BEKAL NASI LEMAK TELUR REBUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


PAGI ni kerajinan siapkan bekal Nasi Lemak Telur Rebus untuk Pak Inche. Untuk diri sendiri tentulah ada juga. Yang bawah tu, bekal Pak Inche, ikan bilis lebih. Untuk Sk, kacang lebih. Timun yillek! Telur tu sebenarnya tak rebus tapi Sk kukus sambil panaskan nasi.

Punca bawa bekal sebab malam tadi Pak Inche minta masakkan nasi lemak untuk dinner. Kalau diikut-ikutkan malas, nak aje singgah tapau Nasi Lemak Kayu Keramat masa balik kerja tu tapi seru-seru la mambang rajin agar datang tiup semangat nak memasak, hahahaha. Nampak tak dia punya malas tu sampai gambar nasi lemak yang malam tadi pun tak ado!


Sk masak Sambal Kosong sikit aje untuk Pak Inche sebab hari tu ada masak Sambal Sotong masih berbaki. Sk la tukang perabih Sambal Sotong dengan Nasi Lemak, kalau tak entah sampai bila nak habis, dok hangat punya hangat sampai dua tiga kali dah, padahal dua ekor jer sotongnya pun.

Cuma lepas kahwin jer la Sk tahu pasal Sambal Kosong ni ya. Ibu Sk memang tak pernah buat Sambal Kosong makan dengan Nasi Lemak. Mesti Sambal Ikan Bilis atau Sambal Udang. Alaa.. udang comel jer buat sambal. Jenuhlah akak Sk kena kopek kulit udang, hahahah. 

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau saya habis makan sambal sotong. Laku ada anak buah suka sotong atau udang.
    Hehe selamat bawa bekal. Harap seru rajin berkekalan.

    ReplyDelete
  2. sedapnya...homecooked nasi lemak...sambal kosong ni selalu org berniaga nasi lemak yg buat...

    ReplyDelete
  3. Baru kita ingat kita x masak lagi sotong kita beli kat pasar besar ari tu...konon nak bawak bekal..sampai hari ni x buat apa pun lagi

    ReplyDelete
  4. sedapnya siap ada sambal sotong lagi...

    ReplyDelete
  5. Sedap, nasi lemak masak sendiri. Takde timun pun takpe. :)

    ReplyDelete
  6. Sambal sotong lauk feveret. Kalau tak makan ngan nasik lemak, ratah pun jalann. Hahaha.

    ReplyDelete
  7. sedap bekal tu..sambal sotong plak ada juga..yummyy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!