MAKAN ASAM PEDAS CLAYPOT @ TANGKAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


KISAH balik dari Beraya Di Rawang, dalam perjalanan balik Johor, Pak Inche kata, nak singgah makan di Sup Lembu Tangkak, Melaka. Namun begitu, sebaik sahaja memasuki Plaza Tol Aye Keroh, hujan mula turun dan semakin lebat ketika kami melewati Zoo Melaka. Sampai depan kawasan industri sebelum Aeon Mall Ayer Keroh, air mula memenuhi jalan. Banyak kenderaan berpatah balik dan kami juga buat pusingan U, keluar semula di Plaza Tol Ayer Keroh dan Sk ajak Pak Inche makan di Tangkak sahaja.


Ingatkan nak makan Mee Bandung di Hentian Bas Tangkak, tapi, tertarik pula nak singgah ke Gerai Asam Pedas Claypot sebelum pintu gerbang Tangkak.


Pak Inche dan Iman makan Asam Pedas Tetel seorang semangkuk.


Apabila perut lapar disorongkan Nasi Putih dan Asam Pedas Tetel seperiuk kecil.


Untuk Sk, Asam Pedas Ikan Kembong. Ikan lain semua tinggal kepala sahaja kata adik yang ambil pesanan tu. Setiap set asam pedas datang bersama sepinggan nasi, sebiji telur dadar, ulam timun dan kacang panjang tanpa sambal belacan. Asam pedas sedap sangat, A+. Jumlah semua dalam RM48.


Gerai ni terletak di sebelah kanan selepas gerai-gerai durian. Tak tahu location dalam ig atau fb. Nama kedai pun tak ada. Senang aje cara ke sini, keluar Plaza Tol Tangkak, di persimpangan lampu isyarat (gambar atas sekali) belok kanan. Nanti nampak gerai durian di sebelah kanan anda, lepas tu nampaklah warung Asam Pedas ni. 

Kami orang terakhir makan, masa balik tu mereka tengah nak tutup kedai, tak sempat mintak no teleponnnn.. hehehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Asam pedas claypot mmng best. Teringat pulak masa makan kat melaka haritu. Licinn

    ReplyDelete
  2. saya pun tengah lapar ni tertelan airliur tengok asam pedas claypot akak

    ReplyDelete
  3. Gambar seakan kelabu, menunjukkan asam pedas claypot sampai panas-panas. Peh... terus berbunyi perut saya.

    ReplyDelete
  4. terliur dah nih...kat sini jarang jumpa asam pedas tetel...

    ReplyDelete
  5. Asam pedas tetel ke, asam pedas ikan kembung ke kalau dah diclaypotkan memang sedap belaka.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!