Assalamualaikum WBT
SEMALAM, atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor. Pengisytiharan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.
Sempena itu, pagi semalam Sk gantung periuk, senduk, sudip dan cerek, kami tiga beranak ke Kluang Rail Coffee yang membuka cawangan baharu di Jalan Terminal 2, Senai Centrepoint berhadapan dengan Lapangan Terbang Senai untuk bersarapan.
Kluang Rail Coffee ni memulakan perniagaan mereka sejak tahun 1938 iaitu sebelum merdeka. Tak pastilah dah generasi ke berapa yang mengembangkan empayar perniagaan ini dan cawangan Senai ni cawangan ke berapa pun malas nak ulangkaji, hihihi. Baguslah ada banyak cawangan, dulu kalau teringin terpaksa pergi sampai ke Kluang.
Sebaik sahaja duduk, staf datang menghantar menu bersama order chit. Catat nombor kod makanan dan minuman kemudian tekan buzzer dimeja.
Staf akan hantar pengesahan pesanan, boleh semak yang mana tak ada.
Selalu Sk minum kopi panas tapi tekak rasa nak minum Barli Sejuk. Passion Fruit untuk Iman dan PI minum Kopi Ais.
PI makan Wantan Mee. Sk tentulah memilih Lontong. Sebenarnya sebelum tu rasa nak makan Lontong di Klasik Kopitiam tapi tiber melencong ke Senai. Kuah lontong cair ala-ala lontong kampung, tapi sedap aje la, taklah rasa air paip. Sambal pun sedap, ada sedikit sambal kacang. Cuma saiz potongan sayur tak consistent ada yang terlalu besar.
Iman makan Kuey Teow Goreng.
Roti Bakar Bun dan Roti Bakar Keping tentulah kena ada bila makan di kopitiam.
Dari Senai, Iman ajak jalan-jalan ke Aeon Tebrau, entah apa nak dicarinya di Tsatuya.
Tu haaaa.. benda yang dicari, kemahen gumbira ria.
Sebelum balik, kami ke Medan Selera Jalan Biru, Taman Pelangi, makan di Champamu.
Pesan Ketiu Sup Daging Champa seorang semangkuk. Sedap, sambal dia kick! Daging pun banyak. Mi dia dipanggil ketiu, jenis kueyteow yang kecil macam mi kasar.
Popiah Ayam Goreng Champa, satu set RM10/4pcs. Pun sedap. Murahlah, makan macam ni baru RM40, kalau makan kat Aeon, mahunya dapat RM40, silap-silap RM140, huhu.
Kita dah 2x makan lontong di kluang railcoffee ni kak tapi tak konsisten, sekali tu elok sedap, keduanya cair ya amatt.. kalau konsisten makan di Tea Garden aja okkk tapi okaylah nampak rupe lontongnya heheheh
ReplyDeleteOh betul la namanya ketiu, ingat typo/slang word tadi... Popia nampak buncit, sedap la inti penuh tu
ReplyDeleteBestnya orang Johor cuti. Ohh ingatkan pergi Kluang tadi. Dah banyak cawangan Kluang Rail Coffee ye. Senanglah gitu tak payah nak pergi Kluang kalau nak makan roti bakar bun yang sedap tu. alahaiii..teringat-ingat pulak. Mana nak cari kat Nismilan ni haaa
ReplyDeleteSo far tak pernah lagi ada pengalaman makan lontong kuah rasa macam air paip. Potong selera macam tu.
Bukan main seronok iman dapat mainan. Mainan ke tu? Ke plushie yang orang dok kumpul tu.
G kluang cafe sebab nak makan roti bakar je hehehe....
ReplyDeleteWah taman pelangi skrg mcm² dah ada ye.. lama nya x menyinggah ke sana
Sedap semua menu kak oi... lontong lodeh tu payah nak jumpa yang sedap kt kl ni
ReplyDeleteSeronok betul orang Johor eh, dapat cuti peristiwa! Untunglah SK dapat gantung periuk terus, hehe. Bestnya sekarang Kluang Rail Coffee dah ada kat Senai, tak payah nak drive jauh sampai ke Kluang semata-mata nak layan kopi ais dengan roti bakar bun dia yang padu tu..Amboi Iman, bukan main gembira lagi dapat membeli di Tsutaya Aeon Tebrau tu..comel je... Tapi betul SK, sekali-sekala dapat cuti mengejut macam ni, memang syok buat aktiviti jalan-jalan cari makan dengan keluarga..next PRN NS...kalau ada cuti..yang kerja NS best ler...kita kerja KL....
ReplyDeleteTerpikat betul dengan semua menu pilihan tu. Semuanya nampak sedap belaka Sup daging champa ....aduusss enak banget kalo dapat hirup kuahnya!
ReplyDeleteBest Johor dapat cuti free. Panjang langkah la ye bila hari cuti. Sedapnya lontong macam lama juga tak makan ni.
ReplyDeleteSaya dah coba kluang rail coffee ini, tp tak tahulah cabang yg mana 🤣🤣. Soalnya kesana dengan kak Lin, kak Retna dan Karni. Tp sedaaaap kopi dan roti2 yg kami pesan 😍😍.
ReplyDeleteOh dekat senai ada juga yaa. Berarti pas landing nanti, saya bisa mampir mungkin. December tuh pesawat saya direct dr JKT ke Johor. Nak ajak suami juga coba kopinya