KENAPA TAMBAH TEPUNG DALAM CHEESE TART?

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM...


SEORANG pelanggan baru Seri Kandi yang seminggu sebelumnya mengambil sekotak blueberry cheese tart dari Seri Kandi terus menempah tiga kotak lagi untuk minggu berikutnya. Seri Kandi tidak pasti sama ada beliau atau suami beliau (Chinese Muslim) memang peminat tegar cheese tart ataupun membelikan juga untuk keluarga atau kawan-kawan tetapi beliau memberitahu sebelum membeli cheese tart dari Seri Kandi beliau ada membeli cheese tart di luar barangkali di kiosk pasaraya. Beliau mendakwa cheese tart yang beliau beli krimnya menjadi keras apabila dimasukkan ke dalam peti ais.


Pada pendapat Seri Kandi, krim yang keras mungkin disebabkan penambahan tepung dalam adunan krim cheese tart. Perkara ini diberitahu sendiri oleh seorang kawan Seri Kandi yang turut berada dalam bidang ini yang mana ada kawan-kawan beliau melakukannya. Pada pendapat Seri Kandi, penambahan tepung ini adalah kerana mereka menjual cheese tart ini di kiosk dan tidak segar dari ketuhar. Jika krim semata-mata, cheese tart akan menjadi lembik bila diletakkan dalam tempoh yang lama di luar dan penambahan tepung ini akan menjadikan kulit tart tetap rangup dan krimnya lebih tahan lama. Cuma Seri Kandi tak pasti berapa lama tempoh ketahanannya di luar peti sejuk kerana Seri Kandi tak pernah lagi tambahkan tepung dalam adunan krim. Sebab itu Seri Kandi cuma akan masukkan krim pada malam sebelum pelanggan mengambil tempahan.


Seri Kandi harap penjelasan Seri Kandi ini tidak menyinggung sesiapa. Janganlah kita berburuk sangka dengan peniaga-peniaga di luar sana dengan menganggap mereka hendak untung lebih kerana menambah tepung. Menambah tepung juga menambah kos sebenarnya dan ia semata untuk menjaga ketahanan cheese tart yang dijual di luar. Sebab itu bila dimasukkan ke dalam peti sejuk ia akan menjadi keras. Sebaiknya biarkan sekejap cheese tart di luar sebelum dinikmati sebaliknya bagi cheese tart yang menggunakan resepi seperti Seri Kandi anda bolehlah terus duduk mengadap sambil bersila di depan peti ais, hihihi.

Sekian, salam sayang selalu dari Seri Kandi.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. suka sgt makan..tp malas nak buat hehe...

    ReplyDelete
  2. Betul juga kalau utk pasaran di kiosk memang kenalah keraskan sikit itu yg rasa pun kurenglah sikit.

    ReplyDelete
  3. Alaa...jauhlah Kak Sari... Kalau dekattttt...

    ReplyDelete
  4. Itula kdang bezanya homemade dgn kilang made pnya kan kak....yg jual2 kat kiosk tu....kadang ada bhan2 bgi tahan lama.....banding mcm kita yg buat sndiri nie...smuanya asli......:-)

    ReplyDelete
  5. terima kasih adiku kusss krn kongsi ilmu disini ., tahniah semoga berjaya dam maju dlm bidang ni

    ReplyDelete
  6. mmg sedap lah tu. moga terus maju jaya ye

    ReplyDelete
  7. mmg klu sari tgk yg kt angsana nampak sentiasa keras krim dia tue..tp akk x pernah lagi beli..cuma suka tgok jew ..he h hee

    ReplyDelete
  8. Tak pernah buat tapi suka juga makan. Nampaknya akak dah ada pelanggan tetap..

    ReplyDelete
  9. cantiknye membukit cheesetart akak!! arrghhh jelesss..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!