Masukkan jus limau nipis dan putar sebati.
# Seri Kandi masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas setiap lapisan rata-rata. Mulakan dengan bahagian pertama dahulu (yang berwarna paling gelap).
Untuk menyalut keseluruhan kek, Seri Kandi guna resepi berikut :
250 gm krim keju
125 gm mentega
1/4 cawan gula icing
1 cawan non-dairy whipping cream
Caranya -
1. Putar non-dairy whipping cream dengan kelajuan tinggi selama dua minit. (masa ini ia sudah kental - pastikan krim ini baru keluar dari peti sejuk dan terus diputar. Goncang kotak sebelum tuang ke dalam mangkuk. Selepas putar ketepikan dahulu.
2. Dengan mixer yang sama boleh terus putar krim keju, gula icing dan mentega. Kemudian campurkan dengan non-dairy whipping cream tadi. Putar sebati.
3. Masukkan dalam piping bag yang telah dipasang nozzle bintang atau mengikut citarasa anda dan paipkan ke kek mengikut citarasa.
4. Simpan sementara krim yang telah diputar (yang masih dalam mangkuk) di dalam peti sejuk sementara anda memancit krim di dalam piping bag ke atas kek.
# Di sini juga Seri Kandi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah sudi meninggalkan komen dan mendoakan untuk kesejahteraan dan kejayaan anaknda Seri Kandi. Budi baik rakan-rakan sekalian hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Seri Kandi doakan rakan-rakan semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT hendaknya, Aminnn.
p/s Seri Kandi dapat beberapa permintaan cara menyediakan lolipop oreo tu, esok InsyaAllah akan Seri Kandi kongsikan ya... tungguuuuuuuu!
I untuk Iman... untuk entry akan datang Seri Kandi akan tukar nama Yaya ke Iman ya.. |
sedapnya la nengok kek ni tapi untuk bday anak saya next wk saya oder je rainbow cake..semua orang dah makan biarlah saya ketinggalan zaman pun, hehehe
ReplyDeletehappy birthday yaya!! semoga menjadi anak yg solehah.. unik nama kek nih.. ingatkan bahasa ape lah tadi. hihi
ReplyDeletemenawannya kek tu....msti sedap nie....tp bila tgk bhnnya yg bnyk tu....serasa cam nak sakit pinggang gak nak menggodek kek nie.....tp hasilnya msti sed nie....
ReplyDeleteHappy birthday Yaya....moga menjadi anak yg solehah dan di rahmati Allah selalu.Cantiknya kak birthday dia.
ReplyDeletecantik rupanya ombre cake ni. ada tone!
ReplyDeletesaya pun nak buat kek sendiri jugak untuk besday sendiri nanti. mungkin kek ceklat biasa je kot. hihihi~
harap harap saya rajin time tu. ngeee~
Buat yaya dulu happy belated birthday dari auntie sayang...
ReplyDeleteSeri kenapa tak ajak kakak makan sama kek tu. Kakak pun terpaut sama. Macam indulgence style layer dia tu. Hmmm... tengok jadilah..
happy birthday yaya..
ReplyDeletecantikkk kek yg bonda yaya buat...special tu....
Selamat ulangtahun Kelahiran buat Yaya.
ReplyDeleteKek tu sangat lah menggoda!
Alahaiii..cantiknyaaa kek tu. Nampak pun sedap, confirm rasanya sangat sedap. Rajin betul Kak Sari baking.
ReplyDeletewoww..cantiknye ombre kek tu..hepi besday wat yaya ye!
ReplyDeletebest yaya dapat kek dari mama..mesti sedapkan
ReplyDeletetomeinyer kejadian kek ombre ni seri kandi... bagus jugak bila dah tambah resepi jadi 60% utk loyang 9 inci.. lain kali boleh guna sukatan yg seri kandi dah darab ni kot2 akak pulak nak buat kek ombre ni.. mmg dah lama jugak berkenan... hehehe...
ReplyDeletesesuailah utk iman kek ombre ni sbb iman pun dah melangkah ke usia remaja kan... hapy besday buat iman... moga jadi anak yg pintar & solehah... amin..
opss! t.q link blog akak & tak abis2 sebut nama akak.. hehe..