DULU Seri Kandi panggil haiwan laut bercengkerang ini shell rupa-rupanya nama yang sebenar dalam kad pengenalan adalah kekapis, oooo... kekapis rupanya, hehehe. Bila tengok balik link lama tentang shell yang pernah Seri Kandi masak sebelum ini (sebenarnya Tuan Panglima yang masak) barulah Seri Kandi perasan ada seorang pembaca yang meninggalkan komen nama sebenar shell ini. Terima kasihlah kepada tuan/puan pengomen tu ya. Inilah rupanya kekapis yang selalu dimasak oleh Etiqa Masterchef Malysia 2 tu.
Sebenarnya di rumah Seri Kandi ni umat yang paling sukakan makanan macam ni adalah ER dan Tuan Puteri Yaya. Seri Kandi kalau setakat tolong-tolong makan tu bolehlah biasanya tukang habiskan ialah Tuan Puteri
gemukkan isi kekapis ni ? |
Sumber : Alam Sari
Bahan-bahan:
1 kg shell (macam dalam gambar tu... hehe)
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2" halia*
3" serai*
15 tangkai cili padi kampung* (tumbuk halus bahan bertanda*)
1 sdb pes tomyam
1 sdb sos tiram
1/2 sk garam
1 sdb gula
1/4 cawan jus limau nipis
3 helai daun limau purut dihiris
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
~ Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan pes tomyam, sos tiram, garam dan gula. Gaulkan semuanya hingga sebati.
~ Masukkan shell, gaul rata dan masukkan jus limau nipis. Taburkan daun limau purut dan biarkan sehingga shell masak dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan cili dan kicap cair.
Oh! Ya... Seri Kandi sangat suka semalam apabila menerima bingkisan yang diterbangkan jauh dari Negeri di Bawah Bayu. Ya Allah, terharunya Seri Kandi dengan susah payahnya menerbangkan untuk Seri Kandi. Siapakah insan yang baik hati tu ya dan apakah isinya akan Seri Kandi kongsikan di entry yang lain. Sehingga bertemu lagi di Alam Sari.
lia x penah makan kekapis ni kak..sesekali nak juga merasa. kat pasar besar melaka ni x penah pulak nampak ada org jual.
ReplyDeletetau shell jer baru tau ini kekapis rupanya..hehehe
ReplyDeleteKekapis ni sedap juga dalam tomyam. Just nak share info. Saya sendiri melihat di dalam TV. sekarang ni laut kita mengalami masalah laut merah. digalakkan semua tidak makan makanan berkerang-kerangan. seperti kerang, ketam, udang, kekapis dan sebagainya. paras toxin yang tinggi tidak dapat di lihat dengan mata, takleh di basuh dan masak untuk hilang kan toxin.
ReplyDeleteKalau ada rasa sesak nafas, muntah keracunan makanan segera ke hospital.
Ini yang saya dengar semalam dalam tv. mungkin bole share pada yang lain.
bukan lala eh? huhu
ReplyDeletePernah makan sekali dua jer... Tapi yang bestnya, kulit dia senang kopek..hehehehehe
ReplyDeletexpernah makan..selalu makan retak seribu je..nipun dah lama xmakan retak seribu...huhu
ReplyDeleteishh.. tak pernah nampak benda ni... maklumlah jarang2 masuk supermarket/pasar basah... kalau ada jumpa teringin gak nak rasa... mesti sedap kan?
ReplyDeletelike tis. mmg sedap. done nuff
ReplyDeleteOhhh... kakak pun baru tahu nama dia kekapis. Untunglah ER rajin ke dapur - kelantang-kelentung tak kisah janji dia sudi melakukannya. Kalau kakak dah lebih dari senyum tak tahu nak kata apa..
ReplyDeletexpernah rasa...kene try nie...mesti sedap
ReplyDeleteSalam Ziarah,
ReplyDeleteAuntie tak pernah makan kekapis.
Wahhhh..nak juga try, tapi tak tahu mana nak beli..huhuhuhu
juga teringin nak tgk en zalie bantu didapur
ReplyDeleteKalau ada belilah lebih. Sedap btol rasanya. Toxid maxid tolak tepi
ReplyDeleteYang biasa kita tengok tu, kekapis dimasak tanpa shell nya, kan?
ReplyDeleteLOL~~ xtahan bab bunyi memasak luar biasa tu :p
ReplyDeletescallop ye kak. nmpk gmbr isi tu mcm scallop dh, tp tun xtau cengkerang dia rupa camner. hihi
Lala ke ni....
ReplyDeletescallop cm shell pam minyak la..mahal x hargany kt cni de jual x?
ReplyDelete