MUSAFIR DI AIDILADHA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...


HIDANGAN pagi raya Aidiladha yang dimasak oleh Kak Roz. Lincah sungguh kak ipaq Sk ni.. sup sap sup sap, siap roti jala dengan kari ayam. Selain tu ada rendang ayam dan ayam masak merah yang dimasak Kak Roz jugak petang semalamnya bersama nasi tomato. Pak Inche beli tiga ekor ayam sebab daging dah tak ada jual, itu yang semuanya ayam jer atas meja. Ketupat palas dan lemang, beli.


Lepas makan, Na'E, abang Pak Inche yang tinggal di Terengganu bertolak balik. Sebenarnya Na'E baru sampai Terengganu semula setelah menziarah semasa mak sakit. Sampai Ganu, dapat berita mak meninggal, jadi Na'E patah balik ke Kuala Ketil, seorang diri. Sebelum Na'E bertolak, ambil gambar dulu sebab susah nak kumpul semua serentak. 


Giliran Sk pula untuk pulang. Haruslah juga tangkap gambar juga buat kenang-kenangan. Walaupun kami semua berjauhan tapi hubungan tu agak akrab juga. Syukur dipertemukan dengan keluarga mertua, ipar duai yang baik-baik. 


Singgah R&R Tapah nak beli makan tengahari tapi cuma satu gerai saja yang buka itupun nasi putih belum masak, yang ada cuma nasi lemak. Tak semangat nak beli, Iman cadangkan beli makanan di Shell, yang 'Deli To Go' tu. 


Sk suruh Pak Inche makan dulu sementara Sk memandu. Sampai Sabak Bernam, tukar giliran, Sk pulak makan. Feeling makan dalam kapal terobang gitu 😜 Kami beli tiga jenis nasi, Iman makan Butter Chicken, Sk, Thai Basil Chicken dan PI makan Kapitan Chicken...hurmmm.. chicken memanjang nampaknya. Antara ketiga-tiga menu ni, kapitan chicken paling sedap. 


Sk ambil semula stereng selepas singgah beli A&W ni di R&R Seremban (Seremban ke.. lupa pulak 🤭). Risau sungguh tengok pakcik ni asyik menguap aje. Ialah, dari hari ahad tu pun memang dah semalaman tak tidur sehingga urusan pengkebumian selesai. Malam tu pun, PI kata susah nak tidur dan dia cuma tidur-tidur ayam jer. Jadi, Sk ambil alih pemanduan sehingga ke Kulai, baru pas semula pada Pak Inche. Betul-betul musafir la, Aidiladha kali ni. Raya yang tak sepertinya kan.. tapi tetap kena bersyukur kerana masih berpeluang menyambut aidiladha tahun ini.. Alhamdulillah.

Di sini, Sk mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas ucapan takziah dan iringan doa untuk mak mertua Sk. Semoga doa yang baik-baik, akan berbalik kepada kalian juga, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.














Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rezeki bermusafir. Alhamdulillah di kelilingi keluarga dan saudara mara yang baik-baik belaka. Moga ukhuwah berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semua dah selesai...dimudahkan urusan & semoga Allah berkati kita semua

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah perjalanan SK dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Teringat lagi S Jibeng
    Tapi musafir di Aidil fitri

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, selamat juga sampai ke JB...

    ReplyDelete
  6. Yang pergi tetap pergi, kita yang masih ada, harus meneruskan kehidupan. Semoga allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  8. Bergambar kenangan itu perlu.. Alhamdulillah.. dapat ipar duai dan family mertua yang baik baik.. rezeki tu... Moga semuanya sentiasa dirahmati Allah.. Amin

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!