JALAN-JALAN KE PASAR LARKIN & JUADAH RAMADAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


AKHIRNYA timbul jugak satu entri bulan puasa selepas tenggelam lebih seminggu, hihi. Apa khabar, pembaca yang dikasihi terutama yang bernama Nas tuuuuu. U know who u are. Maaflah, puasa kali ni tetiber jadi macam kain buruk. Lesu dan malas nak buka blog. Macam orang tak pernah puasa pulak, ek.



Dalam malas-malas dan kelesuan tu, layankan jugak la PI mengajak ke Pasar Larkin. Dah dari sebelum-sebelum puasa pun diajaknya tapi Sk buat-buat lupa. Ni hari tu tak dapat mengelaklah sebab dah memang ada di bandar dan PI yang memandu, jadi kita ikutkan. 


Eh, dah masuk pasar, dapat pulak nyawa tengok pasar Larkin ni dah ada port kuih raya. Tapi kita tengok aje laaa, tak beli pun. Tahun ni nekad tak mahu beli kuih raya langsung kecuali tempeyek, hehehe.



Tengah jalan-jalan nampak Buah Kulim. Sk terus tunjuk PI, biasa jumpa buah Kulim ni kalau balik dan jalan-jalan di merket belah utara ja.



Baru perasan kewujudan gerai yang menjual pelbagai jenis akar kayu dan herba ni. Rasa beberapa tahun lalu macam tak ada, ke memang dah lama cuma Sk tak perasan. Sk pun jarang-jarang ke Pasar Larkin ni.



Bila nampak benda pelik-pelik ni terus laju-laju keluarkan handphone ambil gambar. Kot la ada yang mencari, kan.







Pelbagai jenis tanaman kunyit dan halia. Ni buat ubat la, kan. Tak tahu pulak apa rasa rendang kalau masukkan halia bara. 


Dulu pernah dengar orang cakap buah keluak ni tak jumpa kat Johor. Ada ni haaaa. Gerai ni dekat-dekat dengan eskalator pasar basah, senang jer nak cari.


Sahur hari pertama, Sk buat scramble egg jer makan dengan roti. Berbuka Sk masak nasi lemak ayam goreng, sahur esoknya repeat la nasi lemak. Semua tak ambil gambar, malas nak ambil handphone kat depan. Hari kedua masak Kari Ikan Bawal dan repeat untuk sahur. Ni gambar masa sahur, haha.



Baki ikan goreng masa berbuka dan sambal belacan.


Ni la hidangan sahur hari ketiga puasa. Ikan goreng tu sudahnya bagi Elang dan Vester habiskan. Berbuka Sk masak Asam Pedas Ayam tapi tak ambil gambar atau video masak.


Pagi ahad tu la dapat nyawa sikit, pergi Pasar Larkin tu lalu gerai kambing ni.


Dan terbeli tulang rusuk, ni PI mintak masak sup berbuka hari ahad tu, nak makan dengan nasi, mihun pun nak jugak, sabar ajelah. Tapi dia makan dengan nasi jer, mihun dah celur masuk esbox, esoknya Sk buat sahur. Gambar satu apa pun tak ada bukti masak sup kambing, haha. 

5 Ramadan, PI kata nak makan nasi beriani, tu beli kat bazar la dua bungkus jer. Sk tak makan, masih belum ada selera makan sampai puasa ke 5 ni, berat Sk turun banyak ya. Angka 7 yang statik kat depan tu dah bertukar 6, tak sangka, hahaha. Ni Sk makanlah mihun yang dah celur tu dengan baki sup kambing bawa sampai ke sahur esoknya lagi.



Screen shot dari video masak untuk berbuka 6 Ramadan. Dah ada mood ambil video, Sk masak Udang Masak Lemak Cili Api. Laris ya lauk ni, Sk pun dah mula makan banyak sikit. Yang hari masak nasi lemak tu, dua sudu nasi pun tak habis, nak buka mulut pun tak larat. Nasiblah Iman dah balik, boleh tolong cuci pinggan dan kemas dapur.


PI tanpa gagal eh beli kuih seri muka di bazar, hari pertama sampai semalam mesti dia bawa balik satu pek kuih seri muka. Kadang ada kuih lain macam nona manis, talam ubi, onde-onde dan epok-epok juga. Oh, yang merah tu ikan bakar sambal tapau bazar jugak buat tambah-tambah lauk katanya. Begitulah kisah Ramadan Sk setakat ini, Alhamdulillah.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Yeaayyy...SK dah timbul!
    Penat dah seru ikan kaloi supaya timbul hihihiiii..... . rezeki dapat tengok kari ikan bawal. Jadilah buat ubat rindu celoteh SK.

    ReplyDelete
  2. wah pelbagai jenis halia dan kunyit yang jarang jumpa. Bestnya dapat turun berat banyak. Semuga sihat-sihat saje ye SK

    ReplyDelete
  3. seronok dapat ke pasar, nengok segala jualan. Halia bara boleh masuk dlm makanan ke? tak pernah lak dengar tp tulah rasa dia camno ek.

    ReplyDelete
  4. bagus tu..berat turun banyak...masak lemak mmg best...berselera makan..

    ReplyDelete
  5. akhirnya ade gak entry baru ek..hehehhe. tp x aci xde gmbr sup kambing

    ReplyDelete
  6. dah ahri ke 8 dah mula la buntu x tau masak apa..sama la kita tahun ni lesu lebih ntah apesal...macam kan x pernah posa

    ReplyDelete
  7. hah awat tk muncul2 lama SK...ingtkn tk sihat...serimuka fav juga

    ReplyDelete
  8. Tak lalu makan sbb puasa ke tak sihat? Semoga baik² je utk SK ye 🤲🏻
    Ajar sintok/sentok tu boleh buat gosok kepala, keluar buih macam shampoo rasanya. Orang dulu² suka cuci rambut dgn akar ni. Tak silap arwah ada citer

    ReplyDelete
  9. Ada juga geng malas di bulan puasa ni ya, haha. Salam ramadon utk SK dan keluarga. Moga baik-baik saja!

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan SK. Kita sama, geng malas bulan Ramadhan ni hihi. Lepas masak jarang2 nak snap gambar. Masak pun lauk berbuka dgn sahur esoknya confirm lauk yg sama!

    ReplyDelete
  11. Waah saya sukaaaa kalau masuk pasar rempah. Apalagi melihat banyak jenis rempah begitu 😍😍😍😍. Walaupun kebanyakan tak tahu gunanya apa. Tp saya suka aromanya .

    Kluak pun ada. Di sana utk masak apa ya biasanya? Kalau di sini kluak jadi bahan utama masak Rawon, kuliner khas Jawa Timur.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!