Assalamualaikum WBT
SABTU lepas (18 April 2026/ 30 Syawal 1447H), Sk tiga beranak ke Senawang, menghadiri Majlis Perkahwinan Tina dan Asri yang diadakan di Floral Crystal Event Hall, Senawang. Tina merupakan puteri kepada rakan PI, Rudy dan isterinya Suraya. Sebelum jam 9 pagi kami keluar di Plaza Tol Senai (U) dan sampai di dewan sebelum jam 12.30 tengahari.
Tak silap Sk, pengantin merupakan bakal guru. Sk kurang pasti jika Tina dah dapat penempatan tempat mengajar atau belum. Masa sampai ni, pengantin tengah tunggu nak berarak masuk ke dewan.
Juadah disediakan untuk tetamu, Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas dan Daging yang Sk tak pasti cara masakannya. Selain tu ada pelbagai kuih-muih, minuman sejuk dan panas.
Dua beranak sedang menjamu selera. Pagi tu kami nak sarapan di Medan Selera R&R Machap tapi tak ada parking ya. Last-last, beli roti dan kopi saja di Kedai Mesra Petronas. Memang ngam-ngam lapar la ni, hihihi.
Berhenti sekejap makan untuk mengaminkan doa selamat yang dibaca untuk mempelai. Pengantin lelaki tu ada iras wajah pelakon, Asyraf Muslim la.
PI dan Rudy (bapa pengantin perempuan). Dulu, Rudy ni pernah bertugas di Jobaru sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Bila kena pindah tu, PI tolong jagakan kereta beliau sebelum kereta tu dihantar ke Kuching.
Yang tengah tu, Mahaizura, rakan media dari KL. Zura juga pernah bertugas di Jobaru zaman beliau anak dara dulu. Sebelahnya, Kartika, ni Sk baru jer kenal masa majlis ni.
Gambar dengan mak pengantin pulak. Alhamdulillah, mak pengantin sihat dan ceria menerima menantu. Yang belakang tu anak bongsu mereka yang lahir di Kuching. Dah iras-iras muka orang Sarawak pulak.
Lawa la sport car yang parking sebelah kereta kami. Meh la kita tumpang sekaki bergambar, hehehehehe. Sedap kain baju pemberian Kak Notie ni. Terasa mahal kain ni, berat, licin dan jatuh terletak bila dipakai. Sejuk jer pulak walaupun cuaca boleh dikatakan agak panas. Lepas makan dan bersalaman, kami terus menuju ke kampung angkat PI. Mana lagi, Melaka lerrrr... hehehehehe.
Situ banyak dewan kahwinkan sebab pernah pergi majlis di Jalan Cattleya 5 itu.
ReplyDeleteSiap dah baju, kain Sis Notie bagi. Alhamdulillah.
Cantik design baju SK. Pantas je SK tempah, dah boleh dipakai.
ReplyDeletelawa bila dah jadi baju... linda pun dah siap bajunya, tapi tak pakai lagi
ReplyDeleteCie dah hantar tempah jugak dah kain pemberian kak notie. Bukan kain lace cie tu kain biasa.
ReplyDeleteHidangan pun nampak berselera
ReplyDeleteCantik sangat baju tu SK, lurvv gitewww...
ReplyDeleteTak sah le tak balik kampung angkat PI ye :D
Muda lagi bapak pengantinnya...
ReplyDeletebarakallahulakuma utk kedua mempelai...
ReplyDeletemak pengantin nampak muda lg
Wah.. cantik jadi baju kurung. Sama cantik sama padan, pasangan pengantin. Semoga berkekalan ke anak cucu.
ReplyDeleteSetelah jadi baju, langsung terlihat cantiknya 😄👍.
ReplyDeleteAiiih cantiiiik dan tampan pengantin yaaa. Semoga diberikan rezeki makin berlimpah selepas nikah.
ammi tak tempah pun lagi kain yang kak notie bagi...taktau nak dibuat baju apa.
ReplyDeleteDah 3 orang SA nampak tempah kain ni...SA x tempah2 lagi ni...suka wedding kat dewan ni sebab deco lawa...
ReplyDelete