Assalamualaikum WBT
AKHIRNYA timbul jugak satu entri bulan puasa selepas tenggelam lebih seminggu, hihi. Apa khabar, pembaca yang dikasihi terutama yang bernama Nas tuuuuu. U know who u are. Maaflah, puasa kali ni tetiber jadi macam kain buruk. Lesu dan malas nak buka blog. Macam orang tak pernah puasa pulak, ek.
Dalam malas-malas dan kelesuan tu, layankan jugak la PI mengajak ke Pasar Larkin. Dah dari sebelum-sebelum puasa pun diajaknya tapi Sk buat-buat lupa. Ni hari tu tak dapat mengelaklah sebab dah memang ada di bandar dan PI yang memandu, jadi kita ikutkan.
Eh, dah masuk pasar, dapat pulak nyawa tengok pasar Larkin ni dah ada port kuih raya. Tapi kita tengok aje laaa, tak beli pun. Tahun ni nekad tak mahu beli kuih raya langsung kecuali tempeyek, hehehe.
Tengah jalan-jalan nampak Buah Kulim. Sk terus tunjuk PI, biasa jumpa buah Kulim ni kalau balik dan jalan-jalan di merket belah utara ja.
Baru perasan kewujudan gerai yang menjual pelbagai jenis akar kayu dan herba ni. Rasa beberapa tahun lalu macam tak ada, ke memang dah lama cuma Sk tak perasan. Sk pun jarang-jarang ke Pasar Larkin ni.
Bila nampak benda pelik-pelik ni terus laju-laju keluarkan handphone ambil gambar. Kot la ada yang mencari, kan.
Pelbagai jenis tanaman kunyit dan halia. Ni buat ubat la, kan. Tak tahu pulak apa rasa rendang kalau masukkan halia bara.
Dulu pernah dengar orang cakap buah keluak ni tak jumpa kat Johor. Ada ni haaaa. Gerai ni dekat-dekat dengan eskalator pasar basah, senang jer nak cari.
Sahur hari pertama, Sk buat scramble egg jer makan dengan roti. Berbuka Sk masak nasi lemak ayam goreng, sahur esoknya repeat la nasi lemak. Semua tak ambil gambar, malas nak ambil handphone kat depan. Hari kedua masak Kari Ikan Bawal dan repeat untuk sahur. Ni gambar masa sahur, haha.
Baki ikan goreng masa berbuka dan sambal belacan.
Ni la hidangan sahur hari ketiga puasa. Ikan goreng tu sudahnya bagi Elang dan Vester habiskan. Berbuka Sk masak Asam Pedas Ayam tapi tak ambil gambar atau video masak.
Pagi ahad tu la dapat nyawa sikit, pergi Pasar Larkin tu lalu gerai kambing ni.
Dan terbeli tulang rusuk, ni PI mintak masak sup berbuka hari ahad tu, nak makan dengan nasi, mihun pun nak jugak, sabar ajelah. Tapi dia makan dengan nasi jer, mihun dah celur masuk esbox, esoknya Sk buat sahur. Gambar satu apa pun tak ada bukti masak sup kambing, haha.
5 Ramadan, PI kata nak makan nasi beriani, tu beli kat bazar la dua bungkus jer. Sk tak makan, masih belum ada selera makan sampai puasa ke 5 ni, berat Sk turun banyak ya. Angka 7 yang statik kat depan tu dah bertukar 6, tak sangka, hahaha. Ni Sk makanlah mihun yang dah celur tu dengan baki sup kambing bawa sampai ke sahur esoknya lagi.
Screen shot dari video masak untuk berbuka 6 Ramadan. Dah ada mood ambil video, Sk masak Udang Masak Lemak Cili Api. Laris ya lauk ni, Sk pun dah mula makan banyak sikit. Yang hari masak nasi lemak tu, dua sudu nasi pun tak habis, nak buka mulut pun tak larat. Nasiblah Iman dah balik, boleh tolong cuci pinggan dan kemas dapur.
PI tanpa gagal eh beli kuih seri muka di bazar, hari pertama sampai semalam mesti dia bawa balik satu pek kuih seri muka. Kadang ada kuih lain macam nona manis, talam ubi, onde-onde dan epok-epok juga. Oh, yang merah tu ikan bakar sambal tapau bazar jugak buat tambah-tambah lauk katanya. Begitulah kisah Ramadan Sk setakat ini, Alhamdulillah.
Yeaayyy...SK dah timbul!
ReplyDeletePenat dah seru ikan kaloi supaya timbul hihihiiii..... . rezeki dapat tengok kari ikan bawal. Jadilah buat ubat rindu celoteh SK.
wah pelbagai jenis halia dan kunyit yang jarang jumpa. Bestnya dapat turun berat banyak. Semuga sihat-sihat saje ye SK
ReplyDeleteseronok dapat ke pasar, nengok segala jualan. Halia bara boleh masuk dlm makanan ke? tak pernah lak dengar tp tulah rasa dia camno ek.
ReplyDelete