CROMBOLONI MANEH BY MOMO

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

BENDA viral.. sana-sini Cromboloni. Jika di Johor ni, yang paling femes dari Maneh by Momo la.. siap masuk MHI TV3 hari tu. Yang lain, Loaf Adam dan Cake by Fash.. tu la yang hari-hari FYP di TT.

Sebagai penggemar croissant, Sk tak ketinggalan nak mencuba tapi mendengarkan nak kena beratur dua jam, haishhh.. kalah nak makan nasi kandaq 🥱. Tu takpa, boleh belinya sebiji aje. Tahulah Sk, manalah cukup satu, hahaha. Tak.. masalahnya bukan pasal tak cukup, masalahnya, malas nak beratur. Nampak Kak Bed pun nak buat, Sk tempah tapi ditunda pulak kerana Kak Bed kehabisan butter sheet. 


Maneh by Momo ni sebelah aje dengan taman perumahan Sk tinggal. Hari-hari lalu 😆. Sk pernah beberapa kali blog tentang MbM ni di awal pembukaannya dulu. Kecik hati betul sekarang dah kena beratur pulak, hahaha. Ni pemandangan pukul 6 masa Sk balik dari pejabat. Tak apalah, tunggu Kak Bed aje la.. dalam hati.


Cuba nasib... dan....


Langkah kanan..




Gabungan Croissant dan Bomboloni, jadilah Cromboloni atau NY Croissant. Setiap lapisan tu memang sedap sangat, buka jer dia punya bau butter tu. Hantar sebiji dekat Iman, dua biji dah wassalam, ada sebiji lagi simpan nak makan esok. Tu diaaa.. alang-alang kan.. beli sampai untuk makan tulat 🤭.

Haaaa.. korang yang nak beli dessert lain kat MbM ni jangan keliru okey, yang beratur tu nak beli cromboloni aje tapi kalau nak beli dessert lain boleh terus masuk. Ada juga fast lane untuk ibu mengandung, jadi yang mengandung bayi tu, boleh terus la masuk, yang mengandung lemak tu.. terpaksalahhhh ikut barisan 🤭.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dok jeling juga bila lalu kat wall...tapi belum pernah try ..nampak menarik ni...saya pun kalau be da maneh ni mudah tergoda...hijihi

    ReplyDelete
  2. Nampaknya PH kena beratoq lane biasa la haha...
    Tengah hot ni tapi mujur PH jenis lek² lu hehe

    ReplyDelete
  3. tiap masa dia duk lalu lalang..tapi belum ada rasa nak mencuba lagi

    ReplyDelete
  4. Sampai Skr saya belum coba lagi cromboloni ini 😅. Sebenarnya dibilang penasaran, tak juga, mungkin Krn saya tak suka manis. Tapi memang teringin nak rasa, hanya sekedar tahu seperti apa. Tapi tuh lah, belum sempat2 kluar 🤣.

    Kalo tak manis sangat, saya suka. Tapi kalo manis yg over, cukup segigit lah 😅

    ReplyDelete
  5. Yang ni saya belum cuba lagi. Risau maneh sangat...Benda viral biasalah kalau tak beratur tak sah kan. Tu diaa sekali beli stok sampai tulat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!