MAKAN DI RESTORAN SHAH PATIN TEMPOYAK @ TEMERLOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


NASIB baiklah tak kempunan tak dapat makan ikan Patin Masak Tempoyak semasa berkunjung ke Temerloh, tahun lepas. Ialah, waktu kedatangan sebelum ni masa agak suntuk disebabkan hal-hal tertentu. Disebabkan itu, tak sempat langsung nak pergi makan di mana-mana restoran yang menghidangkan masakan ori negeri Pahang ni. Kalau ibu Sk masih ada, mesti dia pesan agar jilat tapak tangan bagi mengelakkan kempunan. SK pulak, rasa nak cari Batu Belah Batu Bertangkup, hahahah.



Jadi, kali ni, Sk dah pesan awal-awal dengan PI, sampai sahaja ke Temerloh, acara pertamanya ialah cari restoran ikan patin. Sk membuat carian Patin Tempoyak dalam waze dan menemukan dengan restoran Shah Patin Tempoyak. Pilihan yang tepat kerana kedudukan restoran ini di tepi Sungai Pahang. Memang rare la makan ikan patin di habitatnya, kan.




Sistem pesanan secara layan diri dengan mengambil lauk pilihan di kaunter lauk-pauk. Iman terus capai dulang manakala PI dan Sk memilih lauk. Risau jugak la tengok semua masakan berasaskan masak lemak. Risau ada amukan sebab tak ada lauk kari, hahahaha.


Ikan Patin Masak Tempoyak yang diidam-idamkan. Harga ikan patin berbeza mengikut bahagian iaitu kepala, isi dan ekor antara RM18 - RM25. Rasa nak menangis hirup kuah ikan patin sebab terlalu sedap. Kuahnya pekat, masam-masam manis dan kaya rasa durian. Ikan segar dan isinya terasa kenyal.



Patin Pais Tempoyak ni kegemaran Iman. Sedap jugak tapi sambal paisnya sikit pulak. Jadinya tak rasa sangat masak Pais tu, lebih kepada rasa ikan yang dikukus.



Siput Sedut Masak Lemak ni PI yang pilih. Disebabkan dah ada patin, Sk makan dua tiga ekor jer siputnya. Siputnya besar-besar dan isinya pun segar dan tidak putus bila kita tarik keluar dari cengkerangnya. Dalam gulai ada siput semata, tak letak keladi atau sayur lain.



Ulam-ulaman.. pucuk janggus, ulam raja dan daun selom serta sambal belacan. Sambal belacan sedap tapi ada rasa manis.



Pucuk manis dengan keledek masak lemak. Ni Sk sorang jer la makan, mereka berdua tu tak pandai makan sayur kampung ni.



Ni macam Rendang Nasib. Campuran organ lembu seperti perut dan babat dimasak bersama. Lauk PI jugaklah ni. Tak adalah amukan sebab tak ada lauk kari, hihihi.



Seronok betul la makan di tepi sungai ni. Selain Shah Patin Tempoyak, ada beberapa lagi restoran di tepi sungai. Orang Temerloh tahu, la kan yang mana paling sedap dan murah. Tapi, janganlah cakap, kami orang Temerloh tak makan kat sini, hihihi. Ialah, orang Temerloh mestilah masak di dapur sendiri, kan. Total harga makanan kami termasuk 3 pinggan nasi dan 3 gelas limau ais ialah RM86.



Puas hati betul, bagi Sk berpatutan la dengan kuantiti, kualiti dan suasana di tepi sungai ni, kan. Dah nak habis makan tu gerimis pun mengundang. Mujurlah tak lama dan tak semakin lebat hujannya.

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terliur tgk menu ikan patin dikala tgh puasa ni... Adik kita pernah mkn sini.. Die ckp sedap dgn suasana dkt sungai sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera.
    Tang mana part ekor siput tu erk.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terlaksana hajat. Sudah la makanannya sedap², vibe tepi sungai tu pun mainkan peranan juga tu SK. Tenang je makan sambil layan view sungai

    ReplyDelete
  4. Yang nama kancil tu pun sedap. Memang best la makan tepi sungai.

    ReplyDelete
  5. Petua orang dulu-dulu. Kadang fikir jugak camne lah jilat tapak tangan boleh hilang kempunan. hihi...
    Hahahaha...nak gelak dulu boleh? Kari jugak ek dicari. Kann..kalau makanan yang kita nak tu sedap, rasa nak menangis je dapat makan. Suka jenis ikan masak pais, kena pedas sikit. Sedap betul!
    Uishh siput pun sedap ek. Semua sedap ni ada ulam dan sambal juga. Kita hantu ulam dan sambal. Tapi failed sikitlah sambal dia manis sikit ek. Pucuk manis pun favourite gak. Ape ni mengganggu tekak kita pulak.
    Okay, masuk dalam list dulu lah. Nanti kot ke Temerloh kami singgah.

    ReplyDelete
  6. Masa SA pergi Temerloh hari tu..nampak Shah Patin Tempoyak ni...tapi mmg x singgah la sebab plannya bawak PZ pi Pasar Tani Temerloh tu..lepas tu terus balik..PZ tu mana nak berlama- lama pi memana...dah dapat hajat dia pi situ..cukup la..pas tu kena la balik...nampak lauk tu semua sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!