BUBUR NASI BERLAUK YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

Assalamualaikum...

HARI ini, Sk masuk pejabat lagi. Sebahagian besar pelajar semester akhir yang menamatkan kuliah mereka baru-baru ini, Sk panggil hadir untuk mengambil sijil yang diperolehi pada tahap sebelumnya. Senang panggil sekali arung sebab bercinta jugak nak datang pejabat selalu ditambah tak mahu bersesak ramai dalam pejabat semasa pandemik ni.

Punyalah sibuk menguruskan sijil-sijil pelajar sampai nak bancuh air pun tak sempat. Rasa macam masa mencemburui. Hanya sempat minum air kosong dari mesin air. Selepas sesi perbincangan yang tak habis-habis, Sk terus ke pejabat poslaju menguruskan dokumen yang perlu dipos pula. Perut dah mula menjerit kelaparan. Teringat janji nak tapau Daging Salai Masak Lemak Cili Api di Anjung Selatan. Tapi, tengok jam, masa-masa macam ni tentu restoran itu sudah ramai yang beratur.


Tetiba.. ting! Hari tu nampak banner Bubur Nasi Berlauk di Medan Selera Taman Sri Pulai. Sedap jugak makan bubur, Iman pun suka. Teruslah ke sana, tapau dua bungkus. Nampak sayur secoet tapi bila dituang atas bubur, mewah.. puas makan dan sangat sedap. Iman cakap boleh beli selalu.

Ya.. yang sedap kita kena sokong 😍


Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya tgk smabal je dah nmpk menarik heheh

    ReplyDelete
  2. Nampak mewah eksesorinya..Mesti sedap tu..
    Tapi saya kena berehat sebentar dari masak bubur..Dah 2 minggu hari2 masak bubur..🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa....tengah demam ni elok makan bubur macam ni kan...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya,lagi la ada kacang tu ha..krup krap ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa nasi bubur berlauk macam ni

    ReplyDelete
  6. Bagus intuk orang demam ni.
    Kalau orang sihat, 2 pinggan baru cukup

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Kat Taman Sri Pulai yek. One day nnti nak singgah. Selalu bawak org makan p yang femes tu ja.

    ReplyDelete
  8. Nice.. Nampak menyelerakan!!! Suport bisnes Melayu yang sedapp.. Kan... Hehee

    ReplyDelete
  9. Sedapnya bubur dengan pelbagai accesories atas tu. Semoga dipermudahkan urusan kerja akak. Aaminnn...

    ReplyDelete
  10. Bubur berlauk ni kalau masak kat rumah, memang licin laaa, menu laku keras ni.. nanti nak buatlah...

    ReplyDelete
  11. Bubur nasi lawannya memang kena ada sambal kicap tu. Tambah kangkung celur, bilis goreng & telur masin memang padu beb

    ReplyDelete
  12. Sedap ni..Walaupun sekadar bubur.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!