MAKAN DI RESTORAN JWD MEE TARIK @ THE COMMUNE KULAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



BELEK-BELEK gambar dalam galeri handphone, masih ada lagi cerita yang belum diblog di Alam Sari di Tanah Jauhar ni. Antaranya, kami ke The Commune Mall yang terletak di Kulai pada 30 Jun lepas. PI kata, ada restoran menjual mee tarik dibuka di situ. Rupa-rupanya, ianya adalah Restoran JWD Mee Tarik cawangan baharu. Kami biasa pergi cawangannya di Restoran JWD Mee Tarik Puteri Habour.




Besar kitchen di The Commune Mall, Kulai, ni. Kalau di Puteri Habour, kitchen dan ruang makan dipisahkan cermin kaca, di sini boleh jenguk terus cara pembuatan dan bagaimana tukang masak menyediakan Mee Tarik.



Pesanan diambil dari meja oleh staf. Lepas tu, mereka akan hantar check list pesanan kita untuk disemak.



Beef Fried Dumplings / Ladu Daging Lembu. Ini kegemaran Sk dan Iman, wajiblah ambil sepinggan. 



Ketiga-tiga kami memilih Mee Sup Daging/ Beef Noodle Soup. Macam Sk pernah cerita sebelum ni, sup di sini berasa lembunya, bukan rasa kosong semata. 



Daging dihiris nipis dengan taburkan daun bawang yang banyak. Selain tu ada hirisan lobak putih yang walaupun nipis, masih rangup bila dikunyah.



Letak chili oil lebih jika suka pedas tapi chili oil di JWD Mee Tarik ni tak pedas sangat pun. Letak banyak-banyak memang tak pedas tapi takut perut kita yang tak tahan kan.



Scallion Pancake/ Lempeng Daun Bawang. Selama makan beberapa kali di cawangan Puteri Habour, tak perasan ada menu ni. Teringin pulak, sedap jugak tapi sebab Sk sorang yang suka lempeng, Sk la yang kena menghabiskannya. Dahlah besar lempeng ni.



Restoran JWD Mee Tarik cawangan Kulai ni ada pengesahan halal dari JAKIM. Ada harga promo makan tengahari dan harga promo untuk pelajar, bolehlah berjimat di samping menikmati Mee Tarik yang sedap. 

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduh...terliur dibuatnya...SA suka je beef noodle kat mana- mana mee tarik restoran..sebabnya berasa lembunya....

    ReplyDelete
  2. Bila tengok mee tarik, teringat akan seseorang. Nampak menarik menu di sana, tapi jauh pula nak pergi :)

    ReplyDelete
  3. Mesti rasa segar hirup kuahnya kan Kak.. Lin suka betul rasa sup plain macamtu.. nanti tersesat boleh laa singgah

    ReplyDelete
  4. Dumplings dia comel-comel. tak puas makan tu kalau dah sedap. hihi...Alamak sup kalau rasa lembu saya surrender dulu. Chilli oil dia nampak macam sambal kicap pulak sebab gelap sikit. Lempeng daun bawang macam pajeon korea tu ek cuma ni nampak versi kering sikit. Mi tarik memang sedap kan, kenyal-kenyal gitu.

    ReplyDelete
  5. Saya kalau ke kedai Chinese Muslim, asyik order dumplings je sebab memang suka

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!