ROJAK MEE & CENDOL SEGAR AMAT MASJID INDIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

BILA dapat Jemputan Kenduri di Segamat, pelbagai akal Pak Inche keluar untuk JJCM. Orang kata, sambil menyelam minum air la gitu. Iman pula, ada rancangan hendak beraya dengan kawan-kawan sekolah menziarah rumah cikgu-cikgunya. Walau dipujuk-pujuk, dia tetap dengan keputusannya. Rela ya balik awal ke kolej demi plan nak beraya. 


Sehari sebelum majlis, kami dah sampai Segamat. Orang kata, kalau dah sampai Segamat, wajiblah minum Cendol Segar Amat. Kami ke cawangannya di sebelah Masjid India Segamat. Terdapat dua lagi cawangan lain iaitu di Taman Yayasan dan satu lagi Sk kurang periksa di mana lokasinya. Di sebelah Masjid India ni, ia merupakan bangunan gerai terbuka, di sebelahnya gerai mamak. Kalau di Taman Yayasan, mereka berniaga dalam rumah kedai yang nampak lebih selesa dan luas.


Masuk-masuk aje, nampak Nasi Lemak Daun Pisang.


Pantang jumpa, kannn. Nasi dibungkus dalam kertas lilin beralaskan suratkhabar lama. Daun pisang tu, tutup permukaan nasi lemak aje.


Selain cendol, di sini juga terkenal dengan Rojak. Kalau rojak macam ni, di Johor dipanggil Rojak Asma. Ia seakan Pasembor yang terkenal di sebelah utara, nampak sama tapi tak serupa. Ada dua menu rojak iaitu Rojak Kuih (RM5) dan Rojak Mee (RM5.50). Sk ambil Rojak Mee, lama tak makan.


Rojak Mee.. penuh sepinggan. Pagi tu, Sk sarapan Lontong di Warung Buruk dan tak makan tengahari. Memang licinlah Rojak Mee sepinggan.


Sedap sangat di tekak Sk.


Rojak Mee dan Cendol Kacang Merah. Di JB, macam tak ada dah tempat nostalgia macam ni, nak-nak, cendol dalam mangkuk stainless steel. Cuma aroma gula melaka tu macam kurang la.. Walaupun begitu, sampai ke titisan terakhir jugak la kami menghirupnya.


Pelbagai jenis cendol. Siapa nak tempah cendol untuk sebarang majlis, bolehlah ambil nombor telefon tu.


Gerai bersih dan lengkap dengan sinki untuk cuci perkakas dan pinggan-mangkuk.


Abaikan la kalau dengar sebarang bunyik.. 😝😝😝

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tapi mata kita tertarik dengan mee siput..sedapnya makan cicah sambal tu,is sambil hirup cendol

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn cendol...skarang cuaca panas mmg best layan cendol

    ReplyDelete
  3. Besar portion rojak mee dia.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap plak rojak mee tu...macam kat kuala pilah signature diorang Rojak Berahim...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!