NASI KERABU BIRU MATA HITAMKU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

DAH tiga kali Sk dan Iman tapau Nasi Kerabu dari gerai yang dibuka di depan Kedai Runcit Haji ASK ni dalam tempoh tak beberapa hari.


Ni gambar yang diambil semalam. Masa mula-mula beli nasi ni agak terkejut jugak melihat kebiruannya. Tapi, bila disuap ke mulut, ternyata sedap. Daging bakarnya lebih sedap dan lembut dari Warung Kak Yah, Kampung Pasir.


Yang ni pulak, Sk beli guna runner. Punyalah sedap sangat nasi kerabunya tu. Tapi ,gerai ni dibuka agak lewat juga, pukul 4.30 petang baru buka. Runner hantar pukul 5.30, itupun selepas diingatkan nasi yang dipesan tak sampai-sampai.


Ni gambar masa mula-mula kenal dengan nasi kerabu ni. Gerai ni pun baru saja dibuka di Taman Mutiara Pulai ni, rasanya belum sampai dua bulan lagi. Cuma satu yang mengecewakan, set nasi kerabunya tak ada solok lada dan telur masin.

Secara peribadi, Sk lebih sukakan Nasi Kerabu Kak Yah tapi yang ni, daging bakarnya sedap lagi dari Kak Yah.. begitulah kehidupan kita juga, tiada yang benar-benar sempurna.

🥰


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Biru betul nasinya...macam gown pengantin la warnanya...
    Tiber rindunya nak makan kenduri kahwin.....dah setahun tak makan kwnduri kahwin...

    ReplyDelete
  2. Terang sungguhhhh warna nasi kerabunyaaa, tapi yang penting sedapppp kan Sk hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya pernah rasa sekali nasi kerabu. Sedap juga.

    ReplyDelete
  4. fuh sedapnya tengok gambar'
    lama betul tak makan nasi kerabu sejak PKP nih

    ReplyDelete
  5. Perghh pekat gila warna biru dia hehee..

    ReplyDelete
  6. Dari hari tu teringin nak makan nasi kerabu...sampai sekarang x dapat2 lagi...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi kerabu! Teringat zaman belajar dulu selalu beli nasi kerabu di pasar malam Seksyen 17 Petaling Jaya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!