DARI PAHANG KE JOHOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


SAMBUNGAN kisah Jalan-Jalan Kuantan masa cuti Hari Wesak yang lepas...


Selepas check out dari Zenith Hotel Kuantan, kami meneruskan perjalanan mengikut Tanjung Lumpur menghala ke Pekan. Sampai di Pekan nampak banyak orang jual tembikai, kami berhenti di salah satu gerai. Nampak macam-macam saiz dan bentuk tembikai. Ada yang bulat macam bola dan ada yang lonjong macam bola ragbi.



Mintak abang tu pilihkan sebiji yang bulat macam bola dan sebiji yang lonjong macam bola ragbi. Abang tu cakap, buah ni orang kampung yang tanam. Oh, kiranya bukan tanaman komersial. Abang tu pesan, sebelum potong tembikai yang bulat tu, potong dulu bahagian tangkai tu, kalau tak, nanti pecah. Katanya, bahagian tangkai tu bersambung dengan urat dalam tembikai. Tak pernah pulak Sk tahu pasal benda ni, info baru. Total dua biji tembikai ni RM20.



Kemudian, singgah pulak Pekan, minum cendol. Hari tu masa lalu kat medan selera tu nampak terpampang gambar cendol dalam mangkuk besi, jadi tertariklah nak singgah. Dah sampai tu, Sk nampak pulak gerai menjual Puding DiRaja.


Ada pelbagai saiz puding, Sk ambil yang paling kecil ni, RM7. Sedap, makna habiskan kat situ sementara tunggu cendol.



Hurmmm.. sakit hati kita bila barang pesan tak sama dengan barang sampai. Langsung tak sama pulak tu!


Teruskan perjalanan dan singgah di Nenasi borong nenas MD2. Ada pelbagai saiz nenas MD2 dari yang paling kecil sampai yang paling besar. Menurut kakak yang jual tu, sama aje rasa yang kecik dengan besar cuma saiz jer beza.


Yang ni RM18/ 2 biji.



Ni RM10 sebiji, besar gedabak.


Sk mintak kakak tu pilihkan 5 biji yang boleh makan lusa. Nak belikan untuk adik-kakak. Tu pakkal bonet penuh kalau tak mahu jugak belikan untuk geng makan-makan office. Beli lima biji pun terpaksa ada yang duduk kat seat belakang. Kakak tu bagi free dua biji yang kecil.


Dari Nenasi, teruskan perjalanan menghala ke Endau. PI ajak makan pulak di Medan Ikan Bakar Endau. Dah lama dia aim nak makan kat sini tapi asyik salah timing.



Sk chope meja sementara PI ambil lauk. PI ambil sotong buncit masak sambal ni 2 ekor. Terbayang sotong makan kat Ikan Bakar Teruntum hari tu seekor RM17. Sk congak-congak ni dah RM34, hahaha.


Lepas PI letak sotong tu, Sk bangun ambil minuman dan nasi. Datang balik ke meja, nahhhh Rokiah, penuh dah. Tak sempat Sk nak pilih lauk Sk, makan aje la lauk yang PI dah ambik,  nanti banyak-banyak lauk siapa nak habiskan???!


Bos datang ke meja tolong potongkan sotong lepas tu dia tanya, kenapa tak ambil kepala dia sekali? PI jawab, kepala dah tanggal,  tak tahu yang mana satu kepala dia, hahaha. Sabar aje la.


Ketam lemak  ni pun dia ambil dua ekor. Babah satu, bonda satu, dia kata. Padahal dia tahu, Sk tak berapa nak makan ketam kat kedai sebab lambat. Sk ni makan lauk ikan jer pun lambat, apa lagi ketam, hahaha.


Ingatkan rojak rupanya timun dengan sambal belacan.  Dia punya curah sambal belacan tu macam kuah rojak.


Kari, kuah sahaja. Bendi dua, bonda satu, babah satu. Baiklahhhh.


Kacang panjang goreng.


Terus tak jadi Sk nak ambil ikan bakar. Dahlah ikan bakar besar-besar bas.


Bos datang semula ke meja kira harga makanan. Sk fikir koman-koman pun cecah jugak RM50. Sekali, RM36 jer uiii. Ya Allah, murah giler!!!


Nanti kita datang lagi eh, hehehehe. Tapi tu laaa, jauhnya Mersing. Tak larat nak tempuh perjalanan berbukit bukau, kiri-kanan hutan pulak tu. Kot keluar gajah karang, hahahaha.


Medan letak kereta pun luas eh dekat sini. Lepas makan, sajalah singgah pasar. Tu yang terbeli lobster sampai 4 ekor tu.


Yang buah tembikai tu, kan...


Bila Sk potong sikit kat bahagian tangkai macam yang penjual tu pesan, ia terus terbelah macam ni.


Haaaaa..!


Ingatkan tembikai merah, rupanya kuning. Isinya tak manis sangat. Yang macam bola ragbi tu isi merah, manis melecaih.  Tapi yang tu lupa nak ambil gambar.


Nenas terakhir yang Sk potong. Sengaja biar sampai sampai oren sepenuhnya baru potong. Bila dah oren macam ni baru dia betul-betul masak dan manis. Hari-hari makan nenas dan buat jus. Nak cari nenas lagi la, tapi dekat kedai susah nak dapat nenas MD2. Nak kena pergi Tiram Valley kot, baru ada, hihi.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mcm2 size nenas MD2 tu..jarang mkn nenas tp dpt cicah ngan kuah rojak sedap juga

    ReplyDelete
  2. SA nak tanya tembikai yang lonjong2 kaler kuning tu tembikai apa..geram plak SA tengok tembikai ha..bagus makan tembikai boleh elakkan masalah urine infection, bagus untuk buah pinggang juga..nenas tu...dapnya...kalau SA amik yang blom masak sepenuhnya, buat cii kicap and cicah...walaweiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kuning tu dia panggil timun. Tu makan dengan marjerin ke apa abang tu cakap.

      Delete
  3. Baru tahu jugak pasal info tu. Biasa beli tembikai ada tangkai pun main belah je. Lama juga tak makan tembikai kuning. Rasa tembikai merah lagi sedap daripada kuning. Tapi kadang macam sama je. hihi...
    Puding raja tak pernah makan. Biasalah tu indah khabar dari rupa. Bersabar je lah kan.

    Mak aiii..bapak murah makan kat situ. Lawak lah kepala sotong hilang. Saya pun slow eater. Tak adanya nak makan ketam kat kedai.

    Kalau nanas di Johor ni selalu beli di Ayer Hitam je singgah dari JB.

    ReplyDelete
  4. Tak tau pulak pasal tangkai tembikai tu.

    Yelah Sk, kalau saya pun geram dapat cendol rupa gitu. Tak feel nak menyendol.

    ReplyDelete
  5. menjadi lah trick potong tangkai tu...nanti nak try juga lah kalau beli tembikai...
    tp kan, dekat pasaraya tu ada yang dak takde tangkai...takde pula buah tu terbelah...

    ReplyDelete
  6. Belum sampai Medan Ikan Bakar Endau. Murah ya makanan. Thanks kongsi pasal tangkai Tembikai tu, tak pernah tau pun sebelum ni. Puding Raja sedapnya.

    ReplyDelete
  7. Makanan ramai macam tu cuma RM36 aje
    Kira murahlah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!