Assalamualaikum WBT
SEMALAM, telah berlangsung, Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang dan Sambutan Aidilfitri Kumpulan Pendidikan YPJ di White Hall Event Space, Kempas, Johor Bahru. Semua warga kerja KPYPJ diwajibkan hadir dengan mematuhi kod pemakaian, Baju Melayu Bersampin bagi lelaki dan Baju Kurung atau Kebaya bagi wanita.
Lupa pulak nak bergambar solo. Ni bergambar sama dengan rakan-rakan Ex-ITP Bukit Senyum. Sk berpakaian baju kurung Kedah yang dipakai semasa Beraya Di Rawang, cuma kali ni pakai shawl warna krim.
Sk duduk di hadapan pentas, sebelah kiri. Cantik sangat White Hall Event Space ni. Sejuk dan luas mata memandang dengan rona putih dari siling, dinding, kerusi dan meja. Dewan ini boleh memuatkan sehingga 1000 orang tetamu tau.
Disebabkan pendaftaran bermula jam 8.30 pagi, boleh clock-in terus di hall tapi Sk singgah apartment kolej dulu ambil Fidah dan Aida.
Naza terus ke hall sebab memang dah tinggal area Kempas.
Foto-foto sebelum majlis bermula itu wajib. Hadapan sebelah kanan tu, staf intern yang juga merupakan salah seorang pelajar Kursus Pengurusan Pejabat di kolej.
Ucapan perasmian dari Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh.
Eh.. eh.. lepas tu, beliau boleh berlakon pulak jadi PR.. bukan Public Relations tapi Wak Potong Rumputttt.. hahahaha. Riuh satu dewan, tak sangka big bos berbakat, boleh masuk Raja Lawak ni!
Ini pula persembahan dari Kolej Kemahiran Johor. Dua hari jer berlatih, hehehe, memang tempat kedua.
Acara yang ditunggu-tunggu...
Hidangan utama, Nasi Beriani. Lauk dah diceduk siap satu porsi, boleh terus ambil. Maklumlah, ramai yang nak dibagi makan ni, hahaha. nasi tu boleh ceduk ikut suka hati. Ada juga nasi putih. Sk ambil Nasi Beriani sesenduk, Ayam Masak Merah, Rendang Daging dan Sambal Goreng serta Cendol. Malas nak beratur ambil Kambing Golek.
Ni Naza punya pinggan.
Kak Asnah.. orang pertama Sk jumpa semasa melapor diri doploh tahun lepas.
Santapan kedua, Laksa Johor. Ambil juga nasi impit dua ketul, setengah potong burasak dan setengah potong ketupat loi serta sepotong talam berlauk. Juga sekeping ikan parang dimasak Asam Pedas, nak makan dengan burasak.
Nasi Impit, Sayur Lodeh dan Sambal Kacang.. dah makan baru teringat nak snap pic.
Burasak, Ketupat Loi, Asam Pedas Ikan Parang dan Sambal Goreng. Pinggan tu comot sebab Sk tak tukar pinggan baru.
White Hall Event Space ni sama owner dengan Kelab Kopi Lama maka haruslahhhh ada Roti Bakar, Telur Setengah Masak dan Kopi serta Teh termasuklah Teh Masala turut disediakan untuk tetamu. Duh, banyak giler kali Sk makan semalam. Antara hidangan yang Sk sengaja tak ambil ialah...
Kambing Golek
Sate
Lemang
Mee Rebus
Ais Krim
ABC
Kuih-muih beraneka macam
Telur Setengah Masak
Tapi, memanglah lengkaplah hidangan raya ala Johor semalam.. terbaik!
Ni semua kawan-kawan Ex-ITP Bukit Senyum. Sekarang mereka ni bertugas di Kolej YPJ. Sk pula di Kolej Kemahiran Johor.
Shuhaida yang baru menyambut anniversary ke 25.. dah ada seorang cucu tau.
Bos kata, semua pekerja cemerlang, tapi tak banyak kuota disediakan. 20 tahun jadi warga kerja, belum pernah lagi masuk kuota, tak apa, Sk sedar diri, hahahaha. Tahniah, rakan-rakan yang menerima kuota cemerlang tahun ini. Sk pernah dapat Anugerah Peringkat Kolej jer tahun 2014, hahaha. Juga Anugerah Khidmat Setia tahun 2017 atau 2018.. tak jumpa link-nya, haha.
Bergambar bersama bos.. Sk pernah cakap dulu, Sk ramai bos.. ni antara big bos la.. nak mohon apa-apa, kena melalui bos (baju melayu hijau) ni. Sk pernah dapat komen seorang silent reader yang kenal bos Sk yang ni, hehehe.
bestnya meriah sambutan raya, tempat pun cun... tempat opis dana selalu sambutan raya jabatan sgt la panas terik
ReplyDeletesemuanya menu tradisi johor ye kak...sy teringin nak rasa burasak dgn asam pedas ikan parang tu
ReplyDeleteadoi syoknya jamuan raya... meriah alhamdulillah.. terbaca tu SK beraya di Rawang ye, area rumah kak ana dah tu hehe :)
ReplyDeletetahun depan nama SK naik la tu.. insyallah aminnn hhehe
ReplyDeleteGrand sangat stage & backdrop... semua nmpk hepi
ReplyDeleteMeriahnya! Ala-ala kayangan ni SK.
ReplyDeleteAda burasak dengan asam pedas ikan paranglah!
Tudiaaaaa....semua menu bikin ngences seh...
ReplyDeleteTahniah yang dapay anugerah..Yang tak dapat pun tahniah kerana mungkin anugerahnya di SANA nanti..in shaa Allah
Meriah majlis. Macam² hidangan ada. Saya tak pernah makan burasak.
ReplyDelete