PERTAMA KALI MAKAN TOSEI RAWA DI RESTORAN AL SAFA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

TAK ingat baca kat blog sape tah hari tu, beliau cerita tentang kesedapan Tosei Rawa. Selalu jugak nampak menu ni setiap kali pergi makan tosei, tapi tak pernah mencuba. Malam tadi, Pak Inche ajak makan di sebuah Restoran Mamak yang baru dibuka di kawasan 68 Avenue, Gelang Patah. Walaupun baru jer buka, dah tiga kali ya kami makan di sini, cuma tak pernah lagi blog sebab cuma datang santai-santai jer.


Merasmikan kali pertama datang Al Safa 68 Avenue. Meriah betul ya. Eh.. baru teringat la.. pertama kali kami ke sini sebenarnya masa tu untuk bersarapan, ahhh.. tak ambil gambar ke dah buang eh gambarnya tu, tak jumpa dah. Jadi, ni gambar kali kedua datang lepas balik sambut Hari-Hari Hari Ibu tu.


Datang lagi.. dah kena mandrem nampaknya 🤣


Kena mandrem dengan Kuah Chutney Kelapa dia laaaa.. susah sekarang nak jumpa restoran mamak yang bagi chutney kelapa ni bila datang malam. Restoran Thoufeeq dan Bismi memang tak ada. Ain Ali Rainforest lagi la sekarang, malam dah tak jual tosei. Restoran Mamu Junction servis lembab nak mampus sekarang, dah malas nak ke sana. The Assalam pulak memang tak ada menu tosei. 


Bila malam tadi Pak Inche ajak makan kat sini lagi, terussss.. nak cubalah Tosei Rawa.


Aduh.. semalam tengok tosei ni elok aje.. tapi sekarang ni tetiba merinding pulak bulu roma. Trypophobia.. hahahaha.


Sedap la Tosei Rawa ni rupanya. Patutlah lambat sampai berbanding tosei biasa Pak Inche, mungkin cara melempeng dia tu pun lain sikit. Ada taburan cili dan daun kari serta sedikit rasa berempah. Tepi bahagian yang berlobang tu, ada rasa crispy dan ada juga bahagian yang lembut. Cicah pulak dengan kuah chutney. Kat sini dia bagi dua jenis chutney kelapa, dua-dua sedap, lagilah yang merah tu pedas, phewwww!


Ada gerai sate di tepi sebelah kanan restoran, Pak Inche pesan Sate Daging 15 cucuk. Sedap lorrrr satenya, besar dagingnya dan ada lemak yang cair dimulut. Rempahnya sedap dan sate dibakar dengan baik, cuma kuah kacangnya tak begitu pekat. Kalau pekat sikit, barulah melekat dengan sate tu. Sk beritahu pada adik sate tu, dia beritahu, sate tu ambil dari orang, kuahnya buat sendiri. Jadi, Sk pesan agar pekatkan sikit kuah kacang tu. Tapi, fikir balik, kalau tak pandai bakar sate tu, pun tak sedap jugak, kan. Bukan rempah sate jer kena pandai, bakar pun kena pandai. Mungkin yang bakar sate tu ayah adik tu atau adik tu bekerja dengan abang yang bakar sate tu, Sk pun tak menanya. Siapa datang Al-Safa ni, bolehlah cuba sate tu, RM1.50 secucuk tapi puas hati sebab besar tau.


Pak Inche pesan jugak Puri Satu Set. Satu set tu dua keping, kan.. dipaksalah Sk makan lagi sekeping. Puri tu macam frozen la, kita tengok tekstur puri tu, tau dah, bukan diuli dan dicanai sebelum digoreng, jadi ia tak mengembang dengan baik. Tu satu, diorang tak bagi kentang masala, tak ada katanya. Hurmmm, kalau nak makan puri, kena pergi Ashoka jugaklah, walaupun lambat, tapi puri dia, beginiiiiii 👍👍👍👍👍
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tetiba teringin. dah lama tak ke mamak ni.

    ReplyDelete
  2. 68 avenue ni kalau malam memang meriah..akk aritu ada jugak masuk situ tapi tak try lagi tosei dia..nnt nk makan gak lah.

    ReplyDelete
  3. Meriahnya.. byk versi tosei kegemaran akak ek.. mmg terpaling peminat tegar tosey ni

    ReplyDelete
  4. Wah, saya pun tak pernah cuba tosei rawa.
    Betul, puri patut ada kentang masala.Barulah layannn...

    ReplyDelete
  5. makan tosai lebih baik daripada makan roti canai

    ReplyDelete
  6. meriah betul kedai dia...kena mandrem...hihi...tosei, puri + sate...sedapnya..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sate...tosei..puri...saya pun suka cutni kelapa dan cutni yang pedas tu..

    ReplyDelete
  8. SA pernah makan sekali tosei rawa kat KL...sedap...boss belanja memang la sedap kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!