BERAYA KE RUMAH KAK SHIDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


KISAH raya di KL belum habis lagi. Raya ketiga, di sebelah malam, kami ke rumah biras Sk, Kak Shida, isteri kepada abang Pak Inche, Arwah Naman. Untuk pencerahan, Naman merupakan singkatan kepada Nana (Abang) Man. Naman meninggal dunia 6 Syawal, 13 tahun lepas.


Hidangan disediakan Kak Roz. Kak Roz taulah, sup sap sup sap siap! Memang tip top!!


Ikan Siakap Bakar dan Daging Masak Kicap.


Sayur Kangkung , Udang Goreng Kunyit dan Ayam Panggang.


Babat dan Labu Masak Lemak Cili Api.


Rancangnya nak buat sambutan hari lahir Pak Inche dan Maya, cucu saudara yang tarikh hari lahirnya jatuh pada 1 Syawal. Sk beli kek SR flavour Choc Au Liat, susah nak jumpa CAL ni kat Johor.


Sekalinya, Maya tak jadi balik daaaaa. Pak Inche pun surprise jugak sebab dia tak tahu kita semua nak celebrate birthday dia sekali.


Happy birthday Mak Ijai. Mak tu singkatan kepada gelaran Mamak (Pakcik).



Pertama kali rasanya buat birthday Pak Inche dengan keluarga belah Kedah. Walaupun tak semuanya ada, bolehlah buat raso-raso.



Alhamdulillah..

Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, berjaya dalam kerjaya, bahagia dan sejahtera selalu, insyaAllah..

Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. selamat hari raya akak&keluarga,selamat hari lahir utk pak inche moga sentiasa sihat

    ReplyDelete
  2. Buat sambutan harijadi waktu raya rasa terlebih istimewa sedikit. Hehe kenangan itu.

    ReplyDelete
  3. Meriah hidangan atas meja. Kek nampak sedap. Sambut besday masa raya, lebih meriah. 😊

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!