MAKAN KENDURI DI SEGAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


KELMARIN, Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan rakan sekolah menengah Pak Inche di Kuala Ketil, Kedah, yang kini telah bermastautin di Segamat. Berapa kali nampak lepas raya ni, Mak Cella pi kenduri belah utara makan nasi putih dengan gulai, niari Sk pulak tayang nasi dengan gulai kenduri, hehe.

Menu Rumah Pengantin

Nasi Putih
Pisang Muda Masak Lemak
Ikan Masin
Sambal Belacan & Ulam
Sambal Goreng
Ayam Goreng Berempah
Roti Canai
Soto
Bubur Jagung
Karipap
Kek Chiffon
Pelbagai Minuman Kordial & Kopi Ais


Tapi tulah, tekak mamak la katakan, nak buat cemana, hahaha. Masa baru kenal dengan Pak Inche dulu, dia kata suka makan masakan kampung, konon agaknya merendah diri atau nampak humble la kot. Kali pertama dia datang rumah, ibu masakkan Pisang Masak Lemak ke.. Nangka Masak Lemak.. rupanya dia tak makan.. huh.. sabar aje laaa. 


Sesi Jejak Kasih dengan emak dan adik-beradik kawan Pak Inche. Sebelum tu, Pak Inche kata kawan sekolah menengah, rupanya lebih dari itu. Keluarga mereka ni dulu berjiran dengan keluarga mertua Sk semasa tinggal di Taman Yasmin, Kuala Ketil. Masa tu, keluarga mertua Sk tinggal sementara di sana sementara menunggu rumah yang sedang dibina bapa mertua Sk siap. Keluarga kawan Pak Inche pula menyewa bersebelahan, masa tu bapa kawan Pak Inche bertugas di Kuala Ketil. Mereka memang berasal dari Jementah, Segamat.


Haaa.. ni la kawan Pak Inche, En Mansor atau dipanggil Chot katanya. Emaknya, Makcik Badariah memang berkawan baik dengan mak mertua Sk. Alhamdulillah, Makcik Badariah kelihatan sihat dan masih tegak lagi jalannya, tapi Sk lupa nak ambil gambar mereka dan keluarga mereka.. hehehe.

Doa Untuk Pengantin 

Zaki Hanif & Suzanna

Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap hidangan lauk kampung.
    Siap ada roti canai pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lauk-pauk dia...mujoq satgi PH pun nak pi makan nuri :D
    Syok la PI jumpa geng Kola Ketil nooo...

    ReplyDelete
  3. Best ooo menu kampung dihidang di majlis kawinan.
    Teringat dulu di kampung, orang datang ke rumah tempah 400 biji telur itik dari emak kita, nak dibuat gulai lemak cili padi semasa kenduri kawin.

    ReplyDelete
  4. Ta bergambar ke kat jambatan keretapi tu?

    ReplyDelete
  5. Hahaha...kantoi PI bukan peminat lauk kampung..Sib baik ibu masih terima jadi menantu kesayangan..hihihiTerbayang jalan Tangkak ke Segamat tu...jumpa Jementah tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!