Assalamualaikum...
JUMAAT muncul lagi. Alhamdulillah, pagi ini matahari bersinar terang. Kain-baju pun sudah bergayutan di ampaian. Semoga yang baik-baik sahaja ceritanya hari ini. Semoga mak di sana berada dalam keadaan sejahtera, semoga abang ipar di sini juga kesihatannya kembali pulih nanti. Terima kasih atas kesudian sahabat alam maya dan pembaca Alam Sari yang mengirimkan doa buat kedua-duanya sama ada terucap atau di dalam hati sahaja.
Tersampuk roti jala agaknya sampai otak ni asyik rasa nak menjala sahaja. Nak menjala bukan biasa-biasa, tapi nak menjala roti jala jelita.
Gigih mencari botol acuan roti jala bermuncung satu dan tiga demi merealisasikan kejelitaan roti jala.
Terlanjur Sk kena masuk ke pejabat hari isnin lepas, Sk terus ke Ninso yang berdekatan untuk mencari acuan tapi yang banyaknya pinggan. Di Ninso pun dah jual pinggan viral sekarang, geram 😂 Untuk resepi roti jala, Sk kongsikan di sini. Tapi ini bukan resepi orang berniaga ya, ini cukup untuk 3 - 4 orang makan petang 🧑🍳
Resepi Roti Jala
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 cawan susu sejat (susu cair)
1/2 st garam
2 biji telur
2 sb minyak masak
Cara-cara :
1. Masukkan air, garam dan telur ke dalam jug blender.
2. Masukkan tepung gandum, sedikit-sedikit, kisar hingga halus dan sebati. (Tujuan supaya tepung mudah sebati)
3. Masukkan minyak masak, kisar sehingga sebati, sekejap sahaja (nak kacau manual pun boleh).
4. Boleh masukkan ke dalam botol acuan roti jala.
Selepas masukkan ke dalam acuan ni, letaklah pewarna mengikut citarasa, kemudian kacau sebati guna chopstick. Hasilnya seperti gambar sebelum ini.
Untuk hasilkan roti jala bentuk ros, kena guna botol acuan bermuncung tiga dan acuan bermuncung satu untuk membentuk daun. Banyak perkongsian di socmed cara memicit adunan ke dalam kuali serta cara menggulung roti jala bagi membentuk bunga ros. Cuma Sk main belasah jer nak picit daun tu, lain kali kena kira jarak supaya daunnya tak berkumpul di satu tempat yang sama 😂.
Sekarang ni lagilah. Selain bung ros, ada pulak bunga kecik-kecik tu. Debar-debar hati bila teringat tu 😜. Bila Sk kongsikan di fb, ada pulak yang kata nak tempah.. aisehmann.. sukatan 2 1/2 cawan tepung ni pun sejam mencemar duli kat dapur 😭
Terjadinya roti jala ni sebab Pak Inche minta masakkan Kari Daging dengan Daging Goreng Kicap. Siang tu, Sk dan Iman dan makan nasi dengan lauk Daging dan Keli Salai Masak Lomak Cili Api. Tu la yang Sk buat roti jala malamnya. Pak Inche makan nasi, sebab siang tu tak jumpa nasi.
Pak Inche, kalau minta masak Kari Daging tu lawannya Daging Masak Kicap macam ni. Hiris daging nipis, kemudian gaulkan dengan kicap manis. Bila dah dekat time nak makan tu, goreng dengan sedikit sahaja minyak, sampai daging masak, siap. Kalau ikut cara sebenar, kena goreng bersama bawang yang dipotong bulat tapi sebab bila makan, PI ketepikan bawang tu, jadi, tak payah letak, mambazir jee, bawang dahlah mahal 😂😂😂
Sahabat kimia datang ziarah..
ReplyDeleteBaru balik LD ada pulut.
Mai Johor ada gulai daging dengan jala jelita.Rose tu segakkkk🌹
KL pun adq gulai daging.Nampak tak kekimiaan tu
Amboiiiii jelitanya roti jala dia...
ReplyDeletecantik jelita si bunga ros
Segak terselit di telinga sidara
Macam mana diri ni nak kurus
Terpandang pula si roti jala jelita..
Hahahahah.....masukkkkkkkkkk
Memang jelita sungguh roti jalanya tu...nak tukar namalah jadi roti jelita, buang jalanya hihihii.
ReplyDeleteselalu kaler kuning. yg ni mcm2 kaler..teruja nak makan la...
ReplyDeleteskill menjala yang luar biasa ni
ReplyDeletewah wah dah leh niaga tu kak...
ReplyDeleteniaga utk yg nak makan 3 4 org je dulu hahaha :D
YG order byk2 tu soh dia buat sndri :D
Elokkk gila roti jala Sk! Nak makan rasa sayang pulakk hahaha
ReplyDelete