Assalamualaikum WBT
LAMA dah tak ada acara makan-makan yang jauh dari rumah. Kalau nak makan di luar pun pilih yang dekat-dekat aje. Nak nak pulak, Pak Inche suka mengelat sekarang.. asal keluar makan jer dia suruh Sk yang memandu. Kalau Sk yang memandu, jangan harap la nak pergi jauh-jauh. Dah cukup stress dah hadap jammed pergi balik kerja, kalau boleh pukul 9 tu dah nak lena, hahahaha. Dia pulak tak bagi Iman drive, tahulah bapak-bapak ni, susah nak percaya kat anak yang baru dapat lesen. Tapi sekali-sekala, Sk suruh jer Iman yang memandu, hihi.
Khamis lepas, kami ke Restoran YX yang terletak di Masai. Restoran YX ni sebelah aje dengan Restoran Todak. Restoran Todak pun dah lama giler tak pergi.. tak jumpa pulak link makan di Restoran Todak. Mungkin memang tak tulis tajuk ke sebab tak suka sangat makan kat sana. Malas pulak nak menggali, hihi.
Restoran ni terletak di tepi pantai.. masa datang ni air tengah surut. Elok cuaca malam tu tak hujan walaupun siangnya hujan lebat melanda bandaraya Johor Bahru. Jadi, bolehlah kami duduk berbumbungkan langit. Kalau hujan, ada ruangan berbumbung dalam restoran. Meh tengok menu.
Senang faham menunya, pilih makanan laut dan cara dimasak. Boleh juga jika kita ada cadangan cara masakan lain.
Contohnya, Pak Inche request Brokoli dengan Mushroom, tapi tak ada dalam menu, dia boleh masakkan juga untuk kita.
Banyak cara masakan, tepuk dada tanya selera.
Luas restoran ni, aman damai.. tak bising walaupun ramai pelanggan. Jarak meja pun jauh-jauh.
Ambil dua sayuran.. Brokoli & Mushroom, RM30 serta Kailan, RM12. Dua-dua sayur tak habis, yang tamak nak sayur sampai dua jenis, Pak Inche la. Brokoli tu dah wassalam, Sk masak nasi goreng, campak dia sekali dalam kuali, hihi.
Siakap Tiga Rasa, RM55.. kurang rasa pedas, lebih dominasi rasa masam manis, tapi masakannya sedap. Kulit ikan rangup, isi ikan segar dan tak hanyir serta banyak taburan bawang putih cincang yang digoreng sedikit garing dengan hiasan yang minima.
Shark Fin Soup kegemaran Pak Inche. Untuk satu porsi ni, RM20.
Siput Gongong, RM25, putih melepak ko! Iman kata, agaknya dia tembak dengan water jet, hahaha. Pak Inche minta masakan cara rebus, ia datang dengan sos cili homemade yang sedap.
Tengok isi memang terserlah kesegaran siput gonggong ni.
Terpaling suka la dengan Sotong Telur Masin, RM25.. sedapppp!
Kegemaran Iman la ni, Chicken Lemon, RM20. tak sesedap Chicken Lemon di Madam Kwan. Tapi, tak boleh nak banding la kot dengan
Madam Kwan yang mahal namatey tu.. haha.
Luas kawasan parkir di sini. Rasa nak ajak Pak Inche datang lagi bulan depan, hahahahaha.
Jumlah hangus dalam RM230, kot, termasuk tiga mangkuk nasi putih dan minuman. Bagi Sk, harganya berpatutan sebab banyak lauk, kan. Nanti cari balik resitnya, Sk update okey.
Edit : Total, RM225.90.
Restoran YX
Java Cove, Jalan Precinct 5,
81750 Masai, Johor
Waktu Perniagaan : Setiap hari, 12 pm hingga 11.30 pm
No Telefon : 07-386 6716
Lamanya tak makan siput gonggong tu...nanti la pi JB lagi sekali nak order...suka sbb SA sorang je makan...En Tunang x makan...hahahaa....
ReplyDeleteSiput gonggong pun ada. Pernah cuba sekali masa afa booth Johor sertai festival makanan warisan di Melaka
ReplyDeleteSedapnya, lagi-lagi tengok siakap 3 rasa tu. Saya seumur hidup tak pernah makan siput gonggong.
ReplyDeleteMakanan sedap..makan tepi laut pulak....memang syok tu
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteNampak sedap2 semuanya
lama tk mkn sharkfin soup...siput tu 1st time mkn dlu masa outstation sabah
ReplyDelete