Assalamualaikum WBT
AHAD.. Malam tu ada perlawanan bola sepak suku akhir Piala FA 2023 antara JDT vs Penang, kan.. jadi, Pak Inche-nya kerja. Sk pulak, memang kerja 'siang' la ahad. Pak Inche tengahari masak steak, dia tak nak makan nasi sebab nanti kat stadium selalu dorang bagi makanan berat. Sk mintak simpankan steak Sk dalam esbox jer, nanti nak makan Sk tinggal panaskan.
Haa.. mesti pembaca keliru.. dia macam ni..
Sk cuti rehat Jumaat Sabtu
Pak Inche cuti rehat Sabtu Ahad
Tapi, ahad tu Pak Inche kena buat liputan perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim.. harap faham la ya, hehehe.
Korek-korek apa ada dalam peti sejuk, takkan nak makan steak dengan salad semata. Dahlah sebiji baked bean pun dia tak tinggalkan untuk kita, hahaha. Jumpa nasi goreng semangkuk, macam biasa la, jadi majlis bandaraya, huhuhu. Alhamdulillah, kenyang.. bolehlah layan drama Korea, hahaha.
Sekarang ni, Sk tengah layan drama 52 episod yang diterbitkan tahun 2021, Young Lady & Gentleman, tahun pandemik tu. Dalam dialog pun ada sebut jugak pasal pandemik. Sekarang baru episod 17, ada lagi 35 episod. Tu pun Sk skip banyak, hahahaha.. Banyak sungguh plot twistnya dan macam tak logik pulak bila semua orang ada berkait antara satu sama lain, layankan aje la... sementara tunggu sambungan Doctor Cha yang masih ongoing tiga episod lagi, hahahah.
menggoda sungguh menu akak tu...
ReplyDeleteMak mak selalu jadi majlis bandaraya, kan. Sayang tengok rejeki. Orait sesangat tu. Steak dengan nasi goreng. Kenyang dan sedap.
ReplyDeletemama suka makan macam ni, byk sayuran.. lengkap semua
ReplyDeletekenyang tu, steak & nasi goreng...nak jadikan drama, semua karakter ada berkait...baru ada umphhh, walaupun x realistic in real life..
ReplyDeleteplating dia pun dah buat lapar...dapnyaaa...
ReplyDelete