ANTARA MENTEGA, LEPA SUSU DAN MARGERIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
15
ASSALAMUALAIKUM...
lepa susu Buttercup - imej google
SEMALAM Seri Kandi telah menerima satu respons yang bagus dari seorang pembaca Alam Sari yang menggelarkan diri beliau sebagai Kak Surya. Berikut adalah komen dari beliau yang menyatakan bahawa Buttercup bukannya mentega tetapi margerin.

"Salam Sari, Terima kasih kerana memberi tips di atas. Tapi di sini saya ingin membuat pembetulan sikit, saya mohon maaf terlebih dahulu, mungkin saya silap selama ini, setahu saya dan seingat saya, Buttercup memang tidak pernah memgeluarkan product Butter, kerana ianya adalah Margerine...Buttercup hanya lah satu nama Brand sahaja dan bukan Butter.ramai yg confuse tentang isu ini kerana ingat Buttercup itu adalah Butter.

Sekali lagi saya mohon maaf. Jika saya silap tolong perbetulkan info ini kerana semasa saya di Uni lagi dan saya telah diberitahu oleh pensyarah Marketing saya yg Buttercup hanyalah Jenama product keluaran syarikat itu dan bukan Butter.

Terima kasih. Sila delete komen saya ini jika ianya salah atau menyinggung Sari.

Kak Surya."


Terlebih dahulu Seri Kandi ingin mengucapkan terima kasih atas komen Kak Surya. Seri Kandi langsung tak tersinggung dengan komen tersebut malah Seri Kandi berbangga kerana pembaca yang prihatin seperti Kak Surya sudi singgah ke blog Seri Kandi.

Sebenarnya bagi kebanyakan pembuat kuih, kita sedia maklum bahawa Buttercup bukanlah produk mentega yang tulen tetapi mungkin dah dari zaman tok nenek lagi kita dah terbiasa menganggap Buttercup adalah mentega kerana perkataan 'butter' tersebut. Oleh itu Seri Kandi mohon maaf kerana kenyataan Seri Kandi semalam bahawa jenama Buttercup mengeluarkan produk mentega sahaja. Seri Kandi sedia maklum bahawa produk yang dikeluarkan adalah LEPA SUSU yang merupakan campuran mentega & marjerin dan kemudian diperkayakan rasanya. Ia mengandungi minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, garam, lesitin soya, lemak susu tulen dll (merujuk kandungan lepa susu Buttercup).  Manakala bagi mentega ia dibuat dari lemak susu dari lembu, air dan garam dan merujuk kepada kandungan jenama Anchor Pure New Zealand Butter pula ia mengandungi krim, air dan garam. Marjerin pula diperbuat dari minyak kelapa sawit dan kemudian diperkayakan dengan
rasa mengikut jenama yang berada di pasaran.

Seri Kandi berharap penjelasan Seri Kandi ini dapat memberi manafaat kepada semua. Sekali lagi Seri Kandi mohon maaf jika ada kenyataan Seri Kandi yang silap di sini kerana latarbelakang Seri Kandi yang baru setahun cicit jagung berada dalam arena baking ini. Bersama-sama ini Seri Kandi sertakan gambar Margerin Buttercup yang Seri Kandi ceritakan semalam.

margerin Buttercup
Wassalam.

Tags

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aslmkm kak yus..
    loo ye ke..mati matian ku sangka butterkap tu bater..sekarang tidak lagi..terima kasih info

    ReplyDelete
  2. Alahai Seri kakak yg dah tua ni pun dari dulu tetap kata buttercup itu butter sebab buat kuih/biskut/kek ok dan sedap pun. Tak kisahlah janji finished productnya sedap.

    ReplyDelete
  3. sambil baca n3 ni terus belek tin buttercup yg ada kat umah... :)(kebetuan kat sebelah lia ni sbb mlm td buat roti..hehee) btl la kak..lia pun mmg dr dulu bila sebut 'butter' mmg buttercup lah yg terbayang kat mata....

    ilmu baru :)

    ReplyDelete
  4. Oh...bukan butter ekk? Iyer2 jer semua org kata butter buttercup yg paling sedap.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal. Sedap nama seri kandi tanah jauhar. duk kat mana? jauhar tu johor?

    ReplyDelete
  6. salam akak...shida pun dok konpius selama nie..buttercup ni butter ke apa ye..sebab tulis situ lepa susu..ah tp tak kisah la..beli dna guna je sebab dah boleh masuk dengan dia..kalau pure butter tu myb akan bau susu..shda lak x makan susu..so bazir je nanti...

    thanks akak atas pkongsian ini

    ReplyDelete
  7. tq skang lebih clear dah

    ReplyDelete
  8. hihihi..sekarang baru saya tahu Lepa Susu tu apa ;)

    ReplyDelete
  9. salam yus,mmg dh tau...tapi..takut &tak tahu mcmana nk jelaskan..zila dpt tau pun dr blog(tk ingt siapa punya blog)..apa2pun tq :) zila66

    ReplyDelete
  10. salam kak sari..hummm penin jugak dengan macam2 kekdah baking ni..huhuhu

    ReplyDelete
  11. terima kasih yus..aku belum jumpa lagi marjerin buttercup..kalau yg tin gold tu selalu beli.

    ReplyDelete
  12. ohhh gitu ye kak..tq pjelasan tu yea kak..QH dh sbati dh dgn buttercup ni..klau gntikn dgn pure butter takut muak pulak nti...hehe

    ReplyDelete
  13. hahahaaa

    ayu gelak sbb selama nie pun ayu tiak butter.

    thanks for info kak sari sayang

    thank berlemon2 u kak surya

    ReplyDelete
  14. You're welcome Sari. Sebenarnya akak (akak la kut kan since dah dlm kelompuk 5series :D) ni selalu singgah ke blog Sari n blog ramai lagi tapi as silent reader sahaja. Thanks ya for sharing those wonderful recipes.

    Puan Ayu of Citarasa Rinduan...sama2 n thanks ya for the lemon2 itu...boleh lah akak buat lemon tarts lepas ni :p... Blog Ayu pun akak selalu singgah juga.

    Salam. Kak Surya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!