QULAI PIZZA YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...

DAH beberapa kali ternampak posting tentang Qulai Pizza di fb. Kisahnya tentang doh pizza yang dibakar menggunakan kayu api dari pohon rambutan. Dohnya pula diuli secara manual dengan tangan. Qulai Pizza yang terletak di Kampung Pertanian, Kulai,  mempunyai keaslian tersendiri dan tiada cawangan di mana-mana dalam Johor atau luar Johor.

Pagi ni, eh.. dia lalu lagi kat wall kita. Sk pulak bercadang nak ke Senai petang ni. Teruslah Sk klik link whatsapp Qulai Pizza ni. Alang-alang guna runner, terus Sk order lima kotak. Biar semua puas makan 😜


Beef Pepperoni. Memang flavour wajib setiap kali order pizza tak kisahlah kat Pizza Hut atau Dominos. Kalau beli dari Pizza Food Truck taman belakang ni pun, tetap jugak ambil flavor BP ni.


Qulai Signature. Kalau BP tu guna daging lembu kan, QS ni letak ayam, nanas, capsicum, dia ala-ala Hawaian Chicken la flavour dia.


Cheezy Cheese. Memang hantu cheese kan, haruslah ambil yang semua cheese. Semuaaaaa flavour sedap, yang paling Sk suka.. hurmm.. semua sukalah. Sk ambil BP tu dua kotak, QS dua kotak dan CC sekotak. Ada flavour Asam Pedas Muar, haiii.. ralat pulak tak order sekali yang tu.


Hurmmm.. nak kena order esok ke nih???

🤭🤭🤭

 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Order... jangan tak order. Takut ada yang tidur mengigau sebut Qulai Pizza...qulai pizza asam pedas hihihiii!

    ReplyDelete
  2. Kesian pokok rambutan
    hari2 kena tebang buat bakar lempeng piza tu

    ReplyDelete
  3. Qita oqang Qedah nampak Qulai pizza tu sedap.Qalau oqang Qulai belanja qita suqa....🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Fuh! Sedap betul ek pizza dibuat secara homemade, fresh dan di bakar menggunakan kayu api ni. Untung orang dekat area Kulai ni, boleh try cuba makan pizza dekat Qulai Pizza Kayu Api. Kalau dah boleh rentas nanti nak cuba la! 🤤

    ReplyDelete
  5. Alahai..tengok entry ni terus rasa nak makan pizza plak....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!