Assalamualaikum...
MENGGELETAR dah agaknya badan Pak Inche tak dapat pergi shopping kat NSK. Dia tanya, nak ikut tak? Sk suruh dia pergi seorang sebab Sk sedang BDR. Nak keluar boleh aje, tapi nanti takut tiba bos minta email apa-apa dokumen, celah mana nak raba kalau kat NSK tu 😜
Lama jugak la Pak Inche pergi, Sk tengok yang dibelinya barang-barang masak yang Sk pesan.. halia, serai, kunyit hidup dan bawang. Hurmm.. baru teringat macam tak ada cili padi masa Sk kemas-kemas tadi. Pak Inche beli jugak ayam dua ekor yang dipotong 16. Lamalah Sk mengadap sinki bersihkan 32 ketul ayam dengan pedal dan hatinya kena ambil masa sikit nak dibersihkan sebelum disimpan dan dibahagikan dalam lima bekas berasingan. Ada daging lembu jugak tadi, pun Sk dah siap potong bahagikan dalam tiga bekas supaya senang nak defrost ikut apa yang kita nak masak sahaja.
Nasi beriani saya biasa makan masa orang kawin je. Hihi.
ReplyDeleteNasi beryani tanam ni bukan ke kalau kat Johor dipanggil beryani gam...ka saya salah?
ReplyDelete😁
SA jarang makan nasi beriyani...Dania suka la ni...
ReplyDeleteIngatkan tanam macamana. Rupanya ayam kena tanam dalam nasi hihihiii.
ReplyDelete