KUIH SOPANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


DALAM dua minggu lepas, Angah ada urusan di Kajang (Selangor). Balik dari Kajang, beliau singgah masuk Pedas/Linggi (tak silap). Dekat situ kan hot spot jual masakan salai dan kuih-muih kampung. Angah tertarik dengan Kuih Sopang yang dijual di situ dan dia beli, hantar ke rumah Sk dan Cik Ani. Masa Angah cakap nak hantar Kuih Sopang tu, Sk macam terbayang jugak rupanya walau tak pernah jumpa. Sk google dan dapatannya sama macam yang Sk bayangkan.



Tak sampai sejam lepas cakap nak hantar tu, Angah muncul depan pagar. Aaaa.. inilah rupa Kuih Sopang. Kuih Sopang adalah kuih tradisi turun-temurun Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti. Nak nak dekat Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ni, ia menjadi antara pencuci mulut yang 'diburu' sepanjang tempoh berkempen sehingga penjual kuih tak menang tangan menyiapkan tempahan untuk petugas parti minum petang.


Ramai yang kata kuih ini sama dengan kuih koci, namun sebenarnya berbeza sedikit. Walaupun bahan-bahan dan cara membuatnya hampir sama, tetapi Kuih koci dibungkus dalam daun pisang, manakala kuih sopang pula ada kuah santan menyebabkan rasanya seperti kita makan puding.



Kuih Sopang banyak dilihat dihidangkan dalam majlis membabitkan kehadiran orang kenamaan sebagai juadah pencuci mulut. Asalnya ia disebut kuih separuh kerana bentuknya separuh bulat. Lama-kelamaan, orang sebut sopang (separuh) dalam bahasa nogori (Negeri Sembilan).



Bagi membuat inti kuih sopang, kelapa muda perlu dikukur menggunakan kukur tangan atau secara manual dan bukannya menggunakan mesin pengukur kelapa bagi mengekalkan tekstur inti selepas dimasak. Selain itu, kelapa muda yang dikukur menggunakan mesin pengukur menghasilkan tekstur lebih halus.



Resipi Kuih Sopang
Sumber : MyResipi


Bahan-bahan adunan tepung:

1 peket tepung pulut
Air secukupnya
Garam (secukup rasa)
Sedikit tepung beras (untuk dimasukkan ke dalam santan semasa mengukus)
1 biji kelapa (ambil santannya)

Bahan-bahan inti:

1 biji kelapa parut (lebih sedap menggunakan kelapa yang diparut sendiri dan kelapa yang tidak terlalu tua)
3-4 ketul gula anau/gula kabung
3 helai daun pandan

Cara buat inti:

1. Masukkan kelapa parut ke dalam periuk.
2. Tambahkan 3-4 ketul gula anau atau gula kabung (ikut kemanisan yang diingini).
3. Seterusnya, masukkan 3 helai daun pandan yang disimpul.
4. Kacau rata semua bahan dan masak di atas api sederhana sehingga gula larut dan kelapa menjadi agak kering (jangan terlalu basah).
5. Setelah inti masak, angkat dan ketepikan untuk digunakan sebagai inti.


Cara buat adunan tepung:

1. Campurkan tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit dan gaul rata.
2. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga adunan menjadi sebati.
3. Untuk membentuk kuih sopang, ambil sedikit doh adunan dan bulatkan.
4. Gunakan tangan yang dilapik dengan daun pisang. Letakkan doh adunan di atasnya dan ratakan.
5. Letakkan inti kelapa yang telah disediakan dan bentukkan seperti karipap.
6. Susun kuih sopang yang telah dibentuk di atas loyang. 
7. Tuangkan campuran santan bersama sedikit tepung beras di atas kuih sopang tersebut.
8. Kukus kuih sopang selama 10 minit sehingga masak.

Selamat mencuba 😋

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau guna kelapa muda buat inti oklah sodap. Haritu adalah peniaga bidan terjun agaknya guna kelapa tua. Kasar dan boleh buat tersedak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!