STRAWBERRY MATCHA ROSE BOUQUET CAKE BY SERIYANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


INGAT lagi tak Italian Cake yang penuh dengan buah strawberry untuk hari jadi Iman tu?
Boleh baca

v

v

v


https://sariyusa.blogspot.com/2026/01/italian-cake-inspirasi-kek-hari-jadi.html?m=1


Sebenarnya, selain dari Italian Cake, Sk tempah sebiji lagi kek iaitu Rose Bouquet Cake. Puncanya fyp Rose Bouquet Cake dengan tema Strawberry Matcha, hahaha. Iman kan penggemar Strawberry Matcha. Tapi sehari sebelum tu, kawan yang Sk tempah kek, Seriyani namanya, beritahu, beliau tak dapat wrapping berwarna hijau untuk buat jambangan tu. Lalu Sk cakap dengan Seriyani, kita postpone la bouquet ni, lepaskan dulu Italian Cake sebab bouquet ni tujuannya untuk wish Iman yang akan memulakan internship pada bulan Februari.



Tema yang tengah hot sekarang, dari minuman, kek sampailah tema raya tahun ni, dengarnya ramai yang pilih warna strawberry matcha. Wrapping tu Sk yang carikan di TT dah bagi link pada Seriyani, hihi. Minta Seri hantarkan kek petang ke pejabat, sebelum Sk balik kerja hari isnin lepas.



Perjalanan jauh, kena pakai tali pinggang keledar untuk jaga keselamatan, hehe.



Cahaya matahari memancar-mancar petang tu. Risau jugak bunga-bunga tu cair. Tapi tak ya, kukuh sampai rumah. Sk minta Seriyani gunakan freshcream - Rich's Bettercream. Jenama ni sedap dan tahan lasak.



Iman senyum sampai ke telinga la dapat kejutan macam ni. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anakku sepanjang menjalani internship sehingga bulan Julai nanti. InsyaAllah, tahun ini jugak Iman akan konvo, lepas tu kerja cari duit banyak-banyak. 



Okey, kita bukalah wrapping tu ya. Kalau Italian Cake tu guna kek  Chocolate Indulgence SR, yang ni Seriyani yang buatkan keknya. Kiranya sebiji ni semua 100% produk dari Seriyani.



Kek perisa Red Velvet, sedapppp.. empat lapisan tu, tinggi la keknya. Terima kasihlah, Seriyani sudi layan kerenah kita minta macam-macam, hahaha. Seriyani ni dulu sama-samalah dengan SK mengajar di Institut Latihan Perindustrian, Bukit Senyum. Siapa-siapa orang JB yang nak tempah kek dengan Seriyani boleh hubungi beliau di FB Seriyani Saifi Saifi atau IG seri_yani80. Nak whatsapp terus boleh juga, ni nombornya 01111951051.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lawanya!
    Kagum betul PH dgn org yg berbakat gini. Kena sabar, teliti ...
    Kerja elok² ye Iman

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa... kek RV pulak tu.. habis ke tu kak mkn 3 beranak? hehe

    ReplyDelete
  3. Fuh! Dia punya tebal.... Mesti yummy ni! Tengok pun tau!

    ReplyDelete
  4. dah mcm jambangan bunga, dh mcm kek pulak., hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat warna ni dan saya suka warna strawberry matcha ni. Sweet!

    ReplyDelete
  6. color tgh trens strawberry matcha....suka redvelvet cake

    ReplyDelete
  7. Cantik sangat!
    Lagi nampak cantik bila dipotong rupanya red velvet cake! My fav ni SK.

    ReplyDelete
  8. Cantiknyaaaa....berseni sungguh la tangan Seriyani ni ye....sumpah cantik

    ReplyDelete
  9. Masya-Allah, lawa betul keknya! 😍😋

    ReplyDelete
  10. Ya Allah cantik nyaaa kak. Kalau tak dijelaskan, saya pikir bunga buket betulan. 😍😍😍. Saking bagusnya macam sayang dimakan hahahah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!