Assalamualaikum WBT
CUTI Hari Wesak tuari, Pak Inche keluar tapau lauk dari Restoran Azinor di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA). Restoran kegemaran Pak Inche ni dah berusia puluhan tahun dan pemiliknya merupakan orang Kedah macam Pak Inche juga yang dah bermastautin di Johor.
Dulu-dulu, restoran ni terletak berdekatan dengan Maybank TUTA. Sekarang ni dekat-dekat dengan RHB Bank. Kadang-kadang, hari bekerja Pak Inche sanggup memandu sampai ke sini untuk membeli makanan tengahari bila tidak banyak kerja sangat.
Pak Inche macam selalu la, rambang tekak bila nampak lauk. Ada pedal ayam 6 ketul.
Sayur Kubis Goreng Kunyit
Taugeh Goreng
Ayam Merah atau Ayam Sambal
Ni masakan paling femes di sini dan jadi kegemaran Sk juga. Rasa sambal dia tu tak jumpa di tempat lain.
Ayam goreng tu pun sama, menjadi kegemaran pelanggan. Ramai pelanggan cina juga yang suka makan di Restoran Azinor ni.
Acar Jelatah pun Pak Inche beli
Pak Inche ni risau sangat makan tak berkuah. Dia minta bungkuskan kuah kari sahaja, adalah bendi beberapa ketul. Kuah kari ikan ni akhirnya masuk peti sejuk. Nanti kita beli ikan, rebus, lepas tu campak dalam kari ni dan panaskan bersama, hehehehe.
Jumlah semua lauk, RM33. Nasi masak sendiri.
tiap kali ada menu pedal ayam sy mesti ingat kisah lama dulu roomate org kedah dia bagitau pedal ayam almari dia rosak..pening la saya duk fikir mcm mana pedal ayam guna utk lock almari hahaha
ReplyDeletetaugeh goreng! My feveret!
ReplyDeleteTerubat rindu PI dgn masakan Kedah ye :D
ReplyDeleteAyam sambal Kedah ni lain sikit, PH pun tak pandai masak... esp yg makan dgn nasi kuning tu...
Rambang mata bila nampak banyak lauk. Rasanya semua hendak diterkam!
ReplyDelete