Assalamualaikum WBT
TERLEBIH dahulu, Sk ingin merakamkan ucapan takziah kepada Blogger Azian Khalil (Mama Yan) dan Blogger Aphizha (Fiza) di atas pemergian ke negeri abadi insan yang mereka sayangi. Mama Yan kehilangan abah beliau manakala Fiza kehilangan emak. Sedia maklum emak Fiza berdepan dengan masalah kesihatan sejak akhir-akhir ini namun abah Mama Yan pergi secara mengejut. Semoga kedua-dua insan ini mendapat tempat tinggal yang lebih baik di sana, diampunkan segala dosa serta dicucuri rahmat ke atas roh mereka oleh Allah SWT.
Amin.. Aminn.. Ya Robbal Alaminnn.
Cerita Sabtu lepas, setelah berminggu-minggu berzikir nak balik kampung angkat, Sk dan PI ke Melaka dan menginap di The Lisbon Melaka yang baharu sebulan dibuka. Terjumpa hotel ini atas carian di Tik Tok dan Sk demand nak menginap di hotel ini yang terletak dalam perkampungan Portugis di Ujung Pasir.
Sebaik sampai, kami disambut dengan cold towel dan segelas minuman berasaskan serai.
Segar sungguh menikmati segelas minuman serai yang sejuk berais setelah menempuh perjalanan yang panjang sebab kami mengikut jalan kampung. Dari rumah, kami menuju ke Pontian dan singgah bersarapan di Warung Jay Dee Tee yang pernah Sk ceritakan
DI SINI.
Kalau ke sini, apa lagi, tentulah Lontong menjadi pilihan Sk. Lontong lengkap dengan sambal tumis, sambal kacang dan serunding. Memang betul-betul sedap.
PI dan nasi lemak berpisah tiada.
Cantik sarung kad access ni dengan tema mozek biru bercorak.
Kad corak kayu tapi bukan. Bangunan hotel cuma dua tingkat sahaja, bilik kami nombor 239. Harga penginapan kami RM350 (harga promosi) termasuk sarapan untuk dua orang. Ada pilihan pakej penginapan 24 jam ya, yang tu RM450. Boleh check in bila-bila masa dan check out dalam tempoh 24 jam. Untuk penginapan kami, waktu check in pukul 3 petang dan check out 12 tengahari.
Bilik kami betul-betul terletak di tengah-tengah bangunan dan PI pilih bilik seaview. Masa kami sampai, air tengah surut. Ni nampak bumbung balkoni bilik aras bawah.
Latar putih dengan corak mozek biru ni menjadikan suasana tu begitu romantik.
Cantik, tapi bilik ni tak sesuai ramai-ramai kot. Nak tambah extra bed pun macam tak sesuai. Ngam-ngam jer sebuah side table di kiri dan kanan katil.
Kedudukan kiblat condong sedikit sahaja, tak muat untuk berjemaah. Bilik tak besar. Kalau nak yang besar kena ambil bilik family kot yang terletak di ground floor.
Meja solek dan meja pejabat sekaligus. Semua bilik dipasang pendingin hawa single macam ni tapi, boleh tahan jugak sejuknya tu. Hotel baru, kan.
Bilik dilengkapi almari tiga pintu jenis ayun.
Dalam almari ada bathrobe.
Tak tahulah bathrobe ni ditukar ke setiap kali tetamu check out ek?
Peti simpanan selamat, sejadah, seterika dan pengering rambut diletakkan dalam almari.
Kelengkapan mengopi dan mengeteh. Teh diberi tiga jenis, original, green tea dan orange tea. Kopi pun ada dua jenis. Siap ada jajan lagi.
Ada keropok, ada coklat, ada biskut dan gula-gula mentos pun ada dalam bakul ni.
Dalam peti sejuk ada minuman kotak laici, teh bunga dan kundur. Yang suka minum air kundur kita geng!
Sistem saliran sinki elok belum tersumbat lagi, hihi.
Selfie la depan cermin ni.
Sabun tangan, sabun mandi dan shampoo disediakan dalam botol besar. Berus gigi dan sikat juga disediakan di samping kelengkapan mandian lain.
Tuala badan, tuala rambut dan tuala muka tebal dan tentulah baru.
Ruang pancuran mandi dan tandas dipisah dengan sekeping cermin yang tidak begitu lebar jadi air mandian boleh masuk ke ruang tandas dan sinki. Tapi sebab tekanan air tidak begitu kuat, dia percik manja aje la.
Keliling hotel diletakkan beberapa replika meriam.
Sk ada tengok bangunan hotel sebelum ni tiada kolam renang. Kiranya kolam renang ni baru dibina. Kolam renang ni dia buka sampai 12 malam tau.
Masa balik dari makan malam, Sk tanyalah staf hotel, betul ke kolam buka sampai 12 malam. Staf tu cakap, sampai 2 pagi pun boleh jer kalau nak berenang, hihi.
Malam tu selubung jer la dalam gebor, sejuk betul aircond tak padan dengan kecik.
Layan laut dan langit biru dari dalam bilik aje.
Matahari kat sebelah sana.
Boleh pilih meja di dalam restoran atau duduk di meja luar. Kami pilih dalam sebab dekat luar ada gagak dan agak panas jugak. Kita duduk tepi tingkap la, tengok budak-budak berenang.
Nasi lemak (lagi) untuk PI la tentunya. Nasi lemaknya tak mengecewakan, PI makan habis. Ada ayam goreng berempah tapi PI tak minat.
PI ambil jus.
Pinggan Sk macam selalulah, American Breakfast tapi tak ada sosej. Dia ada chicken slice sahaja.
Baru semalamnya Angah cerita dia masak nasi goreng kerabu, tiber ada kat buffet breakfast hotel Sk pergi ni. Pertama kali kot Sk jumpa nasi goreng kerabu.
Nasi gorengnya berasa betul, ada ulam-ulam dalam nasi goreng, bukan cincai ya, sedapppp. Sk ambil ayam goreng berempah, pun sedap.
Makan croissant. Jem tu homemade.
Panas berangin cuaca pagi tu. Kitorang bawa jugak baju mandi konon nak berendam malam-malam tapi malas sebab dah kekenyangan. Yang tu nanti Sk cerita dekat mana kami makan. Nanti lain kali jika ada rezeki nak menginap di sini lagi, Sk nak pilih bilik bawah yang mengadap kolam pulak, hihi.
Tak pernah lagi dapat parking VIP betul-betul dalam lobi jadi kita snap pic satu minta staf yang bernama Fakhrul tolong ambilkan. Sk bagi 5 bintang untuk Fakhrul.
Rasanya inilah percutian dan kali terakhir menginap di Melaka untuk tahun 2025 ni. Semoga berjumpa lagi, bak kata pepatah, Tempat Jatuh Lagi Dikenang apalagi Kampung Angkat, hehehehe.
cantiknya sungguh view,, selak langsir nampak laut, saya suka mcam ni..hotel pun selesa. saya suka pi melaka ketat-ketat.. maklumlah peminat sejarah, makanan pun sedap-sedap
ReplyDeletedah lama tak ke arah ujong pasir tu... tak tahu pula ada buka hotel baru...
ReplyDeletetakziah kepada mama Yan dan sis Fiza.. linda belum BW lagi ni
cantik lah hotelnya. Takziah buat kedua blogger
ReplyDelete