Assalamualaikum WBT
INGAT lagi tak Italian Cake yang penuh dengan buah strawberry untuk hari jadi Iman tu?
Boleh baca
v
v
v
https://sariyusa.blogspot.com/2026/01/italian-cake-inspirasi-kek-hari-jadi.html?m=1
Sebenarnya, selain dari Italian Cake, Sk tempah sebiji lagi kek iaitu Rose Bouquet Cake. Puncanya fyp Rose Bouquet Cake dengan tema Strawberry Matcha, hahaha. Iman kan penggemar Strawberry Matcha. Tapi sehari sebelum tu, kawan yang Sk tempah kek, Seriyani namanya, beritahu, beliau tak dapat wrapping berwarna hijau untuk buat jambangan tu. Lalu Sk cakap dengan Seriyani, kita postpone la bouquet ni, lepaskan dulu Italian Cake sebab bouquet ni tujuannya untuk wish Iman yang akan memulakan internship pada bulan Februari.
Tema yang tengah hot sekarang, dari minuman, kek sampailah tema raya tahun ni, dengarnya ramai yang pilih warna strawberry matcha. Wrapping tu Sk yang carikan di TT dah bagi link pada Seriyani, hihi. Minta Seri hantarkan kek petang ke pejabat, sebelum Sk balik kerja hari isnin lepas.
Perjalanan jauh, kena pakai tali pinggang keledar untuk jaga keselamatan, hehe.
Cahaya matahari memancar-mancar petang tu. Risau jugak bunga-bunga tu cair. Tapi tak ya, kukuh sampai rumah. Sk minta Seriyani gunakan freshcream - Rich's Bettercream. Jenama ni sedap dan tahan lasak.
Iman senyum sampai ke telinga la dapat kejutan macam ni. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anakku sepanjang menjalani internship sehingga bulan Julai nanti. InsyaAllah, tahun ini jugak Iman akan konvo, lepas tu kerja cari duit banyak-banyak.
Okey, kita bukalah wrapping tu ya. Kalau Italian Cake tu guna kek Chocolate Indulgence SR, yang ni Seriyani yang buatkan keknya. Kiranya sebiji ni semua 100% produk dari Seriyani.
Kek perisa Red Velvet, sedapppp.. empat lapisan tu, tinggi la keknya. Terima kasihlah, Seriyani sudi layan kerenah kita minta macam-macam, hahaha. Seriyani ni dulu sama-samalah dengan SK mengajar di Institut Latihan Perindustrian, Bukit Senyum. Siapa-siapa orang JB yang nak tempah kek dengan Seriyani boleh hubungi beliau di FB Seriyani Saifi Saifi atau IG seri_yani80. Nak whatsapp terus boleh juga, ni nombornya 01111951051.
Lawanya!
ReplyDeleteKagum betul PH dgn org yg berbakat gini. Kena sabar, teliti ...
Kerja elok² ye Iman
Cantiknyaaa... kek RV pulak tu.. habis ke tu kak mkn 3 beranak? hehe
ReplyDeleteFuh! Dia punya tebal.... Mesti yummy ni! Tengok pun tau!
ReplyDeletedah mcm jambangan bunga, dh mcm kek pulak., hehe
ReplyDeleteCantik sangat warna ni dan saya suka warna strawberry matcha ni. Sweet!
ReplyDeleteCantiknya kek
ReplyDeletecolor tgh trens strawberry matcha....suka redvelvet cake
ReplyDeleteCantik sangat!
ReplyDeleteLagi nampak cantik bila dipotong rupanya red velvet cake! My fav ni SK.
Cantiknyaaaa....berseni sungguh la tangan Seriyani ni ye....sumpah cantik
ReplyDeleteMasya-Allah, lawa betul keknya! 😍😋
ReplyDeleteYa Allah cantik nyaaa kak. Kalau tak dijelaskan, saya pikir bunga buket betulan. 😍😍😍. Saking bagusnya macam sayang dimakan hahahah
ReplyDelete