Assalamualaikum WBT
BACA di THREAD, ramai yang mengeluh kerana bulan Julai tak ada cuti (Public Holiday). Tapi, kami di Johor dapat cuti dua hari bulan ni iaitu cuti peristiwa sempena PRN Negeri Johor ke 16 pada 13 Julai lepas dan semalam, Cuti Sempena Hari Hol Sultan Iskandar. Cuti Hari Hol berlaku pada ulangtahun kemangkatan Sultan Iskandar mengikut kalendar Hijrah iaitu pada 6 Safar setiap tahun.
Pagi semalam pulak hujan dan sejuk, kami tak bercadang untuk sarapan di kedai. Lepas tenggek air dalam cerek elektrik, Sk buat sarapan telur separuh masak dan inti sardin untuk sandwich. Tengahari, PI kata nak makan Nasi Lemak, baik.. Sk masak. Petang tu, Sk dan PI keluar ke bandar, urusan kewangan. Malam, kami makan Soto di Empire Wak Lan. Sekeping pun tak ada gambar, malas nak snap, heheheh.
Cerita Jumaat minggu lepas, di kolej ada Pesta Buah-Buahan Tempatan. Kami kumpul duit seorang RM15, tukang uruskan buahnya, En Nas.
Pagi tu, berlangsung Majlis Yassin dan Doa Selamat Bulanan. Kemudian kami sarapan nasi lemak. Bentang tikar dan makan bersila ramai-ramai di surau.
Ngam-ngam habis makan nasi lemak, buah-buahan pun sampai dari ladang, hehehe. Ada manggis. Manggis dalam Bahasa Inggeris, mangosteens, hehehe. Dari kecik Sk musykil kenapa nama manggis dalam BI ada sebutan mango, hehehe.
Durian semestinya ada. Bila durian keluar, Sk cepat-cepat simpan handphone, heheheh.
Jadi, gambar-gambar lepas ni semua kita kredit untuk En Daud yang rajin ambilkan gambar.
Selain durian dan manggis, ada langsat, pulasan dan rambutan gading (kuning). Kalau ikutkan, tak boleh bawa balik, tapi dah banyak berlebih, masing-masing cari beg plastik laaaa.
Durian dalam BI, durians!
Buah pulasan dalam BI disebut Pulasan.
Rambutan dalam BI disebut jugak Rambutans. Buah langsat dalam BI disebut lanzones. Eh, langsat ada pulak nama dalam BI ek.
Waktu terbaik makan buah adalah ketika perut kosong, seperti 30 minit sebelum sarapan pagi atau antara waktu makan. Ini membolehkan nutrien dan serat diserap secara optimum. Elakkan makan buah sejurus selepas makan berat kerana boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti kembung.
Hurmmm.. tapi kami baru lepas makan nasi lemak, aci tak?
Kira aci jer lah!!
Bila ada aktiviti macam ni la baru dapat bermesraan. Lain waktu sibuk dengan pelbagai urusan kerja yang tak pernah selesai. Syukur selalu.
Seronoknya bila ada aktiviti macam ni kat tempat kerja. Pagi-pagi dah mulakan dengan Yasin & Doa Selamat, lepas tu sarapan nasi lemak bentang tikar ramai-ramai. Memang betul kata SK, waktu macam ni lah baru dapat rapat & bermesra dengan kawan tempat kerja bila masing-masing sibuk. Untung siap dapat bawa balik buah lebih lagi
ReplyDeleteBanyaknya buah-buahan tu. Paling suka buah rambutan....durian tu mesti ramai peminatnya. Pulasan pula susah juga nak jumpa sekarang ni.
ReplyDeleteDi PG ni nampaknya durian dah habis musimnya.. certain tempat jerr ada jual.. tapu dulu langsat banyak, Lin suka, beli sekilo boleh habis makan sorang.. seronok aktiviti berjemaah gini Kakkk.. yang tak makan derians kompom boleh makan buah lain kannn
ReplyDelete