Assalamualaikum...
SEBAB nak sangat makan lontong yang dijual di Gerai Sarapan Tepi Masjid, pagi ini gigih Sk berjalan memandu keluar rumah. Gerai tepi masjid ni kalau ikutkan jaraknya tak sampai 1 km pun dari rumah Sk. Cuma perlu berjalan keluar melepasi enam buah rumah, kemudian melintas jalan besar, dah sampai. Tapi, Sk lebih sanggup pandu kereta, buat pusingan u, hihi.
Sebab memang dah kata, nak beli lontong sahaja, memang Sk tak hairanlah dengan pelbagai pilihan sarapan berat di sini. Di sini, macam-macam ada, nasi lemak, pelbagai jenis mee dan bihun, soto dan entah apa lagi yang bersusun dalam kotak-kotak lutsinar tu. Tapi, yang dalam gambar atas ni, memang amat menggoda anak tekak yang sedang lapar. Maklumlah, pagi-pagi belum lagi menjamah apa-apa. Kalau ikutkan nafsu yang tamak haloba, nak aje ambil itu.. itu.. itu... itu.. itu..
😜😜😜
Tapi, cuma ini yang terpilih. Nasib baik pergi seorang, kalau pergi berdua, mahu yang berwarna-warni, bomboloni, manis-manis semua ikut sekali macam nak makan kenduri.
Pulut serunding dan sandwich terpilih mengikut Cik Lontong balik. Sk mula kenal lontong gerai tepi masjid ni semasa pkp tahun lepas. Masa tu, peniaga ni buat jualan secara penghantaran sehingga ke pintu pagar. Memang selalu la Sk beli lontong dia, sehinggalah bila sudah mula dibenarkan membuka gerai, dia tidak lagi buat khidmat penghantaran.
Alhamdulillah.. kenyang sudah makan lontong. Jom kita work for home.. eh.. work from home 😂
Sedpnya tengok pulut serunding tu...SA suka tapi tak leh makan banyak..angin...
ReplyDeleteAlahai SK... kalau Kak Amie nampak kuih-muih tu pun rasa nak borong sebakul juga. Memang tamak betul... orang tamak ni selalu untung tau hihihii.
ReplyDeletekuih seri muka pebret kita...
ReplyDeleteklu dapat yg lembut isi nya mmg x cukup makan seketul
Eh,Pulut Serondeng & sandwich tu TERikut ek....ðŸ¤
ReplyDeletenampak sedap pula
ReplyDeletehahahaha
Rindunyaaaaa nak borong kuih muih kalau pergi pasar malam! Kuih nona tuuu sedappp! Maniss hehehe
ReplyDeleteMacam Rumah Nombor 5 Persiaran Satu.Disebelah kanan masjid,di depannya mini market....Pernah dengar tak?
ReplyDelete