CUCUR UDANG UTARA DAN AIS MILO KEPAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


NI kisah balik dari Taman U, selepas beli makanan kucing. Iman kata, sedapnya kalau dapat minum ABC, cuaca panas membahang hari tu. Lalu Sk singgah ke Medan Selera Taman Sri Pulai. Sayangnya tak ada ABC, yang ada Ais Milo Kepal. 

Kalau dah ke sini, wajiblah tapau Cucur Udang Utara. Dah banyak kali Sk ceritakan tentang Cucur Udang ni, malas lak nak masukkan link, hihi. 


Gerai Cucur Udang. Selain dari cucur, banyak menu lain seperti Mee Kari, Laksa Penang dan Nasi Ayam serta beberapa menu lain.


Gerai Ais Milo Kepal. Juga menjual Goreng Pisang, Keropok Lekor, Cendol, pelbagai minuman dan Nasi Kukus Ayam Berempah.


Tengah tunggu Ais Milo Kepal, nampak ada pelanggan lain beli Milo Ais Gantung. Terus order satu kongsi berdua dengan Iman.. dia punya kecurrrr tengok milo ais orang kannnn.

Luar biasa sedap sedut milo ais dari plastik ni tau.. tak percaya, pi beli sebungkus sekarang.

🤣🤣🤣


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Tuhan, panas-panas begini sedapnya sedut yang ada ais. Allah.. yg mampu minum yang panas je buat masa ni. huhu

    ReplyDelete
  2. Tu milo ikat tepi ...kalau nampak orang minum milo ais dalam restoran mamak?
    Hahaha...dah lama berkurung ni semua di luar menjadi kerinduan

    ReplyDelete
  3. Di LD, orang panggil ikat siring (tepi). Memang luar biasa. Sekali sedut terus meresap masuk yang sejuk-sejuk tu sampai terasa ke tulang sum sum hihihiiii!

    ReplyDelete
  4. Kat KL depa panggil Ikat mati..hahahaa...untung beli macam ni sebab dapat banyak...tapi SA suka sebab nak gantung mana kan...apapun cucur udang tu nampak sedap laa

    ReplyDelete
  5. Lama x minum milo ais.. even kat rumah sendiri pun... huahuaa.. nampak sodap behtulsss tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!