KIRIMAN DURIAN DARI BLOGGER WARISAN PETANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum...

KHAMIS lepas, Sk dapat whatsapp dari orang yang tidak disangka-sangka, blogger Warisan Petani 😍 Di kalangan blogger, beliau mesra dipanggil wak, sering berkongsi tentang pengalaman beliau tentang tanaman dan haiwan ternakan. Seronok baca blog wak, setiap kali wak post entri baru, mesti cepat-cepat klik. Kalau baca entri wak, macam terasa beliau sedang bercerita tentang aktiviti hariannya betul-betul depan mata. Tambah ilmu juga dalam bidang pertanian ni. 


Teruja betul Sk bila wak bertanyakan alamat, terus tanya, wak nak pos durian ke? Kahhh.. tak malu betul. Memang dah berapa kali, Sk hantar komen pada wak, menyatakan hasrat nak beli durian wak setiap kali wak bercerita pasal durian. Tahun lepas, masa boleh merentas daerah, ingatkan nak beli durian terus di kebun wak, tapi mungkin wak tak perasan Sk ada tinggalkan komen nak beli durian. 


Hari Jumaat tu, tertunggu-tunggu jugaklah durian sampai. Tapi, yang musykilnya, dalam entri 'rambutan lok daun' wak, wak beritahu durian dah habis. Wak pun tak beritahu nak kirim apa, minta alamat tu. Nak tanya banyak, seganlah pulak 🤭 

Sabtu, Sk keluar ke NSK, beli barang dapur. Dah balik rumah, tengok tak sampai lagi kiriman dari wak. Tak apalah, esok-esok sampailah tu. Agaknya wak guna runner, Sk terbayang orang hantar durian dalam bakul 🤣 Tengah menyiang ketam tidur tu laaa.. tetiba ada orang hantar barang. Tengok dia pegang kotak macam selalu Sk dapat kalau beli pinggan. Tapi, rasanya.. tak ada pulak Sk beli pinggan 🤣


Rupanya kiriman dari wak 😍😍😍
Terus tinggalkan ketam 😆 dan buka parcel dari wak. Aisehhhmannn.. betul laaaa wak kirim durian. Pak Inche kata, cepat masuk peti sejuk. Nanti malam boleh makan dengan nasi 🤭


Pak Inche la yang susun ni. Nampak muka happy sangat sebab Sk memang selalu cerita dia pasal durian wak ni.  Dah lama dia ajak cari kebun wak tau 🤣


Terima kasih banyak ya wak sebab sudi kirimkan durian ni. Dapat jugak rasa durian yang selalu keluar dalam blog Warisan Petani tu. Semoga tahun depan, pokok durian wak memberi hasil yang lebih lumayan dan lebih ramai dapat menikmati durian wak. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik, panjang umur, berbahagia dan sejahtera selalu buat wak sekeluarga, Amiinn Ya Robbal Alamiiinnn.










Tags

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah . Rezeki nak makan durian wak dapat jugak tu

    ReplyDelete
  2. Wah terus dapat rasa durian daripada Wak. Hehe selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  3. Wahhh rezeki SK & family. Terus follow wak sebab nak belajar lebih ilmu bertani hehe

    ReplyDelete
  4. SK....
    Bukan ker Wak suruh kasi alamat rumah saya sekali..Jangan ngelat aaa...🤣🤣

    ReplyDelete
  5. Kalau Covid-19 dah balik kampung, kita buat rombongan pi dusun durian Wak ye.

    ReplyDelete
  6. Waaa.. Alhamdulillah.. Siap pos tu.. Dahsyat,,

    ReplyDelete
  7. wahh bestnyee. teringin nk mkn durian jgk ni..

    ReplyDelete
  8. WAaahhh rezeki dpt makan durian dari kebun WAk.

    ReplyDelete
  9. Wahhh siap pos, rezeki Sk dengan family dapat makan durian dari kebunn wakkk

    ReplyDelete
  10. wah rezeki dikongsi bersama..
    alhamdulilah, murah rezeki wak dan kak seri.

    ReplyDelete
  11. wah baiknya wak
    alhamdulillah tercapai juga hasrat tahun ni yea..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah....tercapai hasrat...ikutkan rasa nak terjah je dusun wak tu kan....

    ReplyDelete
  13. Woww.. Hajat tercapai akhirnya... Moga dilimpahkan rezeki lagi buat Wak... Amin.. Rajin wak pos ekk.. Hehe..

    ReplyDelete
  14. Ooo.. SK pernah merasa durian Wak rupanya. Syoknye! 😋 Untungla. Kenapalah saya tak tinggal di Johor. 😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!