Assalamualaikum WBT
KISAH menginap 2H1M di Segamat lagi.. malam tu, kami keluar makan di sekitar bandar saja. Pak Inche kata, nak makan tomyam, Sk buat carian di mukabuku dan tertarik dengan nama kedai ni, Nakorn Tomyam. Macam pernah ku dengar nama ini, macam biasa dengar, femes la gituuuu. Tengok, ada banyak cawangannya di Segamat ni dan Sk pilih yang terdekat iaitu di Segamat Central.
Biarlah Pak Inche yang pilih nak lauk apa sebab tahulah tekak dia tu cerewet, tak macam Sk ni, tolak batu dengan kayu jer. Punyalah belek menu tu, kan.. nanti sudahnya ambil lauk sama jer, haha.
Sukar jugak ya nak membuat pilihan.. sampai berkerut ubun-ubun.
Pak Inche memutuskan ambil set Combo D. Jarang-jarang jugaklah kami ambil set kombo setiap kali makan di kedai. Set kombo ni untuk 4 orang makan tau.. Pak Inche pilih ni sebab set ni ada ikan.
Tomyam.. sesuatu sungguh. Isinya macam steamboat seperti bebola ikan, fillet ketam, kek ikan dan cendawan enoki serta udang. Kangkung pun ada tau, haha. Sup tomyam ni rasa pes tomyam thai tu, tapi taklah teruk rasa dia. Ni macam tomyam yang selalu dijual di Pesta Makanan Thai.
Empat hidangan dalam set Combo D
Siakap Tiga Rasa
Kailan Ikan Masin
Tomyam
Paprik Seafood
Siakap dia besar sangat ya.. jadi, kalau besar, memang mudahlah nak makan sebab tak banyak tulang macam ikan kecik. Sos tiga rasa pun sedap dan tidak kedekut bahan. Kalau tengok harga ala carte bagi ikan siakap ni, RM40. Untuk set combo ni, RM65 termasuk 4 pinggan nasi putih.
Tapi, kami makan dua pinggan jer laaa.. (sebelum orang tanya, baik cakap dulu)
p/s Patutlah macam biasa dengar nama Nakorn tu, hahahaha.. BACA SINI LAAAA...
SA kalau makan kat area seremban ni pun ada gak combo..kalau makan bertiga, amik untuk 2 orang punya makan je sebab memang cukup...harga combo ni kira jimat gak kan
ReplyDeletekira murahla kak besar nampak ikannya tu puas makan... tomyam dia udah rupa mcm kita makan oden gitu ye
ReplyDeleteDuu...Duuuuu....Dua pinggan? Hamboih!
ReplyDeleteWah, lain macam tomyam dia, ada kangkung. Ikan besar, best! 😋
ReplyDeleteIsi tomyam tu lawak la juga dah macam stimbot pun ye..
ReplyDeleteTapi dah name pun
" nakhon"..Kalau tak salah nakhon tu maksudnya bandar..
..kalau tak salah laðŸ¤
Saya terpikat tengok gambar-gambar makanan di dinding tu.
ReplyDelete