ASAM PEDAS IKAN PARI LADA HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

KESIAN dengan Iman yang dah tak lalu makan kari, Sk tawarkan dia lauk Asam Pedas Ikan Pari untuk makan malam hari ini. Dengar asam pedas, lebar senyuman dia. Lepas tu, Sk fikir balik, betul ke ada stok ikan pari dalam peti ais. "Bonda, janganlah beri harapan palsu," Iman buat muka sedih 😂

Mujur memang ada tiga potong ikan pari yang dah lama membeku. Sikit lagi nak jadi fossil agaknya, macam khazanah dalam peti ais Mak Cella 😜. Terus Sk keluarkan bekas ikan pari dan rendam. Nak masak awal supaya bila makan nanti kuahnya dah mesra. Sejak dengar baca nasihat Mak Cella tentang kemesraan kuah gulai jika dimasak awal ni, Sk rajin masak awal. Tak macam dulu, dah petang hampir nak maghrib, baru nak masak. Tapi fikir-fikir balik, memang pun dah petang baru sempat masak. Sebab masa tu bekerja di pejabat. La berehat bekerja di rumah 🤭


Tak ada daun kesom dan biasanya Sk akan campakkan daun limau purut dalam gulai tapi kali ini Sk langsung tak tambahkan apa-apa kecuali lada hitam yang ditumbuk. Disebabkan stok cili kisar dah habis, jadi kali ini Sk cuba sukat betul-betul semua bahan, tak mahu kongsi resepi campak baling cili yang dah siap kisar dengan bawang yang tidak tepat sukatannya bagi yang baru nak belajar. Sebenarnya masak asam pedas ni intronya sama jer macam kita nak masak sambal tumis cuma bila minyak dah pecah, kita tambah air supaya jadi gulai. 

Asam Pedas Ikan Pari Lada Hitam

Bahan-bahannya :

Beberapa keping ikan pari, potong kecil
(Perap ikan dengan air asam jawa dan garam 30 minit, bilas dan tos)

*30 tangkai cili kering buang biji, rebus hingga lembut

*2 biji bawang besar saiz sederhana (kalau besar guna sebiji je)

*1" halia

*1" kunyit hidup

*1/2" lengkuas

Kisar halus bahan bertanda *

2 batang serai diketuk

1 sudu pes asam jawa + 1/2 cawan air

2 cawan air/ secukupnya

1 sudu lada hitam ditumbuk

Garam secukup rasa

Ajinomoto

1 senduk Minyak masak 

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. 

2. Tumiskan bahan kisar tadi sambil ditambah air sedikit demi sedikit. Apabila tumisan cukup cantik, masukkan air asam jawa, kacau sekejap.

3. Masukkan air dan ikan serta lada hitam, masak sehingga mendidih. 

4. Bila ikan dah masak, masukkan garam dan ajinomoto, kacau sekejap dan boleh tutup api.


Panaskan kari daging semalam untuk Pak Inche. Dia pula beli ayam kat kedai, nak makan kari dengan ayam goreng katanya. Haaa.. sila goreng sendiri, hamba dah penat berkemas dan memasak.

😂😂😂😂😂













Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Perghhhh...sedapp behtul nampaknya ye!

    ReplyDelete
  2. Asam pedas lada hitam la..Saya suka...Berpoloh kotiak ni kalau makan tengahari.Tapi kalau masak awal memang lebih sedapnkan...😁😁😁

    ReplyDelete
  3. Banyak versi asam pedas kan SK. Yang penting ada rasa masam dan pedas kihkihkihhh!

    ReplyDelete
  4. Kalau letak lada hitam ni style Melaka kan?

    ReplyDelete
  5. Cicah dengan roti canai pun sedap..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!