KE ROMPIN MAKAN UDANG GALAH KAMPUNG LEBAN CHONDONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

SABTU.. lepas hantar Iman balik kolej, Pak Inche ajak pergi Leban Chondong, Rompin, makan udang galah. Lama tak makan dan lagi satu, tapak kaki dia gatal nak berjalan la tu. Bukan tak pernah ya BUAT KERJA GILER cuma lama tak buat. Sk buat carian dalam 'old post', kali terakhir makan di Leban Chondong ni, bulan Februari tahun lepas. Dah lebih setahun rupanya tak makan Udang Galah Leban Chondong, acara wajib tahunan, hahaha.


Pak Inche ajak ke gerai no. 2, terkejut Sk tengok harga udang, hahaha. Walaupun dah janji kena redho berapa jer harga udang, tapi telan ailio banyak kali jugaklah. Maklumlah, kita orang kayangan awangan tapi prinsipnya, anak tekak diutamakan, hahaha. Udang di gerai tu memang besar gedabak ya, seekor RM37, serius besar giler. Sayang duit jugaklah nak bayar sebanyak tu untuk seekor udang. Jadi, Sk ajak Pak Inche ke gerai no 1. Udangnya besar juga tapi tak segedabak di gerai tadi dan tentulah harganya pun kurang sikit. Maaf, Sk tak ambil gambar di gerai no 1 tu. Rasa tak sopan pulak ambil gambar tapi tak makan kat situ.

Berbeza harga seekor udang bagi jenis masakan. Udang Sambal harga bermula dari RM30 seekor manakala Udang Masak Lemak Cili Api bermula dari RM25 seekor. Selain udang, ada juga lauk lain seperti Kari Ikan Merah, Asam Pedas Ikan Sembilang dan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Ada juga Sambal Sotong dan Sambal Kupang. Udang saiz kecil pun ada juga yang siap ceduk dalam mangkuk. Senarai harga juga ditampal dengan jelas di kaunter lauk-pauk untuk disesuaikan dengan bajet kita.


Udang Masak Sambal dua ekor untuk Pak Inche dan Sk ambil Udang Masak Lemak Cili Api. Pak Inche tanya, tadi kata, nak Patin Tempoyak, kenapa tak ambil? Ah, tak mahulah nanti kacau rasa udang tu. Lagipun, kat Johor hari-hari boleh makan Gulai Tempoyak Ikan Patin kat Anjung Selatan, kalau nak, lagi sodap, huhu.


Masak Lemak Cili Api dia boh bawang. Jangan marah ya orang N9, masak lemak cili api ni bukan masakan nogori aje, semua negeri pun ada stail masak lemak cili api cara masing-masing. Malah, ibu Sk dan mak mertua Sk pun ada jugak memasak lemak cili api ni walaupun kedua-dua mereka bukan berasal dari N9 dan zaman muda mereka belum ada lagi socmed ni. Sk pernah ya baca komen dalam satu posting di facebook, yang mengecam masakan lemak cili api Sk yang masukkan serbuk kunyit dan halia, lepas tu berlagak macam tak ada apa-apa. Mujurlah Sk sempat screen shot sebelum dia padamkan komen tu, hahaha.


Masa pilih-pilih udang tu, sengaja pilih yang ada sepit paling besar tapi sendiri pulak takut nak gigit. Sudahnya, Pak Inche laaa yang makankan isi sepit tu. Penuh dan pejal isi kat sepit tu, tapi tak apalah.. Sk memang trauma gigit benda-benda berduri macam ni, hahaha.


Mula Pak Inche nak ambil Sotong Sambal jugak tapi orang sebelah dia masa kami sama-sama nak pilih lauk tu, terus ambil sotong yang tinggal tiga ekor dalam tray lauk. Kuat jugak rasanya Pak Inche sebut perkataan sotong tu, boleh pulaklah diambilnya. Hampir nak meradang Pak Inche, cepat-cepat Sk sabarkan, karang tak pasal bergaduh pasal sotong, hahaha. Ada lagi sekor sotongnya, tapi Pak Inche dah merajuk, dia ambil Sambal Kupang jer.

       

Kemahen eh dapat udang galah. Eh, kami siap tambah nasi lagi sepinggan, hahaha. Ada beberapa jenis masakan udang sambal seperti sambal tomato dan sambal petai.

        

Kemudahan tandas dan surau juga telah dinaik taraf. Dulu pun cuma ada satu blok medan selera dan kini telah ditambah lagi. Malah, banyak jugak la gerai masakan udang galah lain di Rompin ni selain dari Gerai Makan Kampung Leban Chondong cuma ada yang dibuka waktu petang dan malam. Kalau nak makan tengahari, memang di sini la paling meriah.


Licin nasi, ratah udang. Kami ni memang bukan jenis yang makan lauk banyak kecuali kalau pergi Seafood Restaurant atau Kedai Tomyam, haaa.. tu.. mahu penuh meja macam-macam lauk. Kalau masak kat rumah pun kadang satu lauk aje, hehehe.


Tak pasti berapa harga setiap item, tapi Sk anggarkan begini

Udang Sambal 2 x RM30 = RM60
Udang MLCA RM25
Sambal Kupang RM2
Kerabu Mangga RM2
Salad & Sambal Belacan RM1
Nasi Putih 3 x RM2 = RM6
Ais Limau 2 x RM1.50 - RM3

Simpan resit untuk rujukan akan datang, hehehe.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. resit trus lumsump..hehe....meriah udang galah tu...adik pun aritu pi rompin mkn udang galah juga ada set2 juga hidangan

    ReplyDelete
  2. Udang galah yang kaki biru tu, kepala dia, sedap, kan... pehh.... :D

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang seronok juga buat kerja giler

    ReplyDelete
  4. Terasa nak cuba jugalah bila ada peluang ke arah sini

    ReplyDelete
  5. pueh hati nengok udang tu kak oi...

    ReplyDelete
  6. Aduhai..x leh jadi ni...nak cuba gak la nanti...tapi jauhnyaaaa....

    ReplyDelete
  7. PH pernah makan di sini, tapi tak ingat gerai no brp. Puashati dapat makan udang galah segar & sedap² di sini kan...

    ReplyDelete
  8. mcm2 menu udang...bestnya...kita nak rasa manis udang, kalau masak tempoyak, masuk rasa manis tempoyak..kacau2...hehe..

    ReplyDelete
  9. Cantik bergaya udang galah tu posing atas pinggan!

    ReplyDelete
  10. Sepit biru memang jadi buruan peminat udag galah ..
    Agaknya sepitnya yaang bercabang kat hujung tu macam galah maka dipanggil udang galah ..agaknya laaaa🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!