LAUKKU CUKUP MASIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum..

LEWAT sikit makan tengahari hari ini. Beberapa hari ni laptop asyik buat hal jer. Bila dia 'hang' maka lambatlah siap kerja Work From Home kita. Bila kerja WFH lambat, akibatnya lambat jugaklah nak Work For Home 😍Macam biasa, semasa BDR ni Sk tak memasak cuma panaskan lauk-lauk semalam dan masak nasi. Kalau tak ada lauk semalam, Sk akan keluar beli makanan atau order online. 


Satu-satunya lok lam yang ada dalam peti sejuk ialah Asam Pedas Ikan Bawal yang Sk masak petang semalam. Iman memuji-muji kesedapan asam pedas emaknya. Emaknya pun sama, masuk bakul angkat sendiri. 


Selain kena ada ikan goreng, bila makan nasi lauk asam pedas, mesti jugak ada kicap. Tu, Pak Inche la.. Iman cuma makan kicap dengan telur mata atau jika masak telur mabuk. Selain tu Iman cuma makan sambal kicap. Begitu juga Sk. Dulu, ibu selalu marah kalau kami tuang kicap kalau makan nasi dengan gulai. Dia macammmm ni...

Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garammmm

Haaaa.. berani nak letak kicap???

😜😜😜

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Asam pedas kawankan dengan kicap pada nasi sangat padu.

    ReplyDelete
  2. Hahahahahha siap ada lagu lauk ku cukup masin ye :D
    saya pun kadang suka tuang kicap campur sambal :p

    ReplyDelete
  3. Memang kombinasi telur dadar sesuai dengan lauk asam pedas kan...terus rasa nak makan asam pedas...x sure bahan ada ke x dalam fridge...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah masin, jarang tambah kicap dah

    ReplyDelete
  5. Iman asyik puji-puji asampedas ikan bawal emak dia, Firdaus pulak asyik puji-puji ikan bawal goreng mommy dia hihihiii!

    ReplyDelete
  6. Orang Kedah jarang makan kicap...Depa makan toyu....🤣🤣🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!